backup og meta

Boleh Ambil Tetapi Perlu Berhati-hati: Acetaminophen semasa Hamil

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/07/2023

    Boleh Ambil Tetapi Perlu Berhati-hati: Acetaminophen semasa Hamil

    Apakah dos paracetamol untuk ibu mengandung yang selamat untuk diambil ya? Dalam artikel ini ada jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Kaitkan pengambilan acetaminophen ketika hamil vs masalah kelakuan kanak-kanak

    Sebelum mengetahui jumlah dos paracetamol untuk ibu mengandung, jom kita fahami bahayanya jika terlebih makan ubat.

    Paracetamol atau nama lainnya Acetaminophen (atau Tylenol) ialah sejenis bentuk ubat paling lazim diambil sebagai rawatan demam, demam selesema, dan sakit oleh ibu semasa tempoh kehamilan.

    Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan besar mengenai keselamatan ubat ini kepada bakal ibu.

    Dalam tempoh tujuh tahun bermula 1996 hingga 2002, sekumpulan 64,322 kanak-kanak dan ibu yang mendaftar di Danish National Birth Cohort telah ditemuramah melalui telefon bantuan komputer.

    Hasil temuramah disimpulkan bahawa risiko mendapat HKD (gangguan Hyperkinetic) dan ADHD (Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) nyata sekali lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang ibunya pernah mengambil acetaminophen semasa hamil – yang mana lebih separuh daripada jumlah ibu  ditemuramah.

    Ini kerana acetaminophen paracetamol adalah sejenis hormon pengganggu, pengambilannya semasa hamil boleh menjurus kepada pertumbuhan otak abnormal bagi janin, kerana mereka terdedah kepada perubahan hormon.

    Pun begitu, dalam usaha untuk mengesahkan hubungan rasmi antara acetaminophen dan gangguan neurologi dalam kalangan kanak-kanak, kajian lanjut perlu dilakukan.

    Dos paracetamol untuk ibu mengandung yang selamat diambil

    Malahan, penggunaan Tylenol adalah perlu dielakkan dalam kes di mana demam ibu pada suhu 38 darjah Celcius atau lebih tinggi.

    Ini kerana, demam semasa hamil boleh membawa risiko kesihatan seperti kecacatan jantung dan rekahan lelangit (sumbing) pada bayi. Dalam kes yang teruk, ia juga boleh membawa kepada keguguran.

    Baca juga:

    Doktor akan menganggap Tylenol sebagai ubat selamat untuk ibu dan bayi, jika diambil dalam had yang disyorkan dan hanya dalam situasi benar-benar diperlukan.

    Jadi berapa mg paracetamol untuk ibu mengandung?

    Dos acetaminophen yang selalu diberikan adalah 650 mg untuk setiap 4 jam. Ibu hanya perlu mengambil ubat maksimum 4 kali sahaja dan tidak melebihi 4000 mg dalam tempoh 24 jam.

    Tanda-tanda terlebih dos acetaminophen

    Anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan apabila simptom pertama berlaku bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ibu dan bayi.

    • Dalam tempoh 24 jam pertama: anda rasa letih, hilang selera makan, berpeluh
    • 24 hingga 72 jam selepas itu: urin berwarna gelap, kulit dan mata kekuningan, kekerapan membuang air kecil lebih rendah berbanding biasa
    • 72 hingga 96 jam selepas itu: kesukaran untuk bernafas, demam, penglihatan kabur, denyutan jantung laju, tidak sedarkan diri

    Acetaminophen boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati bukan hanya bagi ibu, tetapi juga bayi jika ia dialami semasa peringkat akhir kehamilan.

    dos paracetamol untuk ibu mengandung

    Langkah pencegahan terlebih dos paracetamol untuk ibu mengandung  

    Bagi mengelakkan terlebih dos acetaminophen:

    • Elak pengambilan alkohol semasa makan Tylenol kerana ia boleh meningkatkan kesan negatif acetaminophen.
    • Ikuti preskripsi yang doktor berikan dan baca label berhati-hati sebelum mengambilnya.
    • Jangan ambil lebih daripada satu jenis acetaminophen pada satu-satu masa.
    • Jangan ambil acetaminophen untuk lebih daripada 3 hari berturut-turut bagi meredakan demam, dan jangan lebih 10 hari berturut-turut untuk melegakan sakit.

    Jika demam atau sakit tidak baik atau bertambah teruk selepas tempoh yang diberikan, segera hubungi doktor anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan