backup og meta

Takut Bersetubuh Ketika Hamil? Santai, Ada Manfaat Berjimak Di Waktu Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/01/2024

    Takut Bersetubuh Ketika Hamil? Santai, Ada Manfaat Berjimak Di Waktu Ini!

    Kebanyakan wanita yang sedang mengandung mungkin akan menolak ajakan pasangan untuk melakukan hubungan seks kerana rasa takut. Bagi mereka, klimaks ketika hamil itu sesuatu yang aneh dan bahaya.

    Bolehkah bersetubuh ketika hamil 1 minggu? Pelbagai soalan pasti bermain di fikiran anda sekarang ini.

    Hakikatnya, ia merupakan aktiviti normal bagi pasangan suami isteri tidak kira sama ada anda hamil atau tidak!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Seks ketika hamil, adakah ia selamat?

    Untuk pengetahuan anda semua, hubungan seks semasa hamil adalah selamat dan tidak akan menyebabkan sebarang kesan negatif kepada si ibu, si bapa mahupun bayi di dalam kandungan.

    Dalam pada itu, ia turut akan terus menyemarakkan kehidupan di kamar tidur kalian lantas tidak mengakibatkan sang suami ‘gersang’ gara-gara si isteri yang tidak mahu berhubungan intim.

    Pun begitu, wujud juga situasi berbahaya di mana kalian perlu berhenti daripada melakukan hubungan seks seperti jika:

    • Berlaku pendarahan abnormal pada faraj
    • Pembukaan servik yang pramatang
    • Pernah mengalami komplikasi ketika hamil
    • Didiagnosis kondisi rahim lemah atau uri di bawah
    • Air ketuban sudah pecah
    klimaks ketika hamil
    Manfaat seks ketika hamil.

    Sebaiknya, dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum beraksi semasa mengandung. Ia penting jika kalian dambakan klimaks ketika hamil secara sihat dan selamat!

    Klimaks ketika hamil, adakah ia bagus?

    “Klimaks ketika hamil mungkin akan terasa lebih kuat dan hebat berbanding sebelumnya kerana ada berlaku peningkatan aliran darah dalam saluran dari jantung kepada alat sulit kesan daripada kehamilan”, jelas Kaunselor Seks, Yvonne K. Fulbright.

    Kesan daripada peningkatan pengaliran darah tersebut, wanita mengandung mungkin dapat mencapai orgasme pada tahap yang lebih baik walau hanya menerima stimulasi seksual sederhana.

    Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi manfaat klimaks ketika hamil kepada wanita yang tersembunyi termasuk:

    #1. Menenangkan emosi serta minda

    posisi seks selamat
    Posisi selamat ketika bersama pasangan.

    Seperti ramai sudah sedia maklum, kehamilan amat mudah mengundang stres. Manakan tidak pula, gejala morning sickness dan ketidakselesaan ketika hamil itu sangat membebankan.

    Jika dibiarkan, stres sudah tentu akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Maka, anda perlu mencari cara untuk menenangkan emosi dan minda yang serabut itu.

    Antara usaha yang berkesan adalah dengan melakukan seks dengan mengubah posisi bersama ketika hamil trimester 3.

    Alasannya, ia dapat membantu anda melepaskan hormon endorfin dan dopamin lantas menenangkan jiwa serta raga.

    #2. Mengurangkan risiko masalah jantung

    Ketika sedang hamil, organ jantung anda akan mengepam sekitar 50 peratus lebih banyak darah ke seluruh bahagian tubuh badan. Akibatnya, organ ini bakal lebih terbeban dan terkesan.

    Kondisi kardiomiopati peripartum turut lebih tinggi risiko untuk berlaku ketika hamil angkara peningkatan zat kimia sulfur bernama homosistein, lantas memicu penyumbatan salur darah.

    Dengan hubungan seks yang sihat dan selamat, zat kimia ini mungkin akan dapat diturunkan ke kadar normal lalu masalah jantung juga bakal dikurangkan risikonya supaya organ ini tidak terjejas.

    #3. Klimaks ketika hamil dapat meningkatkan libido dan nafsu seks

    Ketiga, kehamilan itu merupakan satu tempoh di mana wanita merasakan kemahuan dan kemampuan seksual tertinggi! Pada saat ini, ramai wanita yang hamil berkemungkinan sedang mencari cara melayan suami ketika hamil.

    seks ketika mengandung
    Cara mendapatkan mood intim bersama pasangan.

    Menurut kajian terbitan The Journal of Sexual Medicine, kira-kira 40% wanita hamil mendambakan seks yang hangat ekoran perubahan hormon progesteron, estrogen dan testosteron mereka.

    Melihat sudut psikologi pula, mereka mungkin merasakan ia merupakan saat di mana tubuh badan terasa lebih ‘seksi’ sekali gus menjadikan diri lebih bernafsu berbanding sebelum kehamilan.

    #4. Menguatkan hubungan dengan pasangan, antara kebaikan klimaks ketika hamil

    Akhir sekali, hubungan seks bersama pasangan ketika sedang mengandung juga boleh membawa suami isteri ke fasa kebergantungan yang tidak dapat dirasa atau diulang pada waktu lain.

    Pada ketika ini, satu pengalaman dan memori indah dalam rumah tangga akan tercipta. Maka, tidak hairan jika isteri perlu cari cara melayan suami ketika hamil dan posisi bersama semasa hamil yang sihat dan selamat.

    Konklusinya, kalian tidak perlu takut untuk terus berhubungan ketika sedang mengandung dan perut membuncit.

    Ketahuilah bahawa aktiviti ini bakal membuat diri anda dan pasangan lebih memahami, menghargai serta mencintai sesama sendiri dengan hubungan yang lebih kuat lagi hebat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan