backup og meta

AWAS! Baby Lahir Tak Cukup Berat Boleh Beri Kesan Hingga Mereka Besar, Ini Komplikasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

    AWAS! Baby Lahir Tak Cukup Berat Boleh Beri Kesan Hingga Mereka Besar, Ini Komplikasinya

    Tahukah anda, berat bayi lahir rendah boleh mendatangkan kesan kepada mereka ketika besar nanti?

    Jom ketahui komplikasi tidak cukup berat yang boleh berlaku.

    Memahami keadaan berat bayi lahir rendah

    Dalam takrifan perubatan, berat bayi lahir rendah adalah apabila bayi yang dilahirkan memiliki berat kurang daripada 2.5 kilogram (kg).

    Berat normal bayi yang lahir biasanya sekitar 3.6 kg.

    Ini bermakna saiz bayi tersebut adalah kecil tetapi masih mempunyai tahap kesihatan yang baik.

    Namun adakalanya, bayi yang lahir dengan berat yang tidak mencukupi mungkin berdepan masalah kesihatan serius.

    Ia mungkin kedengaran membimbangkan, tetapi dalam aspek penjagaan, bayi yang dilahirkan dengan berat yang rendah adalah lebih kurang sama dengan cara penjagaan bayi lain. 

    Cuma, penjagaan yang lebih teliti perlu diberikan bagi memastikan kesihatan mereka berada pada tahap terbaik.

    Punca bayi lahir tidak cukup berat?

    Masalah lahir dengan berat yang tidak mencukupi ini adalah 1 keadaan biasa untuk berlaku kepada bayi pramatang.

    Ini bermaksud proses kelahiran berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan.

    Situasi ini disebabkan bayi pramatang mempunyai masa yang kurang di dalam rahim untuk membesar dan menambah berat badan.

    Sebilangan besar berat badan bayi diperolehi pada minggu-minggu terakhir kehamilan.

    Penyebab lain kepada berat bayi lahir rendah adalah keadaan yang disebutkan sekatan pertumbuhan intrauterin (IUGR).

    Ia berlaku apabila bayi tidak dapat membesar dengan baik semasa tempoh mengandung. 

    Ia mungkin berpunca daripada masalah berkaitan plasenta, keadaan kesihatan ibu atau bayi.

    Bayi dengan masalah IUGR boleh berdepan situasi seperti:

    • Kelahiran cukup bulan – Dilahirkan antara minggu ke-37 hingga 41 kehamilan. Secara fizikalnya bayi ini adalah sihat dan matang, cuma bersaiz kecil
    • Kelahiran pramatang –  Bayi yang dilahirkan adalah bersaiz kecil dan tidak matang dari segi fizikal

    Risiko berat bayi lahir rendah

    Selain disebabkan kelahiran pramatang dan masalah IUGR, ada beberapa perkara lain yang memberikan kesan kepada ibu hamil dalam meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat yang rendah, seperti:

    • Jangkitan ketika kehamilan
    • Tidak mendapat berat yang mencukupi ketika hamil
    • Kehamilan terdahulu juga melibatkan berat bayi lahir rendah
    • Tabiat merokok
    • Pengambilan minuman alkohol atau penyalahgunaan dadah
    • Wanita hamil berusia kurang daripada 17 tahun atau melebihi 35 tahun

    komplikasi-berat-bayi-lahir-rendah

    Komplikasi kepada bayi yang lahir tidak cukup berat

    Anda mungkin fikir mempunyai bayi yang tidak cukup berat adalah sekadar bersaiz kecil atau kerana bayi tidak sabar untuk melihat dunia.

    Kebanyakan bayi yang tidak mempunyai berat mencukupi semasa lahir cuma berdepan masalah kerana saiz mereka yang kecil.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian.

    Berikut adalah 4 komplikasi tidak cukup berat yang mungkin dialami si kecil:

    1. Masalah berkaitan fungsi organ dalaman

    Bayi pramatang berdepan risiko kesan daripada kelahiran tidak cukup bulan.

    Antara masalah tersebut mungkin melibatkan fungsi otak, jantung, paru-paru, saluran pencernaan dan banyak lagi.

  • Masalah dengan tekanan darah
  • Bayi yang terlalu kecil mungkin berdepan masalah dengan aliran tekanan darah.

    Bayi pramatang adakalanya akan menggunakan gula lebih cepat berbanding proses penghasilannya. 

    Keadaan tersebut sekali gus boleh menyebabkan mereka mengembangkan masalah kesihatan tekanan darah rendah.

    1. Sukar untuk mengekalkan suhu badan

    Bayi lahir dengan berat yang rendah tidak akan mempunyai lemak yang mencukupi untuk memanaskan badan mereka. 

    Jika mereka tidak mampu untuk kekal sendiri dalam suhu bersesuaian, mereka mungkin perlu menghabiskan masa di dalam mesin inkubator.

    1. Kesukaran untuk makan

    Bayi yang bersaiz kecil biasanya berdepan kesukaran untuk melalui proses penyusuan sama ada terus daripada ibu atau melalui susu botol dengan baik.

    Mereka mungkin memerlukan bantuan untuk memastikan kadar pengambilan kalori untuk proses tumbesaran adalah mencukupi. 

    Selain itu, beberapa masalah lain yang boleh berlaku adalah:

    • Tahap oksigen rendah ketika lahir
    • Terdedah kepada jangkitan
    • Masalah pernafasan
    • Masalah sistem saraf seperti pendarahan dalam otak (intraventricular hemorrhage)
    • Sindrom kematian bayi mendadak (SIDS)

    Manakala bayi yang dilahirkan dengan berat yang terlalu rendah, berisiko berdepan komplikasi jangka panjang dan ketidakupayaan. Antaranya:

    • Kecacatan otak
    • Buta
    • Pekak
    • Gangguan tumbesaran

    Semakin rendah berat bayi anda semasa dilahirkan, maka semakin tinggi risiko komplikasi tidak cukup berat yang mungkin dialami mereka.

    komplikasi tidak cukup berat

    Mengenal pasti kesan komplikasi tidak cukup berat

    Sememangnya anda tidak boleh mengawal proses semula jadi tumbesaran dan pertambahan berat si kecil, tetapi anda boleh berwaspada terhadap komplikasinya. 

    Anda cuma perlu lebih kerap memantau si kecil yang lahir pramatang atau berdepan masalah tidak cukup berat.

    Apabila si kecil semakin membesar, ada kajian menunjukkan mereka mungkin cenderung untuk mengalami masalah kesihatan seperti asma, penglihatan dan kemahiran motor serta koordinasi tangan dan mata.

    Namun, berita baiknya, si kecil mempunyai sikap berdaya tahan serta semangat untuk berjaya yang tinggi.

    Ini terutamanya jika mereka mendapat sokongan serta keprihatinan daripada ibu bapa.

    Langkah pencegahan

    Kebanyakan bayi mampu meneruskan kehidupan walaupun dilahirkan pramatang atau bersaiz kecil.

    Tetapi mencegah kehamilan pramatang adalah 1 cara terbaik menghindari masalah bayi lahir dengan berat yang tidak mencukupi.

    Setiap ibu hamil perlu mengambil diet pemakanan seimbang sepanjang tempoh kehamilan serta mengelakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol atau penyalahgunaan dadah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan