backup og meta

Alami Sakit Tekak Yang Teruk, Ini 3 Sebab UTAMA Mengapa Tonsil Anda Perlu Dibedah

Alami Sakit Tekak Yang Teruk, Ini 3 Sebab UTAMA Mengapa Tonsil Anda Perlu Dibedah

Apabila doktor membincangkan tentang pembedahan untuk membuang tonsil, lazimnya mereka merujuk kepada tonsil Palatine kerana terdapat beberapa jenis tonsil yang lain yang berada di bahagian leher dan tekak kita.

Tonsil adalah sejenis tisu limfoid dan ianya memainkan peranan sebagai barisan hadapan sistem pertahanan (sistem imun) badan kita dalam melawan jangkitan.

Anda mungkin pernah terdengar kawan-kawan atau anak-anak mereka telah menjalani pembedahan untuk membuang tonsil, namun, pernahkah anda tertanya, apakah situasi yang menyebabkan tonsil itu lebih baik jika dibuang?

Pembedahan untuk membuang tonsil, kenapa ia diperlukan? 

radang tonsil

Terdapat beberapa situasi, penyakit dan indikasi di mana tonsil itu digalakkan untuk dibuang. Antaranya:

Keradangan tonsil yang kerap, kronik atau sangat teruk

Anggaran 4 kali keradangan tonsil setahun adalah indikasi yang diguna pakai di banyak negara sebagai syarat untuk membuang tonsil.

Selain itu, jika seseorang itu mengalami keradangan tonsil (tonsillitis) yang teruk sehingga berlaku komplikasi seperti nanah di sekitar kawasan tonsil (Peritonsillar Abscess), ia juga dikira sebagai indikasi untuk tonsil menjalani pembedahan untuk membuang tonsil.

Jangkitan telinga (Otitis Media) yang kerap atau kronik

Walaupun pembuangan tonsil di sini lazimnya merujuk kepada tonsil Adenoid, ia tetap tergolong dalam salah satu jenis tonsil yang ada dalam badan kita.

Tonsil adenoid digalakkan untuk dibuang dalam situasi ini kerana tonsil adenoid yang besar akan mengganggu pengudaraan tiub Eustachian yang menghubungkan kaviti tengah telinga dan bahagian belakang hidung serta tekak (nasofarinks).

Gangguan dalam pengudaraan ini akan menyebabkan jangkitan di telinga lambat atau sukar untuk sembuh, atau meningkatkan kecenderungan bahagian tengah telinga untuk dijangkiti.

Obstructive Sleep Apnoea (OSA)

Keadaan ini kitaran antara jeda pernafasan buat seketika, dan penyambungan semula pernafasan. Tonsil yang besar akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan menyebabkan penerimaan udara (oksigen) yang tidak optimum kepada otak dan badan.

Kesannya, pesakit atau penghidap OSA akan mengalami gangguan pernafasan tidur yang kerap sepanjang malam, berdekur dan akibat daripada gangguan tidur dan penerimaan udara tersebut, penghidap lazimnya akan merasa penat, mengantuk dan tidak bermaya keesokan paginya.

Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat pening kepala dan dehidrasi khususnya selepas bangun tidur di mana mulut dan tekak mereka akan terasa kering.

Pembedahan untuk membuang tonsil ini adalah pembedahan yang mempunyai risikonya tersendiri. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang risiko, kos dan juga kesesuaian pembedahan ini, berjumpalah dengan doktor anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tonsillectomy – Mayo Clinic [Internet]. [cited 2019 Apr 23]. Available from: https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/tonsillectomy/about/pac-20395141
Obstructive Sleep Apnea Syndrome [Internet]. WebMD. [cited 2019 Apr 23]. Available from: https://www.webmd.com/sleep-disorders/guide/understanding-obstructive-sleep-apnea-syndrome
Obstructive sleep apnea – Symptoms and causes [Internet]. Mayo Clinic. [cited 2019 Apr 23]. Available from: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obstructive-sleep-apnea/symptoms-causes/syc-20352090
Physician AB-C. Is A Tonsillectomy Safe? [Internet]. Verywell Health. [cited 2019 Apr 23]. Available from: https://www.verywellhealth.com/tonsillectomy-risks-versus-benefits-is-it-worth-it-1192152

Versi Terbaru

10/02/2021

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tekak Rasa Kering? Ini Beza Sakit Tekak Sebab Alahan, Bukan COVID-19!

Menurut Laporan Kajian Di UK, Majoriti Kes Tonsil Kanak-Kanak Tidak Perlu Dibuang!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 10/02/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan