Ibu hamil ingin melahirkan anak di private hospital, tetapi tidak pasti berapa kos bersalin hospital swasta?
Usah bimbang, dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini, ada jawapan untuk anda. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Pemilihan bersalin hospital swasta
Sebelum kita mengetahui kos bersalin hospital swasta, pastinya anda ingin tahu apakah antara kelebihannya jika memilih untuk melahirkan bayi di hospital ini berbanding hospital kerajaan, betul tak?
Umumnya, hospital swasta dikendalikan oleh organisasi swasta yang akan mengenakan bayaran terus kepada pesakit untuk sebarang perkhidmatan termasuklah kelahiran. Ia juga menawarkan persekitaran lebih selesa untuk penjagaan bersalin dan kelahiran.
Jika bercadang untuk bersalin di private hospital, anda boleh memilih doktor pakar. Bahkan janji temu pemeriksaan pranatal juga akan dilakukan oleh pakar yang anda pilih. Ini membolehkan anda berpeluang mengenali pakar obstetrik dengan lebih dekat.
Sesungguhnya terdapat banyak faktor yang mendorong ibu hamil untuk memilih bersalin di private hospital. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, kos bersalin di hospital swasta adalah lebih mahal berbanding di hospital kerajaan.
Kos bersalin di hospital swasta mengikut kaedah melahirkan anak
Seperti kita semua sedia maklum, bagi ibu yang memilih untuk melahirkan anak di hospital swasta, kosnya adalah mengikut prosedur bersalin.
Berikut merupakan antara jenis prosedur melahirkan anak:
Bersalin normal
Merupakan kaedah paling biasa untuk melahirkan anak iaitu secara normal atau melalui faraj. Umumnya, prosedur bersalin ini dianggap paling selamat buat ibu mengandung.
Kaedah ini mungkin atau tidak dibantu dengan suntikan epidural atau ubat tahan sakit.
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan kaedah bersalin ini dan tidak akan menyarankan pembedahan caesarean. Malahan bagi wanita yang merancang untuk mempunyai ramai anak, cara bersalin ini amatlah digalakkan.
[embed-health-tool-due-date]
Kos bersalin hospital swasta untuk prosedur pembedahan
Nama lain kaedah melahirkan anak ini dikenali sebagai czer, di mana bayi akan dilahirkan melalui pembukaan pada bahagian abdomen ibu dan pembedahan pada uterus untuk mengeluarkan si manja akan dilakukan.
Bagi ibu yang bakal menyambut kelahiran kembar, bersilang atau melintang mahupun bayi dengan saiz besar, ini merupakan antara pilihan terbaik.
Bersalin normal dengan bantuan
Dalam sesetengah kes, kelahiran melalui faraj memerlukan bantuan, seperti:
Episiotomi
Ketika proses kelahiran, akan berlaku pemotongan atau hirisan pada bahagian antara faraj dan dubur – disebut sebagai tisu perineum. Proses pemotongan dinamakan sebagai episiotomi.
Bantuan vakum
Kaedah ini akan digunakan apabila bayi yang sedang dalam proses kelahiran berhenti bergerak di dalam saluran faraj, maka doktor akan memutuskan untuk menggunakan bantuan vakum.
Satu pam vakum khas akan dimasukkan melalui saluran kepala bayi. Pada penghujung vakum mempunyai cawan lembut yang akan diletakkan pada bahagian atas kepala bayi.
Cawan lembut itu akan ‘memegang’ kepala bayi dan akan membawanya keluar dengan perlahan melalui saluran faraj.
Memecahkan air ketuban
Dalam sesetengah keadaan, doktor boleh membantu memecahkan air ketuban tersebut melalui prosedur yang dipanggil amniotomi.
Satu alat akan dimasukkan melalui faraj dan digunakan secara perlahan-lahan untuk memecahkan kantung amniotik.
Kelahiran forcep dalam kos bersalin hospital swasta
Merupakan satu proses bantuan kepada proses bersalin normal apabila bayi yang sedang dilahirkan gagal untuk dikeluarkan sepenuhnya.
Dalam kes seperti itu, doktor akan menggunakan alat khas menyerupai forcep dan memasukkan secara perlahan-lahan ke dalam saluran kelahiran. Ia akan digunakan untuk menarik kepala bayi dengan perlahan dan membawanya keluar melalui saluran faraj.
Kos bersalin hospital swasta
Berikut Hello Doktor kongsikan beberapa anggaran kos bersalin di hospital swasta sekitar Lembah Klang:
KPJ Selangor Specialist Hospital
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor
Bersalin normal (2 hari 1 malam)
- Bilik 1 katil – RM3,590
- Bilik 2 katil – RM3,390
- Bilik 4 katil – RM3,290
Bersalin caesarean (3 hari 2 malam)
- Bilik 1 katil – RM10,480
- Bilik 2 katil – RM10,180
- Bilik 4 katil – RM9,980
Hospital Salam, Shah alam
2, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.
Bersalin normal (2 hari 1 malam)
- Bilik 1/ 2 katil – RM2,999
Bersalin caesarean (3 hari 2 malam)
- Bilik 1 katil – RM6,999
Kos bersalin hospital swasta #Sunway Medical Centre
5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
- Bersalin normal bermula RM4,000
- Bersalin caesarean bermula RM6,000
Subang Jaya Medical Centre (SJMC) #kos bersalin hospital swasta
No. 1, Jalan SS12/1A, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor.
- Bersalin normal bermula RM7,000
- Bersalin caesarean bermula RM12,000
Thomson Hospital Kota Damansara
11, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor, 1, PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
- Bersalin normal bermula RM4,000
- Bersalin caesarean bermula RM8,500
Andorra Women & Children Hospital
19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Bersalin normal (2 hari 1 malam)
- Bilik 1 katil – RM4,599
- Bilik 2 katil – RM3,899
- Bilik 4 katil – RM3,399
Bersalin caesarean (3 hari 2 malam)
- Bilik 1 katil – RM8,999
- Bilik 2 katil – RM8,599
- Bilik 4 katil – RM7,999
Baca juga: