backup og meta

Wanita C-Sec Terdedah Pada Risiko Rahim Pecah! Lakukan Langkah Pencegahan Ini

Wanita C-Sec Terdedah Pada Risiko Rahim Pecah! Lakukan Langkah Pencegahan Ini

Benarkah wanita yang pernah melahirkan anak secara czer mempunyai risiko rahim pecah ketika bersalin? Mengapa ia boleh terjadi?

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Bagi mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Rahim pecah ketika bersalin

Ibu hamil yang pernah melalui prosedur beranak secara caesarean, boleh menjalani kaedah kelahiran faraj pada kehamilan akan datang

Cumanya, anda dengan parut C-Sec bukanlah calon yang baik untuk kelahiran faraj selepas caesarean (VBAC).

Kenapa?

Kerana anda mempunyai lebih tinggi untuk mengalami risiko rahim pecah (uterine rupture) – komplikasi yang boleh berlaku semasa proses melahirkan anak.

Keadaan rahim pecah ini berlaku pada tempat lemah di dinding rahim – selalunya di sepanjangan garis parut pembedahan rahim sebelum ini, seperti czer. 

Koyakan ini terjadi kerana ketegangan yang wujud padanya semasa bersalin dan melahirkan anak.

rahim pecah ketika bersalin
Sumber www.researchgate.net

Risiko rahim pecah juga boleh berlaku pada sepanjang bahagian parut myomectomy, iaitu pembedahan untuk membuang fibroid rahim – ketumbuhan pada rahim.

Berita baiknya, situasi rahim pecah ketika bersalin ini jarang berlaku. Dalam kalangan wanita yang mencuba kaedah VBAC, kemungkinan risiko koyakan rahim ini kurang 1 dalam 100 kelahiran.

Manakala kebarangkalian untuk terjadi masalah uterin rupture secara spontan – sebagai contoh pada wanita tanpa parut di rahim – sangat jarang berlaku, dalam 1 daripada 17,000 kelahiran.

Punca rahim pecah ketika bersalin

Mesti ada tertanya-tanya bagaimana wujudnya risiko rahim pecah semasa sedang melahirkan anak, betul tak?

Semasa bersalin, tekanan meningkat ketika bayi bergerak melalui saluran kelahiran. Tekanan yang wujud inilah boleh menyebabkan rahim ibu terkoyak.

Selalunya koyakan akan berlaku pada bahagian bekas parut caesarean.

Jika ia berlaku, kandungan di dalam rahim – termasuk bayi – boleh masuk ke dalam abdomen ibu.

Tanda rahim pecah ketika bersalin 

Pelbagai gejala dikaitkan dengan risiko rahim terkoyak ini. Beberapa kemungkinan simptom termasuklah:

  • Pendarahan faraj berlebihan
  • Sakit tiba-tiba antara kontraksi
  • Kontraksi menjadi lebih perlahan atau kurang sengit
  • Sakit perut atau kesakitan yang tidak normal
  • Bonjolan pada bawah tulang kemaluan
  • Kepala bayi tidak turun ke saluran kelahiran
  • Kesakitan mendadak pada bahagian bekas parut C-Sec
  • Kehilangan nada otot rahim
  • Degupan jantung cepat, tekanan darah rendah dan kejutan pada ibu
  • Degupan jantung tidak normal pada bayi
  • Proses bersalin tidak menunjukkan kemajuan secara semula jadi

Risiko rahim pecah

Setiap wanita yang mempunyai sejarah menjalani pembedahan czer atau rahim berisiko tinggi mengalami masalah ini kerana keadaan parut rahim boleh menjadi lemah dan terkoyak.

Bagi sesetengah parut pada rahim, adalah lebih cenderung untuk terkoyak semasa prosedur bersalin faraj berbanding yang lain.

rahim pecah ketika bersalin

Parut menegak tinggi

Potongan parut klasik ini mempunyai risiko rahim pecah paling tinggi.

Jenis potongan ini, yang ke atas dan ke bawah, dibuat pada bahagian atas rahim. Adakalanya dilakukan untuk bayi pramatang. 

Pembedahan untuk fibroid juga cenderung dilakukan pemotongan menegak ini.

Parut melintang rendah

Bagi parut melintang rendah ini adalah potongan sisi ke sisi pada bahagian bawah rahim yang lebih nipis.

Merupakan parut C-Sec paling biasa dan risiko rahim pecah ketika bersalin paling sedikit.

Parut menegak rendah

Merupakan potongan atas dan bawah yang dibuat di bahagian bawah rahim. 

Dengan potongan menegak rendah, risiko untuk mengalami masalah pecah rahim adalah lebih tinggi berbanding parut melintang rendah.

Pun begitu, risikonya lebih rendah daripada parut menegak tinggi.

Umumnya, anda perlu mendapatkan kepastian doktor untuk mengetahui apakah jenis potongan yang dilakukan semasa prosedur pembedahan dahulu.

Wanita paling berisiko untuk mengalami masalah koyakan pada rahim ini adalah mereka yang mencuba kaedah VBAC dan menerima induce prostaglandin dan/atau oxytocin.

Komplikasi rahim pecah ketika bersalin

Rahim pecah ini boleh mengakibatkan pendarahan tidak terkawal pada abdomen, atau dalam kes jarang berlaku, menyebabkan sebahagian plasenta atau bayi memasuki perut anda.

Ia boleh mengancam nyawa jika tidak ditangani dengan segera!

Rawatan & pencegahan 

Jika berlaku koyakan rahim, anda akan segera mendapat pembedahan czer, diikuti dengan pembaikan rahim.

Anda mungkin perlu diberikan antibiotik untuk mencegah jangkitan.

Dalam kes jarang berlaku, terdapat kebarangkalian untuk menjalani histerektomi – pembedahan buang rahim. Ini terutamanya jika berlaku pendarahan yang teruk.

rahim pecah ketika bersalin

Pembedahan yang dilakukan juga untuk membolehkan doktor menarik keluar bayi daripada badan ibu.

Mencegah rahim pecah

Jika anda pernah menjalani prosedur pembedahan czer atau abdomen dengan dinding rahim dipotong sepenuhnya, pertimbangkan segala risiko semasa memilih kaedah bersalin, khususnya jika ingin mencuba kelahiran faraj

Terdapat kemungkinan, seandainya anda pernah menjalani prosedur kelahiran secara caesarean dan mempunyai parut melintang rendah, kebarangkalian anda menjadi calon VBAC.

Sekiranya anda mempunyai risiko rahim pecah ketika bersalin, terutamanya dengan parut menegak tinggi atau koyakan rahim pada masa lalu, kelahiran faraj mungkin bukan pilihan terbaik.

Walau apa pun, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu. 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on July 3, 2021

https://www.aafp.org/afp/2002/0901/p823.html

https://patient.info/doctor/uterine-rupture

https://www.slideshare.net/muhammadelhennawy5/rupture-uterus 

https://www.researchgate.net/publication/281682157_Silent_Spontaneous_Uterine_Rupture_at_36_Weeks_of_Gestation

https://medicalguidelines.msf.org/viewport/ONC/english/3-3-uterine-rupture-51416296.html

https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=101301

https://radiopaedia.org/articles/uterine-rupture 

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

BAHAYA, Sawan Eklampsia Berisiko Ancam Nyawa Ibu & Bayi!

Bayi Dalam Kandungan Songsang? Ini Antara Pilihan Selamat Untuk Ibu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan