backup og meta

1 Daripada 4 Ibu Alami Kemurungan Ketika Hamil, PEKA Dengan 8 Tanda Ini Ya!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 01/07/2020

    1 Daripada 4 Ibu Alami Kemurungan Ketika Hamil, PEKA Dengan 8 Tanda Ini Ya!

    Kehamilan, meskipun menjadi momen yang paling menggembirakan dalam kehidupan kebanyakan wanita, namun sepanjang tempoh ini juga wanita akan berperang dengan perasaan penuh kekeliruan, ketakutan, dan juga boleh menjadi kemurungan untuk sesetengah ibu hamil.

    American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mendedahkan bahawa 14 hingga 23 peratus wanita mengalami depresi atau kemurungan semasa hamil.

    Kemurungan, yang merupakan gangguan mood, berlaku kepada 1 dalam 4 wanita pada sesetengah masa dalam kehidupan mereka. Lantaran itu, adalah normal jika kemurungan semasa hamil berlaku sekali semasa wanita mengandung.

    Yang mengejutkan adalah, antepartum tidak didiagnos dengan baik semasa kehamilan memandangkan ramai orang selalu tersalah anggap kemurungan semasa hamil dengan ketidakseimbangan hormon.

    Kemurungan dalam kehamilan, sesungguhnya, memerlukan rawatan tepat pada masanya. Jika dibiarkan, ia akan meninggalkan kesan yang berbahaya kepada kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan.

    Apakah sebenarnya kemurungan semasa hamil?

    Istilah perubatan untuk keadaan ini adalah kemurungan antepartum. Ia berkaitan dengan gangguan mood dan perubahan kimia dalam otak. Perubahan ini adalah hasil daripada perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan.

    Tanda-tanda kemurungan antepartum

    Jika ibu hamil mengalami simptom-simptom berikut selama lebih daripada dua minggu, anda mungkin mengalami kemurungan antepartum.

    • Kesedihan melampau
    • Konsentrasi menurun
    • Masalah tidur, terlalu sedikit atau boleh juga terlebih tidur
    • Minat menurun dalam melakukan aktiviti kegemaran
    • Berfikir tentang kematian, bunuh diri, atau hilang harapan
    • Kegelisahan
    • Rasa bersalah atau tidak berguna
    • Perubahan dalam tabiat pemakanan

    Kemungkinan penyebab kemurungan antepartum

    • Masalah dalam perhubungan
    • Sejarah kemurungan peribadi atau keluarga
    • Sejarah didera atau trauma
    • Rawatan ketidaksuburan
    • Pernah keguguran
    • Kehidupan yang stres
    • Masalah dengan kehamilan sekarang

    Rawatan untuk kemurungan antepartum

    Terdapat banyak rawatan yang boleh membantu ibu hamil dengan keadaan mereka. Ini termasuklah:

    • Kumpulan sokongan
    • Terapi psiko persendirian
    • Perubatan
    • Terapi ringan

    Kebanyakan ibu akan berasa gusar tentang rawatan yang menggunakan ubat semasa kehamilan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat doktor yang akan melindungi anda dengan memberitahu manfaat dan risiko mengenainya, serta memberikan anda nasihat terbaik.

    Jika anda sedang mendapatkan ubat untuk keadaan mental lain sebelum kehamilan anda, jangan hentikan pengambilan ubat tanpa pemantauan doktor. Pemberhentian ubat yang mengejut boleh meletakkan anda dan bayi dalam risiko.

    Masalah utama adalah jika keadaan anda bertambah teruk, sehingga boleh membawa kepada banyak komplikasi semasa hamil, termasuklah kenaikan berat badan rendah dan bonding dengan bayi baru lahir tidak bagus.

    Apakah kemungkinan kesan sampingan antidepresan?

    Impak buruk daripadanya termasuklah:

    • Kelahiran pramatang
    • Hipertensi pulmonari bayi

    Antidepresan dalam trimester ketiga boleh menjurus kepada pengeluaran semasa lahir untuk bayi. Pengeluaran ini boleh jadi jangka hayat bayi pendek, sukar bernafas, sukar menyusu dan rengsa, atau rendah gula darah.

    Anda juga mungkin berminat membaca artikel ini:

    Bagaimana Ubat Anti-kemurungan Berfungsi?

  • Rawatan Untuk Kemurungan

  • Menyokong Isteri Atasi Kemurungan Selepas Bersalin

  • Mengendalikan Kemurungan Selepas Bersalin

  • Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 01/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan