backup og meta

Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

Adakah wanita hamil yang mengalami buasir ketika mengandung perlu menjalani pembedahan caesarean masa bersalin nanti? Ikuti penjelasan ini untuk lebih pemahaman.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu buasir?

Buasir atau hemorrhoid adalah saluran darah bengkak pada rektum atau dubur.

Buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian bawah rektum (bahagian terakhir usus besar) dan anus (dubur) berkembang dan membesar. 

Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung.

Berapa lama buasir akan hilang? Ia bergantung kepada bagaimana teruk kondisi ini berlaku kepada ibu hamil.

Dianggarkan hampir 3 daripada 4 individu dewasa akan mengalami masalah buasir dari masa ke masa. 

Buasir ketika mengandung yang dialami oleh wanita mengandung biasanya tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan. 

Namun ia mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan pada diri ibu itu sendiri. 

2 jenis buasir

Umumnya, terdapat 2 jenis buasir utama:

  • Buasir dalaman

Buasir dalaman terbentuk di dalam rektum dan biasanya tidak menyakitkan, tetapi mungkin masih berdarah.

  • Buasir luaran

Manakala, buasir luar berkembang di sekitar dubur dan cenderung lebih menyakitkan.

Gejala buasir ketika mengandung

Simptom dan gejala yang akan dialami adalah bergantung pada jenis hemorrhoid yang terjadi.

Namun, antara tanda buasir ketika hamil yang berkemungkinan besar untuk terjadi adalah:

  • Pendarahan- mungkin hanya akan disedari apabila mengelap punggung selepas membuang air besar
  • Pengerakan usus yang menyakitkan
  • Gatal
  • Sensasi terbakar
  • Bengkak 

Secara amnya, anda akan mengalami gejala ini dengan buasir luar. Untuk masalah buasir dalaman, anda mungkin tidak mempunyai sebarang gejala.

Bagi buasir luaran, wujud kemungkinan anda akan mengalami pembekuan darah

Keadaan ini dikenali sebagai buasir trombosis. Ia keras, menyebabkan keradangan dan lebih menyakitkan. 

Dalam kes tertentu, buasir dalaman mungkin akan tertolak keluar semasa membuang air besar. Jika ia terjadi, anda akan mengalami pendarahan dan ketidakselesaan. 

Gejala mengalami buasir ketika hamil.
Gejala mengalami buasir ketika hamil.

Mengapa wanita mengandung mengalami buasir?

Semasa tempoh kehamilan, jumlah darah yang beredar di seluruh badan anda meningkat. 

Pada masa yang sama, tahap hormon tinggi progesteron yang tinggi akan melonggarkan dinding saluran darah anda.

Urat yang berada pada bahagian bawah rahim cenderung membengkak dan meregang kerana berat bayi membesar memberikan tekanan.

Inilah sebabnya mengapa wanita mengandung lebih terdedah kepada buasir dan urat simpul sepanjang kehamilan.

Sehingga 50% wanita mengalami masalah buasir ketika hamil. 

Sembelit, antara penyakit kehamilan lain yang kerap berlaku, juga boleh menyebabkan buasir ketika mengandung.

Anda mungkin lebih mudah dan cenderung terkena sembelit semasa kehamilan berbanding daripada masa-masa lain dalam kehidupan.

Dalam kajian yang pernah dilakukan, daripada 280 wanita berbadan dua, 45.7% mengalami sembelit.

Sembelit berisiko untuk terjadi disebabkan oleh tabiat duduk terlalu lama, perubahan hormon, atau pengambilan zat besi dan sebarang suplemen tambahan lain. 

Risiko mengalami buasir ketika mengandung

Buasir yang berlaku semasa kehamilan adalah perkara biasa, ia sama ada anda pernah mengalaminya sebelum mengandung atau mungkin ini pengalaman pertama semasa kehamilan.

Risiko mengalami buasir ketika hamil.
Risiko mengalami buasir ketika hamil.

Masalah buasir ketika mengandung mungkin mempengaruhi kira-kira 1 daripada 10 wanita pada trimester ketiga mereka. 

Bahkan, anda mungkin mengembangkan masalah ini semasa bersalin, iaitu ketika meneran untuk mengeluarkan si manja. 

Atau mungkin buasir terjadi disebabkan oleh keadaan sembelit yang dialami pada minggu-minggu selepas melahirkan bayi.

Dianggarkan, 1 daripada 4 ibu selepas bersalin akan mengalami buasir akibat bahaya meneran sembelit ketika hamil, tetapi ia biasanya merupakan masalah kecil dan bukannya isu besar. 

Selepas bersalin, buasir yang wujud semasa mengandung mungkin:

  • Hilang sendiri
  • Kekal sebagai masalah kecil untuk tempoh setahun (1 daripada 7 wanita)
  • Menjadi masalah utama (1 daripada 40 wanita)

Perhatian!

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan daripada dubur, tetapi sebaiknya anda melakukan pemeriksaan doktor jika mengesan ada pengeluaran darah pada bahagian tersebut.

Dalam pada itu, boleh juga cuba amalkan petua kecutkan buasir ketika hamil atau ubat buasir di farmasi untuk ibu mengandung yang telah terbukti berkesan ya?

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Piles in pregnancy. https://www.babycentre.co.uk/a244/piles-in-pregnancy# Accessed Oct 13, 2020.
  2. Will piles cause any problems during pregnancy? https://www.netdoctor.co.uk/ask-the-expert/babies-children/a9851/will-piles-cause-any-problems-during-pregnancy/, Accessed Oct 13, 2020.
  3. Haemorrhoids during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/haemorrhoids-during-pregnancy, Accessed Oct 13, 2020.
  4. What can I do to treat hemorrhoids during pregnancy? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/hemorrhoids-during-pregnancy/faq-20058149, Accessed Oct 13, 2020.
  5. What can I do for hemorrhoids during pregnancy? https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/what-can-i-do-for-hemorrhoids-during-pregnancy, Accessed Oct 13, 2020.

Versi Terbaru

15/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Perut Mengeras Semasa Hamil? Ini Sebabnya! Setiap Trimester, Lain Punca!

Ada Pendarahan Di Awal Kehamilan? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan