backup og meta

Kepala Rasa Berpusing Saat Seorang Diri Di Rumah? Cuba 4 Teknik Ini Rawat Vertigo!

Kepala Rasa Berpusing Saat Seorang Diri Di Rumah? Cuba 4 Teknik Ini Rawat Vertigo!

Anda sedang berdiri tegak dan secara tiba-tiba kepala berasa seperti sedang bergerak atau berpusing? Awas, ia mungkin petanda anda mengalami vertigo! Persoalannya, apa cara rawatan vertigo yang sebenar?

Tenang, kami ada petua hilangkan vertigo yang anda boleh cuba sekiranya terkena sendiri di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkannya di sini.

Apa itu kondisi vertigo?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua tahu akan definisi sebenar kondisi yang berkait rapat dengan sakit kepala ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, vertigo adalah satu keadaan di mana penderita akan berasa persekitaran atau diri sendiri sedang berputar sedangkan hanya berdiri tegak sahaja.

Ia adalah berkaitan dengan sistem keseimbangan tubuh badan yang kuncinya terletak pada pancaindera telinga.

Umumnya, pening kepala kesan masalah vertigo ini bukanlah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa namun boleh menjejaskan kehidupan seharian individu.

Dalam situasi sedang memandu misalnya, mengalami vertigo secara tiba-tiba akan meningkatkan risiko kecederaan atau kemalangan kepada anda serta orang lain.

rawatan vertigo
Kepala rasa ringan dan berpusing.

Selain daripada berasa kepala seakan berputar, vertigo juga boleh menyebakan gejala seperti mual dan muntah.

Persoalannya, apakah punca sebenar kondisi ini berlaku?

Apa punca masalah ini?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, kondisi ini ada kaitannya dengan sistem keseimbangan tubuh badan yang terletak pada pancaindera telinga.

Ini bermakna masalah yang berlaku pada dalaman telinga akan menyebabkan sistem otak mungkin bakal menerima isyarat yang salah lantas menyebabkan ia berlaku.

Berikut adalah beberapa punca lain yang menyebabkan kondisi vertigo:

  • Kesumbatan dalam rongga telinga
  • Kecederaan kronik pada kepala
  • Labyrinthitis 
  • Meniere’s disease 
  • Benign paroxysmal vertigo 
  • Migrain
rawatan migrain
Ubat tabiat untuk elak serangan migrain.

Walau apapun puncanya, ia tetap merupakan suatu kondisi yang mengganggu kehidupan seharian kita!

Jadi, apa antara kaedah atau pantang larang pesakit vertigo yang boleh dilakukan jika terkena vertigo di rumah?

Apa yang boleh dilakukan jika anda juga terkena?

Penting untuk anda tahu bahawa vertigo ini bukanlah satu kondisi yang begitu berbahaya sehingga boleh membawa maut.

Pun begitu, ia akan mengganggu kehidupan seharian kita jadi rawatan vertigo secara sendiri di rumah adalah sangat diperlukan.

Persoalannya, bagaimana? Ada petua hilangkan vertigo yang kalian boleh cuba jika terkena!

#1. Rawatan vertigo: Teknik Epley

Caranya adalah kalian perlu duduk dan palingkan kepala sebanyak 45 darjah ke sisi dan kemudian berbaring secara menelentang.

Ketika sedang berbaring, palingkan kepala anda sebanyak 90 darjah ke sisi yang lain pula dan tunggu sehingga sekitar 30 saat.

Ulangi cara hilangkan vertigo dengan cepat ini bergantung kepada bahagian kepala yang mengalami pening kepala sehinggalah ia mula kebah.

#2. Rawatan vertigo: Teknik Semont

Caranya adalah kalian perlu duduk di atas permukaan yang rata dengan bantal di belakang dan kaki dilunjurkan ke hadapan.

Kemudian, sila berbaring dan palingkan kepala ke kanan, kiri dan ke atas sebelum kembali duduk dan hadapkan kepala ke bawah.

Akhir sekali, sila duduk menegak dan ulang cara tradisional merawat vertigo ini sehinggalah pening kepala itu mula kebah.

penyebab vertigo
Tanda alami vertigo.

#3. Rawatan vertigo: Teknik Foster

Caranya adalah kalian perlu melutut dan dongakkan kepala ke atas selama beberapa saat dan kemudian sila bersujud sehingga dagu terkena lutut dan tunggu sehingga vertigo ini berhenti.

Selepas itu, palingkan kepala ke bahagian pening kepala ini berlaku, sama ada kiri atau kanan selama sekitar 30 saat dan dongakkan kepala kembali sekitar 30 saat.

Apabila vertigo ini benar-benar berhenti, cuba untuk berdiri secara perlahan dan ulangi proses sehingga berjaya.

#4. Rawatan vertigo: Teknik Brandt-Daroff

Caranya adalah kalian perlu duduk menegak dan palingkan kepala sebanyak 45 darjah ke bahagian sama ada kiri atau kanan yang mengalami pening.

Kekalkan posisi ini dan berbaring selama sekitar 30 saat atau lebih lama lagi sehingga vertigo ini mula kebah.

Ulang proses ini pada bahagian yang lain pula sehinggalah pening kepala itu benar-benar hilang secara sendiri.


Adakah kalian keliru dengan 4 kaedah atau pantang larang pesakit vertigo ini? Sila dapatkan informasi lebih lanjut mengenainya bersama doktor atau pakar ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vertigo. https://www.entuk.org/vertigo. Accessed on December 10, 2020.
  2. How Do You Stop Vertigo? The Solution May Be Surprisingly Simple. https://www.brainandlife.org/articles/handling-vertigo/. Accessed on December 10, 2020.
  3. When Your Child Has Vertigo. https://www.fairview.org/patient-education/89533. Accessed on December 10, 2020.
  4. Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV). https://www.uofmhealth.org/health-library/hw263714. Accessed on December 10, 2020.
  5. Home Epley Maneuver. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/home-epley-maneuver. Accessed on December 10, 2020.

Versi Terbaru

17/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini 14 Simptom Penyakit Radang Tonsil! Jangan Anggap Mudah, Ia Boleh Bawa Maut!

7 Punca Telinga Kerap Berdesing Atau Berdengung, Ini Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan