Pernah terfikir berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah? Bagaimana pula jika air ketuban pecah tapi tidak ada kontraksi?
Teruskan membaca untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya,
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Air ketuban pecah
Apabila anda semakin dekat dengan tarikh bersalin, pastinya terdapat pelbagai persoalan bermain di minda seperti apa yang berlaku jika air ketuban pecah semasa sedang bershopping persiapan bayi?
Tetapi apakah sebenarnya dimaksudkan dengan ‘air ketuban pecah’?
[embed-health-tool-due-date]
Amnya, bayi dikelilingi cecair amniotik – air ketuban – yang berada dalam kantung di dalam rahim.
Apabila kantung ini pecah – biasanya berlaku tidak lama sebelum atau semasa bersalin. Sekiranya air ketuban pecah tapi tidak ada kontraksi, ia dipanggil premature rupture of membranes (PROM) atau pecah membran pramatang.
PROM hanya berlaku dalam 8-10 peratus kehamilan. Bermakna dalam kebanyakan kehamilan, air ketuban akan pecah selepas kontraksi bermula.
Jadi berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah?
Berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah?
Cecair amniotik terdiri daripada hormon, nutrien dan antibodi. Ia adalah kusyen pelindung untuk bayi yang mula berkumpul sekitar 12 hari selepas persenyawaan berjaya.
Bayi juga meminum cecair ini seperti air dan akhirnya kencing di dalamnya.
Cecair ini bertanggungjawab untuk memastikan bayi dalam kandungan kekal hangat dan membantu membangunkan paru-paru, sistem pencernaan dan sistem muskuloskeletal.
Tetapi selepas kandungan berusia 23-minggu, bayi tidak banyak bergantung kepada cecair amniotik untuk terus hidup. Sebaliknya mereka menerima nutrien dan oksigen daripada plasenta. Selepas itu, kantung ketuban ini hanya berfungsi sebagai perlindungan sahaja.
Jika kantung pecah, bayi akan terdedah kepada jangkitan dan risiko lain seperti tali pusat jatuh (cord prolapse).
Berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah? Ia bergantung kepada beberapa faktor, seperti:
- Dalam kes di mana bayi pramatang, mereka mungkin dapat bertahan selama berminggu-minggu dengan pemantauan dan rawatan hospital yang betul
- Dalam kes di mana bayi anda berumur sekurang-kurangnya 37 minggu, ia mungkin selamat untuk menunggu tempoh 48 jam (ada kalanya lebih lama) untuk fasa bersalin bermula dengan sendirinya
Kuncinya adalah pemantauan. Jika air ketuban pecah dan anda tidak mendapat rawatan perubatan, bayi mungkin menghadapi beberapa risiko yang serius dan bahkan meninggal dunia. Anda juga berisiko mendapat jangkitan dan komplikasi lain.
Air ketuban pecah tapi tidak ada kontraksi: Apakah bahayanya?
Anda mungkin pernah mendengar bahawa doktor akan memberikan tempoh 24 jam sebelum teknik induce dilakukan.
Secara amnya selepas kantung pecah, bayi disokong oleh plasenta untuk oksigen dan keperluan lain. Cuma kebimbangan utama jika ia pecah awal adalah risiko jangkitan kepada bakal ibu dan bayi.
Baca juga: