Apakah simptom mengandung yang mungkin anda alami semasa berbadan dua nanti? Haa, usah risau. Hello Doktor telah senaraikan antara gejala paling biasa untuk terjadi, ayuh semak!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Simptom mengandung
Semasa kehamilan, wanita mungkin akan mengalami beberapa jenis ketidakselesaan. Simptom ini adalah berbeza bergantung kepada individu. Berikut merupakan huraian ketidakselesaan dan perubahan yang berlaku pada badan anda semasa hamil.
Mual dan muntah-muntah
Mual dan muntah-muntah adalah dua simptom yang dialami oleh kebanyakan wanita ketika trimester pertama ataupun sepanjang tempoh kehamilan.
Ia selalunya berada pada tahap yang paling teruk ketika waktu pagi disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan wanita.
Keletihan, antara simptom mengandung
Keletihan akan berlaku apabila anda ingin menyesuaikan diri dengan kehamilan.
Dalam beberapa kes, keletihan ini akan mengakibatkan anemia apabila sel darah merah dalam badan anda mengurangkan kadar oksigen yang dibawa dan kadar zat besi juga menurun.
Hemorrhoids
Hemorrhoids ini boleh berlaku ketika tempoh kehamilan. Ketika ini, rektum dan perineum anda sedang berada dalam tekanan. Selain itu, risiko sembelit dan sel darah anda juga akan meningkat.
Vena Varikos
Anda mungkin akan perasan terdapat kebengkakan pada salur vena di kaki dan sekitar bukaan faraj anda. Anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal semasa lewat kehamilan anda.
Senak dan pedih ulu hati
Sentiasa ingat untuk makan dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan berbaring selepas makan. Ini dapat mengurangkan senak dan pedih ulu hati semasa kehamilan.
Gusi berdarah, salah satu simptom mengandung
Wanita hamil juga kerap mengalami gusi berdarah akibat daripada peningkatan aliran darah. Simptom ini kebiasaannya akan hilang selepas melahirkan anak.
‘Pica’
‘Pica’ ialah gangguan pemakanan yang membuat seorang wanita hamil ingin makan bahan bukan makanan seperti pasir, tanah atau arang yang tidak mempunyai sebarang nutrisi.
Pembengkakan atau retensi air
Pembengkakan yang tidak serius adalah biasa ketika kehamilan.
Namun begitu, pembengkakan yang teruk sebenarnya boleh menjadi petanda praeklampsia. Segera berjumpa doktor jika terdapat pembengkakan yang abnormal pada abdan anda.
Baca juga: