backup og meta

Kesan Kemalangan Jalan Raya, Pita Suara Boleh Hilang Kemampuan Untuk Bertutur?

Kesan Kemalangan Jalan Raya, Pita Suara Boleh Hilang Kemampuan Untuk Bertutur?

Terdapat banyak kesan kemalangan jalan raya dalam aspek kesihatan yang mungkin akan terjadi kepada mangsa yang terlibat.

Sama ada dari segi fizikal atau mental, tubuh badan mungkin akan mengalami kesan yang memerlukan masa untuk pulih.

Selain trauma, lebam, luka dan patah tulang, ada satu lagi akibat kemalangan jalan raya yang jarang diutarakan yakni kerosakan pita suara.

Untuk ketahui lebih lanjut tentangnya, jom teruskan bersama ikuti artikel ini!

Statistik kemalangan jalan raya di Malaysia

Kadar kes kemalangan di jalan raya negara kita adalah sangat tinggi dengan jumlah kematian yang boleh dikatakan amat menakutkan.

Menurut kajian terkini pada tahun 2019, purata kes maut di atas jalan raya adalah sekitar 7,000 hingga 8,000 orang setahun.

Jika dipuratakan, sekitar 20 orang maut setiap hari di jalan raya negara ini! Apa puncanya?

Apa punca kemalangan jalan raya?

Secara umumnya, apa yang kita boleh konklusikan sebagai punca kemalangan trafik ini adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri.

Bukan semua tapi wujud segelintir pemandu atau penunggang kenderaan yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.

kemalangan jalan raya

Antara punca biasa yang dikaitkan dengan kemalangan jalan raya termasuklah:

  • Memandu dalam keadaan mabuk
  • Melanggar lampu isyarat merah
  • Menukar lorong tanpa signal
  • Memandu sambil bermain gajet
  • Memandu dengan sangat laju

Tanpa mengira puncanya, ia tetap akan mendatangkan kesan yang kekal terhadap mangsa dari segi fizikal serta mental, jadi bertanggungjawablah.

Apa kesan kemalangan jalan raya?

Tanpa dapat disangkal lagi, perkara yang sudah tentu paling ditakuti berisiko tinggi terjadi akibat kemalangan trafik adalah kematian.

Ia diikuti pula dengan kesan yang juga membimbangkan yakni kelumpuhan, keilatan, kecederaan atau kerosakan fungsi tubuh badan.

Antara kerosakan fungsi tersebut mungkin banyak berfokuskan pada sistem saraf, tulang, tisu serta otot sahaja kerana ia adalah antara anggota terpenting manusia.

Namun perhatian sangat kurang diberikan terhadap anggota badan yang juga boleh rosak dan mengakibatkan masalah pertuturan iaitu pita suara.

Persoalannya, bolehkah pita suara rosak akibat kemalangan trafik?

Bolehkah pita suara rosak akibat kemalangan?

pita suara

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan pita suara ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, pita suara (kotak suara/kord suara) adalah sejenis tisu otot yang wujud pada tekak dan berfungsi untuk menghasilkan bunyi.

Ia mempunyai 2 bahagian yang serupa iaitu kiri dan kanan serta mempunyai 3 lapisan; squamous, lamina propria dan vocalis dengan fungsi tersendiri.

Cara ia berfungsi adalah dengan bergetar apabila terkena udara yang keluar dari paru-paru bagi membolehkan seseorang itu bercakap atau bernyanyi.

Jadi, apakah yang akan terjadi jika berlaku sebarang kerosakan tisu otot pada tekak ini? Tentu sekali akan berlaku masalah pertuturan!

Bagi menjawab persoalan di atas tadi, ya, memang benar pita suara boleh rosak akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanakah kondisi ini boleh berlaku?

Apabila terlibat di dalam kemalangan trafik yang membabitkan kenderaan, sudah pasti akan berlaku hentakan, kejutan atau tekanan pada tubuh badan.

Sekiranya ada pergerakan yang melibatkan kawasan larinks (di mana pita suara ini terletak) maka wujud kemungkinan sistem saraf di kawasan ini terjejas.

Kesannya, tisu dan otot pada kawasan ini juga mungkin akan rosak lantas mengakibatkan paralisis pita suara.

tekak

Akibatnya, anda mungkin akan hilang atau kurang kemampuan untuk bertutur dengan baik malahan juga untuk bernafas atau menelan makanan.

Jika ia berlaku kepada anda, apakah yang perlu dilakukan untuk merawatnya?

Apakah yang perlu dilakukan oleh mangsa?

Dalam kebanyakan kes yang pernah direkodkan, pita suara rosak akan menyebabkan kerosakan yang bersifat kekal jika tidak dirawat.

Namun, kalian mungkin tidak perlu berputus asa untuk berusaha bagi mengembalikan kemampuan bertutur dengan 3 cara berikut:

#1. Terapi suara

Antara cara yang boleh dicuba adalah terapi suara untuk mengembalikan komunikasi saraf di antara otak dan laring penderita.

Ketika ini juga, pakar patologi akan membantu anda untuk melakukan senaman berkala bagi melatih kembali fungsi pita suara.

#2. Penyuntikan

Prosedur ini memerlukan doktor untuk menyuntik material tertentu ke dalam otot ini agar ia lebih mudah untuk bergerak dan berfungsi.

Caranya adalah dengan menyuntik laring anda dengan material tertentu untuk membetulkan kembali kedudukan dan keadaan seperti asalnya.

#2. Pembedahan

Akhir sekali, penderita mungkin terpaksa melakukan pembedahan untuk membaiki semula struktur akibat kerosakan atau kelumpuhan pita suara manusia.

Jadi, mangsa kemalangan jalan raya yang mengalami kondisi pita suara rosak tidak harus terus berdiam dan berusaha semampunya untuk kembali bertutur.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vocal-cord-paralysis/symptoms-causes/syc-20378873
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vocal-cord-paralysis/diagnosis-treatment/drc-20378878
  3. https://www.enthealth.org/conditions/vocal-cord-fold-paralysis/
  4. https://journal.chestnet.org/article/S0012-3692(16)56161-3/pdf
  5. https://1ohio.us/recovering-from-vocal-cord-paralysis/

Versi Terbaru

19/08/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

PERHATIAN! Ini Sebab Mengapa Perlu Ambil Suntikan KANCING GIGI Selepas Kemalangan

Bukan Kemalangan Saja, Tapi Kepala Terhantuk Akibat Terjatuh Juga Boleh Bawa Maut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan