backup og meta

Ramai Tanya Mengapa Belum Hamil? Perhatikan 8 Tanda Anda Kurang Subur Ini

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 15/01/2023

    Ramai Tanya Mengapa Belum Hamil? Perhatikan 8 Tanda Anda Kurang Subur Ini

    Macam mana untuk kenal pasti tanda wanita tidak subur ya? tidak dinafikan masalah ketidaksuburan adalah sesuatu yang menyedihkan bagi pasangan suami isteri.

    Lebih menyedihkan apabila kebanyakan kes yang berlaku di mana pasangan tidak sedar mereka mengalami masalah ketidaksuburan ini.

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui tentangnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    8 Tanda wanita tidak subur 

    #1. Perubahan kitaran haid 

    Kebanyakan masalah kesihatan seperti haid datang lambat atau haid lebih banyak berbanding biasa boleh menjadi petunjuk kepada ketidaksuburan seseorang wanita.

    Situasi lain yang berkaitan dengan kitaran haid adalah seseorang wanita itu didatangi haid setiap bulan, tetapi tidak mengalami ovulasi. Ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita mempunyai tanda-tanda ovulasi tidak teratur.

    Masalah ini boleh menghalang wanita untuk hamil. Namun, berita baiknya adalah terdapat rawatan untuk masalah ovulasi ini.

    tanda wanita tidak subur

    #2. Anda tidak didatangi haid langsung

    Satu lagi tanda jelas yang menunjukkan anda mengalami masalah ketidaksuburan adalah anda tidak didatangi haid langsung atau kitaran haid anda tiba-tiba terhenti.

    Dalam situasi ini, anda perlu berjumpa dengan pakar secepat mungkin.

    #3. Sakit ketika datang haid 

    Ramai wanita yang mengalami masalah haid yang amat menyakitkan. Ini juga merupakan salah satu punca wanita tidak subur.

    Jika anda mengalami masalah seperti sakit melampau semasa tempoh haid ataupun sakit semasa melakukan hubungan seks, maka anda perlu berjumpa doktor untuk mengetahui masalah dan menjalani rawatan yang bersesuaian.

    Ini merupakan simptom endometriosis atau masalah kesihatan serius yang lain.

    #4. Mengalami masalah jerawat yang teruk

    tanda wanita tidak subur

    Keadaan ini menunjukkan bahawa paras hormon anda bermasalah. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kekurangan ovulasi yang berlaku kepada wanita yang mengalami lebihan androgen.

    Oleh itu, pemeriksaan perubatan adalah amat penting ketika ini.

    #5. Rambut hitam tumbuh pada tempat baru di badan antara tanda wanita tidak subur

    Wanita yang tumbuh rambut di tempat yang tidak sepatutnya pada tubuh mereka boleh menghadapi kesukaran untuk hamil. Pertumbuhan rambut ini adalah petanda anda mengalami sindrom ovari. Pun begitu, usah risau kerana terdapat perubatan yang bersesuaian untuk masalah ini.

    #6. Masalah kehilangan rambut atau rambut semakin menipis

    Masalah kehilangan rambut berkait rapat dengan masalah hormon dan juga ketidaksuburan. Jadi, jika anda mempunyai masalah dengan rambut, anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor.

    #7. Nafsu seks menurun secara mendadak

    Nafsu seks yang semakin menurun juga mungkin menjadi tanda-tanda ketidaksuburan.

    Selain stres atau kemurungan, endometriosis juga boleh menjurus kepada menurunnya keinginan untuk melakukan seks atau membuatkan seks menjadi amat menyakitkan.

    tanda wanita tidak subur

    Tanda wanita tidak subur #8. Berat badan naik tanpa sebab jelas

    Jika tiba-tiba naik berat badan tanpa sebab, walaupun mengambil diet yang seimbang, anda perlu berwaspada.

    Lebihan androgen menjadikan tubuh sukar untuk menghasilkan insulin lantas menyebabkan seseorang individu itu mudah naik berat badan. 

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keadaan diri, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 15/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan