backup og meta

Ini 3 Pilihan Selamat Untuk Keluarkan Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Ini 3 Pilihan Selamat Untuk Keluarkan Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Setiap ibu bapa pasti sedih apabila mengetahui bayi mati dalam kandungan atau stillbirth. Sekiranya anda berada dalam situasi ini, terdapat 3 cara mengeluarkan bayi meninggal dalam kandungan yang perlu diketahui. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa maksudnya kelahiran mati?

Sebelum mengetahui cara mengeluarkan bayi meninggal dalam kandungan, jom kita fahami secara ringkas definisi bayi mati dalam kandungan atau stillbirth terlebih dahulu.

Kelahiran mati adalah apabila bayi meninggal dalam kandungan selepas usia kehamilan 20 minggu ke atas. Dalam kebanyakan kes, ia berlaku sebelum proses kelahiran bermula. Namun ada juga yang meninggal semasa bersalin.

Tanda bayi mati dalam kandungan

Apakah tanda bayi meninggal dalam perut?

Biasanya, keadaan ini akan mula disedari oleh bakal ibu apabila tiada pergerakan atau tendangan daripada bayi. Gejala lain adalah seperti pendarahan faraj, kekejangan atau rasa sakit.

Selalunya tiada gejala fizikal untuk memberi amaran tentang kelahiran mati ini. Paling penting anda perlu sentiasa memantau pengerakan bayi. 

Jika terdapat penurunan ketara dalam aktiviti pergerakan bayi – kurang daripada 10 pergerakan dalam tempoh 2 jam – lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Inilah tanda bayi meninggal dalam perut.

Cara mengeluarkan bayi meninggal dalam kandungan

Secara amnya, kaedah untuk mengeluarkan bayi yang meninggal semasa dalam kandungan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh kehamilan dan keadaan kesihatan si ibu.

Dilation and evacuation (D&E) 

Semasa prosedur cuci rahim ini, doktor akan melebarkan (membuka) serviks untuk mengeluarkan tisu daripada lapisan rahim.

Serviks adalah ‘pintu’ kepada rahim yang terletak pada bahagian atas faraj.

Contoh prosedur mengeluarkan bayi yang meninggal dalam kandungan.
Contoh prosedur mengeluarkan bayi yang meninggal dalam kandungan.

Melakukan D&E mungkin akan mengehadkan maklumat yang boleh diperolehi doktor tentang keadaan bayi. Ini kerana melalui proses ini, doktor tidak boleh melakukan bedah siasat atau postmortem.

Tetapi apa bezanya D&E dan D&C?

D&C atau dilation and curettage dilakukan untuk kandungan berusia 13 minggu ke bawah. Manakala D&E adalah bagi kandungan yang berusia 13 minggu ke atas.

Kelahiran cetusan antara cara mengeluarkan bayi meninggal dalam kandungan

Induced labor adalah apabila doktor memberikan ubat atau memecahkan air ketuban (kantung amniotik) untuk merangsang proses bersalin.

Semasa prosedur induksi ini, anda akan diberikan ubat sama ada secara oral atau dimasukkan ke dalam faraj bagi membantu rahim bersedia untuk proses kelahiran. Adakala, ubat boleh diberikan secara titisan melalui intravena (IV). 

Ia boleh memakan masa sehingga 48 jam dan apabila serviks mula mengembang, kontraksi akan dapat dirasai dan akan menjadi lebih sengit serta berkala.

Prosedur ini akan dilakukan segera jika kesihatan bakal ibu berisiko tinggi seperti:

  • Mengalami preeklampsia yang teruk
  • Terdapat jangkitan serius
  • Kantung amniotik telah pecah

Cara mengeluarkan bayi meninggal dalam kandungan melalui pembedahan czer 

Kaedah cesarean jarang disarankan doktor kerana ia merupakan prosedur pembedahan besar yang boleh menimbulkan lebih banyak risiko dan menjejaskan kehamilan akan datang. Ia juga memerlukan tempoh pemulihan lebih lama.

Untuk prosedur C-Sec ini, doktor akan memberikan bius anestetik tulang belakang atau epidural. Keseluruhan prosedur czer ini biasanya akan memakan masa sekitar 40 hingga 50 minit.

Penjagaan diri

Selepas selamat mengeluarkan bayi yang meninggal dalam kandungan, terdapat beberapa perkara boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan diri dan keselesaan fizikal ibu, seperti:

  • Menjaga badan melalui pemakanan seimbang
  • Gunakan pad dan bukannya tampon untuk pendarahan lochia (nifas) yang mungkin berlaku selama 2 minggu
  • Berunding dengan doktor sama ada anda boleh mengambil ubat tahan sakit tanpa preskripsi seperti acetaminophen, ibuprofen atau naproxen untuk meredakan kekejangan
  • Jika payudara anda sudah mula menghasilkan susu, berbincanglah dengan doktor tentang cara mengurangkan ketidakselesaan tersebut

Berdepan situasi kelahiran mati adalah satu kehilangan yang menyakitkan bagi sebuah keluarga. Ia adalah normal untuk bakal ibu bapa berasa sedih dengan situasi tersebut.

Ini kerana kesedihan adalah sebuah perasaan yang akan dirasai apabila kehilangan orang yang disayangi.

Namun satu perkara penting yang perlu diketahui adalah kelahiran mati juga boleh menyebabkan bakal ibu berisiko untuk mengalami kemurungan selepas bersalin (postpartum depression, PPD). Ini adalah bahaya bayi meninggal di dalam perut.

Ia merupakan sejenis kemurungan yang dialami oleh sesetengah wanita selepas melahirkan anak.

Maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai tanda atau simptom PPD seperti:

  • Berasa tertekan sepanjang hari
  • Kurang berminat melakukan perkara yang disukai
  • Kurang selera makan
  • Sukar untuk tidur

Kesimpulan

Semoga perkongsian cara mengeluarkan bayi meninggal dalam kandungan ini dapat membantu anda untuk lebih bersedia. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stillbirth. https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/miscarriage-loss-grief/stillbirth, Accessed on June 15, 2023
  2. Preparing for labour and birth with a stillborn baby. https://www.tommys.org/baby-loss-support/stillbirth-information-and-support/giving-birth-stillborn-baby, Accessed on June 15, 2023
  3. Stillbirth. https://www.nhs.uk/conditions/stillbirth/, Accessed on June 15, 2023
  4. Stillbirth (Before Delivery): Care Instructions. https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=abk9885, Accessed on June 15, 2023
  5. Stillbirth. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9685-stillbirth, Accessed on June 15, 2023
  6. Stillbirth. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=stillbirth-90-P02501#, Accessed on June 15, 2023
  7. What is a stillbirth? https://www.pregnancybirthbaby.org.au/what-is-a-stillbirth, Accessed on June 15, 2023 

Versi Terbaru

21/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil, Ini 6 Cara Nak Bezakan Pecah Air Ketuban Dengan Air Kencing!

4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan