Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kontraksi tidak berlaku sedangkan waktu jangkaan bersalin sudah tiba dan anda terfikir untuk pecahkan air ketuban di rumah? Sabar…apa kata baca penjelasan ini dahulu.

Selamat ke pecahkan air ketuban di rumah?

Apabila waktu jangkaan bersalin sudah tiba tetapi anda masih tidak mengalami sebarang kontraksi, pastinya ia situasi yang membimbangkan anda.

Pelbagai cara sudah anda lakukan untuk mempercepatkan proses bersalin. Tetapi masih tidak menunjukkan sebarang hasil.

Hmmm…bagaimana pula kalau anda cuba untuk memecahkan air ketuban sendiri?

Seorang wanita boleh memecahkan air ketubannya dengan bantuan doktor. Namun untuk pecahkan air ketuban di rumah secara sendiri adalah 1 tindakan yang berbahaya.

Pecahkan air ketuban di rumah undang bahaya

Tidak ada kaedah yang dapat dibuktikan sebagai cara yang selamat untuk seorang wanita hamil memecahkan air ketubannya sendiri di rumah. Malahan ia dianggap 1 perkara yang berbahaya. Mengapa?

Ini kerana jika anda memecahkan air ketuban sendiri di rumah tanpa pengawasan doktor, ia boleh menjadi 1 tindakan yang berbahaya.

Ini terutamanya jika air ketuban pecah sebelum proses kelahiran semula jadi atau sebelum proses perkembangan bayi berkembang sepenuhnya.

Biasanya dalam proses kelahiran semula jadi, air ketuban akan pecah apabila kepala bayi memberikan tekanan kepada kantung amniotik. Keadaan ini akan menyebabkan ia akan pecah. 

Ia adalah 1 situasi yang tidak boleh dijangka. Anda mungkin sedang melakukan pekerjaan, sedang makan, berbaring atau sedang berjalan-jalan di pusat beli-belah. 

jangkaan bersalin

Apabila air ketuban pecah secara sendiri, anda akan menyedarinya apabila berlaku semburan air atau keluarnya air dari faraj.

Menggunakan sebarang instrumen tiruan untuk pecahkan air ketuban adalah amat berbahaya. Ia boleh menyebabkan kemasukan bakteria dan mengakibatkan berlakunya jangkitan. 

Malahan jika anda cuba memecahkan kantung amniotik secara sendiri, ia berisiko mengakibatkan kecederaan kepada bayi. 

Bersalin tempoh 24 jam selepas pecahkan air ketuban

Sekiranya air ketuban sudah pecah atau mungkin dipecahkan dengan bantuan doktor, proses bersalin harus dilakukan dalam tempoh antara 12 hingga 24 jam. 

Sekiranya selepas tempoh itu, anda masih tidak bersalin, doktor mungkin akan mencadangkan kaedah pembedahan Caesarean bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi.

Keputusan ini perlu diambil kerana bakteria akan mudah memasuki uterus atau rahim selepas air ketuban pecah, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan.

Jika keadaan tersebut berlaku, komplikasi kritikal boleh terjadi kepada ibu dan bayi. Ia juga mungkin boleh menyukarkan proses kelahiran.

Bolehkah doktor bantu pecahkan air ketuban?

Dalam sesetengah keadaan, doktor boleh membantu memecahkan air ketuban tersebut melalui prosedur yang dipanggil amniotomi.

Satu alat akan dimasukkan melalui faraj dan digunakan secara perlahan-lahan untuk memecahkan kantung amniotik.

Sebelum prosedur itu dilakukan, doktor akan memastikan kepala bayi di bawah (berhampiran pintu rahim) dan prosedur tersebut selamat untuk ibu dan juga bayi.

Amniotomi adalah 1 prosedur alternatif yang selamat. Walau bagaimanapun, prosedur pecahkan air ketuban ini tidak disarankan untuk dilakukan kepada semua wanita hamil yang hampir dengan jangkaan bersalin. 

American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan agar prosedur tersebut tidak dilakukan jika proses kelahiran berjalan normal dan bayi berada dalam keadaan sihat. 

bahaya-pecahkan-air-ketuban-sendiri-di-rumah

Bagaimana untuk mengetahui bahawa air ketuban pecah?

Pengalaman berdepan situasi air ketuban pecah pastinya berbeza bagi setiap individu wanita yang dalam jangkaan bersalin, iaitu tempoh kehamilan ke-39 hingga 40.

Ada sesetengahnya akan berasa seperti letupan kecil sebelum air mengalir daripada faraj. Terdapat juga ibu hamil yang berdepan kelembapan berlebihan pada seluar dalam. 

Keadaan ini adakalanya menyebabkan timbulnya tanda tanya, sama ada ia adalah cecair yang dikeluarkan faraj atau air kencing.

Bagi membezakan kedua-dua keadaan tersebut dan cecair amniotik, pertimbangkan mengenai warna dan baunya.

Cecair amniotik tidak akan berbau seperti air kencing. Ia cenderung tidak berbau atau mungkin mempunyai bau manis. Ada wanita mengatakan baunya seakan klorin atau air mani. 

Warna bagi cecair amniotik biasanya pucat, manakala lendiran yang dikeluarkan faraj akan berwarna putih dan cair.

Cara mudah untuk mengenal pasti sama ada ia air ketuban atau tidak adalah dengan berdiri. Jika air lebih banyak mengalir semasa berdiri, ia petanda kantung amniotik anda sudah pecah. 

Sekiranya masih terdapat cecair yang mengalir keluar dari masa ke masa, berbanding hanya keluar dalam 1 masa, ia adalah cecair amniotik.

1 perkara penting, air ketuban yang pecah tidak akan menyebabkan sebarang kesakitan. Jika anda masih ragu, anda boleh menghubungi doktor atau melakukan pemeriksaan di hospital. 

Sentiasa bertenang

Untuk bersalin secara normal, air ketuban perlu dipecahkan. Kebanyakan masa ia berlaku secara spontan. Namun, ada masanya bantuan doktor diperlukan untuk memecahkan membran tersebut.

Walau apa pun, penting untuk ibu hamil kekal bertenang dan melakukan pemeriksaan pranatal seperti yang dijadualkan. Semoga proses kelahiran anda akan berjalan lancar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 1, Jaga-jaga Ibu Hamil

    Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan. Namun, terdapat juga komplikasi kehamilan boleh berlaku dan ia bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 19/06/2020 . 3 minit bacaan

    Terkejut Ada Air Mengalir Di Celah Kangkang Semasa Hamil, Ini 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

    Mungkin penyebab air ketuban pecah jelas, namun bukan semua ibu hamil tahu bezakan air ketuban dengan air kencing. Ini 6 tip berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Cepat Bersalin, Ibu Boleh Amalkan 14 Makanan & Aktiviti Ini, Sesuai Buat Ibu Tengah Sarat!

    Nak tahu petua cepat bersalin? Hello Doktor ada jawapannya untuk membantu mempercepatkan proses kelahiran anak. Mungkin berkesan untuk anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 02/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hamil lebih dari 40 minggu

    Si Manja Seronok Duduk Lama Dalam Perut Ibu? Jangan Biar! Ini BAHAYA Jika Kandungan OVERDUE

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
    bayi dalam kandungan

    Baby Sudah Pandai Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Sebab Mengapa Tangisan Si Manja Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    air ketuban sedikit

    AWAS Masalah Air Ketuban Sedikit Petanda Bahaya Pada Janin! Nak Atasinya? Ikut 5 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
    kantung kehamilan

    Teruja Nak Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan