Bolehkah Kehamilan Terjadi Ketika Wanita Sedang Datang Bulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat satu mitos yang seringkali kita dengar atau baca iaitu kehamilan tidak boleh terjadi ketika wanita sedang datang bulan. Sebenarnya, ia mungkin masih boleh berlaku walaupun kemungkinannya sangat tipis.

Apakah itu datang bulan?

Datang bulan adalah satu tempoh badan seorang wanita membuang tisu-tisu yang tidak diperlukan. Tisu-tisu ini datangnya daripada rahim – tempat terbentuknya janin di dalam badan wanita. Setiap bulan, lapisan rahim akan menjadi tebal bagi menyediakannya untuk proses persenyawaan telur. Jika telur tidak disenyawakan atau tidak boleh mendekati rahim, lapisan ini akan dikeluarkan daripada badan wanita melalui faraj.

Proses ini dinamakan sebagai ‘haid’ atau datang bulan dan normal berlaku pada setiap bulan. Ketika ini, badan wanita akan mengeluarkan segala tisu-tisu dan darah yang tidak diperlukan. Ia adalah proses normal bagi semua wanita seiring dengan peredaran usia mereka.

Bolehkah wanita yang sedang datang bulan hamil?

Kebanyakan individu mempercayai bahawa kehamilan tidak akan terjadi sekiranya melakukan hubungan seks ketika wanita sedang datang bulan. Sebenarnya, ia masih boleh terjadi. Berikut merupakan puncanya:

  • Tidak semua pendarahan pada faraj adalah haid. Kadangkala, wanita juga akan mengalami pendarahan ketika ovulasi – waktu wanita paling subur. Wanita yang sedang berovulasi juga mungkin akan mengalami pendarahan yang seringkali disalahertikan sebagai datang bulan.
  • Kadangkala, ovulasi boleh berlaku sejurus selepas tempoh datang bulan wanita berhenti atau selepas beberapa hari. Ovulasi boleh berlaku pada bila-bila masa pada titik waktu yang berbeza. Oleh itum agak mustahil untuk menentukan bila waktu wanita tersebut paling subur.  Disebabkan sperma boleh hidup di dalam badan wanita selama 2, 3 atau 5 hari dan mampu bersenyawa dengan telur 72 jam selepas ejakulasi, melakukan hubungan seks ketika ini kadangkala berisiko tinggi.

Walaupun kemungkinan untuk hamil ketika datang bulan adalah sangat rendah, ia adalah tidak mustahil. Lagipun, melakukan hubungan seks tanpa perlindungan pada bila-bila masa adalah berbahaya. Anda berisiko menghidapi penyakit sexually transmitted diseases (STD) seperti chlamydia, HIV dan lain-lain penyakit kelamin. Jika anda mahu melakukan hubungan seks yang kurang berisiko, gunakan kondom untuk melindungi anda daripada STD atau kehamilan luar jangkaan.

Jika anda sudah cuba untuk hamil setelah bertahun lamanya melakukan hubungan skes tanpa perlindungan, hubungi doktor anda. Doktor akan mencadangkan metode menjejak ovulasi selain melakukan ujian dan rawatan untuk membantu anda meningkatkan peluang untuk hamil.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Rutin harian kini merangkumi banyak penggunaan telefon seperti menghantar mesej dan lain-lain. Tapi, jika sampai menyebabkan gangguan tidur, bagaimana?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Bukan wanita sahaja yang suka ‘melepak’ lama di dalam bilik air ketika buang air besar, lelaki juga begitu. Kajian menunjukkan perbezaan ini....

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil. Begitu juga dengan masalah urat simpul. Pastinya ia punca rasa perit bagi wanita mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tidak hamil

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    bakteria dalam perut

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    Penyakit talasemia

    Usah Risau, Pesakit Talasemia Boleh Kekal Sihat! Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kawal Penyakit Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan