Cara Kira BMI Ibu Mengandung: Ini Ringkasan Apa Yang Kalian WAJIB Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi seorang individu dewasa mengetahui cara kira BMI adalah penting untuk mendapatkan berat ideal bagi ketinggian dan indeks jisim badan sihat (Body Mass Index, BMI) yang sesuai.

Jika dahulu, cara pengiraan adalah berbeza bagi jantina lelaki dan wanita, kini kajian yang lebih baru mencadangkan persamaan uniseks berdasarkan indeks jisim badan.

Mengikut carta BMI, 22 merupakan angka yang berada di tengah-tengah berat badan yang normal dan ia dikaitkan dengan kesihatan badan yang baik.

Namun, bagaimana pula jika seorang wanita itu hamil? Adakah terdapat cara kira BMI ibu mengandung yang betul dan tepat? Jom ikuti artikel untuk tahu!

Mengapa perlu mengetahui cara kira indeks jisim badan?

Untuk mengetahui cara kira BMI ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Sebaliknya anda perlu mengetahui tentang dua perkara, iaitu berat dan tinggi anda sahaja.

Cara Kira BMI Penjagaan Berat Ketika Hamil - formula kira

Dan daripada hasil kiraan, BMI akan menunjukkan tahap berat anda, sama ada normal, kurang berat, lebih berat badan atau obes. Ini adalah berpandukan carta BMI.

Jadi, sila jaga BMI anda untuk tahap kesihatan yang lebih baik!

Formula cara kira BMI yang betul dan tepat

Sebenarnya formula cara kira BMI adalah mudah. Seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu mengetahui tentang dua perkara, jumlah berat dan ketinggian anda.

Anda boleh menggunakan formula di bawah:

Sebagai contoh pengiraan, sekiranya berat badan anda adalah 50 kilogram (kg), manakala ketinggian anda adalah 155 cm, apa yang perlu anda lakukan, maka anda perlu bahagikan berat dengan ketinggian anda, seperti;

  • Berat badan: 50 kg
  • Ketinggian 155 cm: 1.55m

Pengiraannya: 50 / (1.55 x 1.55) = 20.8. Maka BMI anda adalah 20.8.

Anda boleh merujuk carta di bawah untuk mengetahui kategori BMI anda berdasarkan hasil keputusan yang diperolehi.

Selepas mengetahui cara kira BMI, berikut adalah kategori BMI:

BMI bawah 18.5 = Kurang berat badan

BMI antara 18.5 – 24.9 = Mempunyai berat badan unggul

BMI antara 25 – 30 = Lebih berat badan

BMI antara 30 atau lebih = Obes

Cara Kira BMI Penjagaan Berat Ketika Hamil - kategori

Atau anda boleh gunakan cara kira BMI anda di sini.

Tetapi harus diingatkan bahawa carta dan cara kira BMI ini tidak sesuai untuk diguna pakai bagi kanak-kanak atau remaja, malah ibu yang mengandung juga tidak sesuai untuk mengikut pengiraan BMI ini.

Jadi bagaimana dengan penjagaan berat bagi wanita mengandung? Perlu menambah berat badan atau tidak?

Cara kira BMI ibu mengandung yang sebenar

Penambahan berat badan semasa hamil adalah berbeza bagi setiap wanita.

Walau bagaimanapun, dicadangkan untuk anda menggunakan cara kira BMI untuk memantau dan mengawal berat badan anda dengan lebih mudah.

  • Wanita dengan berat badan purata (BMI dari 18.5 – 25) perlu mendapat kira-kira 11 hingga 15 kilogram ketika mana dia melahirkan anaknya
  • Wanita yang kekurangan berat badan (BMI <18.5) perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12 hingga 18 kilogram
  • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan (BMI> 25) sepatutnya mendapat lebih kurang berat, iaitu dari 6 hingga 11 kilogram

Penambahan berat badan mengikut minggu (digunakan untuk wanita hamil dengan purata BMI dari 18.5-25):

  • Minggu 1 hingga minggu 12 (trimester pertama): 0.9 hingga 2 kilogram
  • Minggu 13-26 (trimester kedua): 4 hingga 5 kilogram
  • Minggu 27-40 (trimester ketiga): 5 hingga 6 kilogram

hamil

Oleh itu, sila ukur dan timbang berat badan anda mengikut cara kira BMI ibu mengandung dengan sebetulnya ya?

Ya, mungkin agak sukar untuk kalian melakukannya seorang diri. Anda mungkin boleh minta bantuan suami, keluarga atau kawan-kawan ketika melakukannya.

Atau untuk lebih tepat, selamat dan penuh kepastian, sila berjumpa dengan doktor pakar!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hilangkan Dagu Berlapis, Nak Jawline On Point? Ini 6 Senaman Yang Boleh Diamalkan!

    Sesetengah wanita sangat khuatir akan penampilan diri seperti muka yang bulat, dagu berlapis dan tubuh badan yang berisi. Ini cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menguruskan badan

    Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    pembedahan bariatrik

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
    cara mengatasi malas bersenam

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan