backup og meta

Kerap Kram Pinggang & Sakit Pinggul Semasa Hamil, Adakah Ia Normal Atau Berbahaya?

Kerap Kram Pinggang & Sakit Pinggul Semasa Hamil, Adakah Ia Normal Atau Berbahaya?

Sakit punggung ketika hamil biasa berlaku kepada kebanyakan wanita hamil pada lewat kehamilan, terutamanya ketika trimester ketiga.

Kesakitan ini mungkin berlaku disebabkan badan anda sedang cuba menyesuaikan diri untuk melahirkan anak kelak. Anda akan cenderung merasainya pada bahagian rahim yang bayi kerap baring padanya.

Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

Apakah punca sakit punggung ketika hamil?

sakit punggung ketika hamil

Semasa kehamilan, sistem fungsi pada pelvis anda akan mengalami perubahan untuk menyediakan anda agar mudah bayi melaluinya kelak ketika melahirkan anak.

Pengubahsuaian sistem ini akan bermula dengan pelepasan hormon secara automatik yang bertanggungjawab membuat tisu penyambung lebih lembut dan relaks.

Ini seterusnya akan mengakibatkan sendi dan ligamen antara tulang-tulang pelvis anda mula longgar dan menajadi lebih fleksibel.

Akibatnya, ia akan menyebabkan kesakitan pada bahagian bawah belakang badan, perubahan postur dan rahim akan menjadi lebih berat. Kesakitan ini adalah tidak dapat dielakkan.

Selain itu, sakit pinggul semasa kehamilan juga mungkin disebabkan oleh sciatica. Ia merujuk kepada peningkatan tekanan pada saraf siatic.

Rahim anda yang sedang membesar akan memberi tekanan pada dua saraf sciatic yang bertempat di bahagian bawah belakang ke kaki. Oleh itu, anda mungkin akan berasa sakit pada punggung, pinggul dan paha. Sciatica adalah normal dalam kalangan wanita hamil.

Semasa trimester kedua kehamilan, anda mungkin akan mengalami sakit ligamen. Ia akan mengundang rasa sakit pada abdomen, pinggul dan kawasan ari-ari jika anda banyak bergerak atau selalu mengubah posisi.

Bagaimana kurangkan sakit punggung ketika hamil?

ibu mengandung, 35 tahun

Menjalankan senaman yang sesuai adalah sangat penting untuk mengurangkan kesakitan pada belakang anda. Sebagai contoh, anda boleh cuba menaikkan pinggul anda melebihi paras dada ketika berbaring menelentang selama beberapa minit.

Selain itu, anda mungkin perlu untuk mandi air panas bagi melegakan kawasan yang sakit tersebut. Semakin hampir anda dengan tarikh melahirkan, semakin rasa sakit itu menjadi lebih teruk.

Anda boleh mengurangkan ini dengan meletakkan tekanan pada pinggul anda. Ini boleh dilakukan dengan tidur secara mengiring dan pastikan kaki dan lutut anda membengkok.

Gunakan bantal atau selimut untuk menyokong abdomen dan bahagian atas kaki ada jika perlu.

Bila anda perlu mendapatkan rawatan?

cara-kira-bmi-penjagaan-ketika-hamil

Dalam beberapa kes, sakit pinggul semasa hamil yang teruk juga merupakan petanda kelahiran bayi pramatang – kelahiran bayi pada minggu ke-37 kehamilan.

Jika begitu, anda mungkin akan mengalami tekanan pelvis yang merebak ke bahagian paha. Kemudian, ia akan mengakibatkan kekejangan pada bahagian bawah abdomen dan bahagian bawah belakang setiap kali anda berubah posisi.

Akibatnya, kontraksi akan berlaku setiap sepuluh minit dan lelehan berwarna merah jambu atau coklat akan keluar daripada faraj. Ketika ini, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/hip-pain-during-pregnancy/

https://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pelvic-pain-pregnant-spd/

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Macam Senggugut Tapi Tak Keluar Haid, Ini Sebab Hamil @ PMS? Kenali Bezanya!

Punca Sakit Kepala Semasa Hamil Berbeza Setiap Trimester, Ini Cara Rawatannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan