Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
1 Daripada 4 Ibu Alami Kemurungan Ketika Hamil, PEKA Dengan 8 Tanda Ini Ya!
Kehamilan, meskipun menjadi momen yang paling menggembirakan dalam kehidupan kebanyakan wanita, namun sepanjang tempoh ini juga wanita akan berperang dengan perasaan penuh kekeliruan, ketakutan, dan juga boleh menjadi kemurungan untuk sesetengah ibu hamil. American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mendedahkan bahawa 14 hingga 23 peratus wanita mengalami depresi atau kemurungan semasa hamil.
Kemurungan, yang merupakan gangguan mood, berlaku kepada 1 dalam 4 wanita pada sesetengah masa dalam kehidupan mereka. Lantaran itu, adalah normal jika kemurungan semasa hamil berlaku sekali semasa wanita mengandung.
Yang mengejutkan adalah, antepartum tidak didiagnos dengan baik semasa kehamilan memandangkan ramai orang selalu tersalah anggap kemurungan semasa hamil dengan ketidakseimbangan hormon.
Kemurungan dalam kehamilan, sesungguhnya, memerlukan rawatan tepat pada masanya. Jika dibiarkan, ia akan meninggalkan kesan yang berbahaya kepada kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Apakah sebenarnya kemurungan semasa hamil?
Banyak punca yang boleh sebabkan ibu hamil stres.
Istilah perubatan untuk keadaan ini adalah kemurungan antepartum. Ia berkaitan dengan gangguan mood dan perubahan kimia dalam otak.
Perubahan ini adalah hasil daripada perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan.
Tanda-tanda kemurungan antepartum
Jika ibu hamil mengalami simptom-simptom berikut selama lebih daripada dua minggu, anda mungkin mengalami kemurungan antepartum.
Kesedihan melampau
Konsentrasi menurun
Masalah tidur, terlalu sedikit atau boleh juga terlebih tidur
Minat menurun dalam melakukan aktiviti kegemaran
Berfikir tentang kematian, bunuh diri, atau hilang harapan
Terdapat banyak rawatan yang boleh membantu ibu hamil dengan keadaan mereka. Ini termasuklah:
Kumpulan sokongan
Terapi psiko persendirian
Perubatan
Terapi ringan
Kebanyakan ibu akan berasa gusar tentang rawatan yang menggunakan ubat semasa kehamilan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat doktor yang akan melindungi anda dengan memberitahu manfaat dan risiko mengenainya, serta memberikan anda nasihat terbaik.
Jika anda sedang mendapatkan ubat untuk keadaan mental lain sebelum kehamilan anda, jangan hentikan pengambilan ubat tanpa pemantauan doktor. Pemberhentian ubat yang mengejut boleh meletakkan anda dan bayi dalam risiko.
Masalah utama adalah jika keadaan anda bertambah teruk, sehingga boleh membawa kepada banyak komplikasi semasa hamil, termasuklah kenaikan berat badan rendah dan bonding dengan bayi baru lahir tidak bagus.
Apakah kemungkinan kesan sampingan antidepresan?
Impak buruk daripadanya termasuklah:
Kelahiran pramatang
Hipertensi pulmonari bayi
Antidepresan dalam trimester ketiga boleh menjurus kepada pengeluaran semasa lahir untuk bayi.
Pengeluaran ini boleh jadi jangka hayat bayi pendek, sukar bernafas, sukar menyusu dan rengsa, atau rendah gula darah.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Depression During Pregnancy: Signs, Symptoms And Treatment http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/depression-during-pregnancy/ Accessed June 08 , 2017
Depression during pregnancy https://www.babycenter.com/0_depression-during-pregnancy_9179.bc Accessed June 08 , 2017
Versi Terbaru
27/05/2025
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor