Seperti yang diketahui oleh ramai kaki fesyen, warna gelap boleh memberi ilusi anda kelihatan lebih kecil berbanding saiz sebenar. Jadi, gunakan trik ini ketika anda sedang hamil dengan membeli baju mengandung yang berwarna gelap seperti hitam, coklat, kelabu atau apa-apa sahaja warna yang mempunyai tema yang gelap.
#3. Beli untuk jangka masa panjang
Tip ini sangat sesuai dipraktikkan oleh pasangan suami isteri yang gemar berjimat cermat! Bayangkan, tempoh kehamilan yang normal adalah sekitar 9 bulan sahaja. Jadi, selepas anda berjaya bersalin, sudah tentu baju mengandung anda itu tidak dapat lagi digunakan, bukan? Jadi, belilah baju mengandung yang mempunyai potongan longgar seperti ‘A Cut’, yang sesuai untuk anda pakai selepas tempoh mengandung atau ketika kehamilan seterusnya!
#4. Pakai baju mengandung dengan aksesori
Siapa kata anda tidak boleh menggayakan baju mengandung anda dengan aksesori ketika sedang hamil? Hakikatnya, tidak banyak yang berubah pada tubuh badan anda ketika sedang hamil melainkan baby bump dan beberapa kawasan yang menjadi sedikit montel. Namun, ia tidak akan menghalang anda dari memakai aksesori seperti gelang, rantai, subang, selendang atau kasut. Cuma, elakkan pakai kasut tumit tinggi, ya?
#5. Mix & match
Bukan, mix & match yang ditulis di sini bukan bermaksud menu di Mcdonalds itu, ya? Maksudnya di sini adalah anda masih boleh menggayakan pakaian lama anda ketika belum berbadan dua lagi. Cuma, pilih dengan betul. Carilah baju yang sedikit longgar seperti kardigan, jaket atau sweater yang sedikit baggy dan kenakan ia dengan seluar dengan potongan longgar seperti palazo. Dengan sedikit inovasi, baju lama anda pun boleh jadi baju mengandung!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen