Tidur berdengkur sering berlaku terutamanya dalam kalangan mereka yang terlebih berat badan. Ia boleh menyebabkan orang sekeliling terganggu. Selain mengganggu, beberapa masalah kesihatan juga boleh berlaku disebabkan olehnya.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Tidur berdengkur sering berlaku terutamanya dalam kalangan mereka yang terlebih berat badan. Ia boleh menyebabkan orang sekeliling terganggu. Selain mengganggu, beberapa masalah kesihatan juga boleh berlaku disebabkan olehnya.
Sebelum rumah tangga anda bergegar, elok juga anda lihat 5 cara berikut untuk mengatasi masalah tidur berdengkur anda.
Angkat kepala anda sekitar 4 inci. Ini boleh membantu rahang dan lidah anda bergerak ke depan serta memudahkan pernafasan. Selain itu, cuba tidur dalam posisi mengereng ke sisi. Ia mungkin juga dapat membantu.
Apabila anda terlalu penat kerana kerja yang banyak di pejabat, otot anda akan menajdi terlalu mengendur ketika tidur. Ini akan menyebabkan tidur berdengkur. Amalkan tidur yang cukup dan jadual yang tetap.
Bantal anda mungkin mengandungi banyak habuk atau alergen yang boleh membuatkan dengkuran anda lebih kuat. Cuba tukar bantal serta sarung baru yang lebih segar. Lakukannya secara berkala dalam satu atau dua minggu sekali.
Udara kering boleh merengsa membran pada hidung dan membuatkannya menjadi bengkak. Saluran pernafasan menjadi sempit dan menyebabkan anda berdengkur dengan lebih teruk.
Terlebih berat badan antara sebab berdengkur. Lemak yang ada pada leher boleh menyempitkan saluran pernafasan. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh membawa kepada apnea tidur.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen