6 Fakta Tentang Keguguran

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Istilah keguguran membawa maksud kehilangan kandungan sebelum minggu ke-20 kehamilan. Ini adalah perkara yang biasa berlaku bagi ramai wanita. Terdapat 1 atau 2 kes keguguran dalam 10 kehamilan. Ia memberi kesan  yang banyak kepada psikologi ibu. Oleh itu memahami punca dan rawatan selepas keguguran adalah penting bagi setiap wanita.

Apakah puncanya?

Walaupun ramai wanita berfikir bahawa ia adalah salah ibu, keguguran adalah cara badan melindungi dirinya. Badan ibu boleh mengesan isyarat luar biasa dari janin, yang kebiasaannya disebabkan oleh anomali pada kromosom. Lapan minggu pertama adalah tempoh yang berbahaya. Jika keputusan imbasan mendapati bahawa degupan jantung lemah, risiko keguguran akan meningkat.

Hormon juga merupakan punca lain bagi keguguran. Terdapat sejumlah kecil wanita mempunyai lapisan rahim nipis kerana gangguan hormon. Dalam kes ini, rawatan progesteron akan digunakan tetapi kadar keberjayaannya adalah tidak tinggi.

Di samping itu, gangguan darah auto-imun juga boleh menyebabkan keguguran. Dengan menjalankan ujian darah, doktor boleh memikirkan risiko keguguran bagi wanita untuk mencegahnyai. Suntukan aspirin atau heparin boleh digunakan sebagai rawatan.

Tambahan pula, bekerja, senaman fizikal atau ubat pencegah kehamilan tidak menyebabkan keguguran bagi wanita.

Apa simptom-simptomnya?

Pendarahan dan kekejangan adalah dua isyarat berbahaya untuk ibu. Walaupun simptom-simptom ini mungkin adalah normal, ia boleh menjadi serius untuk tempoh tiga bulan pertama. Wanita perlu berjumpa pakar atau segera hubungi doktor untuk mendaoatkan pemeriksaan. Walau bagaimanapun, tidak semua pendarahan dan sakit adalah berbahaya. Jika hasil pemeriksaan menunjukkan degupan jantung yang kuat, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Oleh itu, temu janji yang kerap dengan doktor adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang risiko.

Bagaimana penjagaan wanita selepas keguguran?

Dalam dua minggu pertama selepas keguguran, wanita akan mengalami pemotongan tisu kiri dalam rahim mereka. Jika mereka mengalami perkara ini, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat bagi mengurangkan kesakitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes serius yang memerlukan pembedahan yang dipanggil pengembangan dan pengkuretan (D & C).

Apakah umur yang paling biasa bagi keguguran?

Biasanya, wanita lebih 40 tahun lebih berisiko mendapat keguguran. Terdapat 25% daripada wanita berumur 40-an mengalami keguguran. Oleh itu, jika wanita itu nerumur lebih 40 tahun, mereka perlu berhati-hati dan berjumpa doktor dengan kerap untuk mengelakkan sebarang risiko.

Bolehkah wanita bersalin dengan selamat selepas keguguran?

Wanita yang mengalami keguguran boleh mendapatkan kehamilan normal selepas itu. Doktor mungkin mengesyorkan agar menunggu untuk kehamilan seterusnya; sebenarnya, 70% wanita boleh hamil dengan  sihat selepas keguguran.

Pencegahan

Walaupun tidak ada pencegahan bagi keguguran, kita boleh mengurangkan risiko pengguguran melalui gaya hidup yang sihat sebelum dan semasa kehamilan. Merokok dan alkohol harus dielakkan untuk mengurangkan risiko kehilangan bayi. Walaupun tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sukan boleh menyebabkan keguguran, tetapi bagi wanita lanjut usia, mereka perlu melakukan senaman ringan bagu mengelakkan sebarang risiko.

Jika anda mengalami simptom-simptom ini di atas dan berisiko tinggi keguguran, hubungi doktor anda untuk mendapatkan penilaian menyeluruh dan rawatan yang betul. Ujian darah, ujian hormon dan pemeriksaan imbasan mungkin diperlukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

    Pernahkah anda rasa gatal pada bahagian kulit sekitar tapak tangan anda? Orang dulu-dulu kata ini tanda hendak dapat duit, tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

    Nak jadi sihat tidak semestinya perlu makan makanan yang tidak sedap. Ini senarai makanan sihat yang boleh anda guna sebagai resepi sihat di rumah anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Tahukah anda, bahawa diabetes yang dialami boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah ejakulasi lelaki iaitu ejakulasi retrogred?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    proses bersalin normal

    Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    hilang ingatan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    alergi nasi

    Tak Boleh Makan Nasi? Percaya Atau Tidak, 10% Orang Asia Sebenarnya Alergi Terhadap Nasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    rawat luka

    Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan