backup og meta

Ada Masalah Vertigo? Ini 3 Tip Tidur Lena Untuk Elak Kepala Pusing Saat Bangun Pagi

Ada Masalah Vertigo? Ini 3 Tip Tidur Lena Untuk Elak Kepala Pusing Saat Bangun Pagi

Kenapa kepala rasa melayang? Jika anda rasa pening kepala dan keadaan sekeliling berputar, walaupun tidak bergerak, itu adalah tanda anda alami vertigo. Ini kami kongsikan tip cara tidur orang vertigo bagi membantu anda lebih lena pada waktu malam. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkannya di sini.

Pening kepala vertigo?

Sebelum mengetahui cara hilangkan vertigo bagi mengurangkan simptom atau gejala pening kepala yang dialami, kita fahami terlebih dahulu mengenai vertigo, okay?

Vertigo adalah perasaan pening, tidak seimbang atau berasa seperti ruang berputar, walaupun anda hanya bergerak sedikit atau tidak sama sekali.

Seiring dengan rasa pening, individu dengan masalah sakit vertigo akan turut berasa hilang keseimbangan diri. 

Keadaan ini boleh berlaku untuk tempoh beberapa saat, jam bahkan berlanjutan sehingga berhari-hari. 

Umumnya, pening kepala kesan masalah vertigo ini bukanlah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, ia boleh menjejaskan kehidupan seharian individu.

Dalam situasi sedang memandu atau mengendalikan mesin berat mahupun menyertai sebarang sukan, mengalami vertigo akan meningkatkan risiko kecederaan kepada anda dan juga individu lain. 

Selain daripada berasa kepala berpusing, vertigo juga boleh menyebakan gejala seperti mual dan muntah

Vertigo boleh dibahagikan kepada 2 keadaan utama:

  • Vertigo Posisional Paroksismal Benigna

Simptom vertigo
Gejala sakit vertigo.

Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV) atau dalam istilah mudah dirujuk sebagai ‘ear rock’

Ia merupakan keadaan di mana terdapat zarah kalsium kecil yang terbentuk dan terapung dalam telinga. Semasa bergerak, ia akan menyebabkan sensasi pening. 

  • Penyakit Meniere

Punca penyakit ini disebabkan oleh pengembangan cecair dalam telinga yang membawa kepada perubahan tekanan. 

Keadaan yang dialami individu berusia antara 20 hingga 50 tahun ini boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran kekal.

Ia juga boleh menyebabkan tinitus – keadaan yang menyebabkan rasa seperti telinga berdering.

  • Jangkitan virus

Jangkitan virus boleh menjadi punca kenapa vertigo terjadi. Ia akan mengakibatkan keradangan pada saraf di sekitar telinga dalam, yang akan menyebabkan gejala muncul.

Bahagian telinga dalam di mana jangkitan berlaku disebut labirin, maka jangkitan ini dinamakan sebagai Labyrinthitis.

Selalunya jangkitan ini akan berlaku selepas dijangkiti virus seperti selesema atau flu. 

Walau bagaimanapun, masalah pening kepala ini juga boleh disebabkan oleh banyak faktor lain seperti:

Jadi, sudah anda bersedia untuk mengetahui tip mengurangkan simptom melalui cara tidur orang vertigo?

Bagaimana pula cara hilangkan vertigo?

cara tidur orang vertigo
Posisi tidur penghidap vertigo.

Tidak mendapat tidur mencukupi boleh penyebab utama kenapa vertigo terjadi.

Kualiti tidur memainkan peranan penting dalam membantu memberikan kelegaan, di samping mengetahui posisi dan cara tidur orang vertigo yang bersesuaian.

Tip berikut mungkin sesuai untuk mengurangkan gejala bagi sesetengah individu dan mungkin juga sebaliknya. 

Paling utama, untuk mengetahui cara tidur orang vertigo yang sesuai adalah dengan mencuba terlebih dahulu.

  • Kedudukan kepala

Perkara penting perlu diingat dalam menentukan posisi kedudukan kepala adalah meletakkannya secara strategik pada sudut.

Ia bertujuan menghalang tekanan daripada mengembangkan cecair atau kotoran pada bahagian telinga dalam.

Sekiranya anda tidur hanya dengan satu bantal, cuba tambahkan bantal kedua untuk menopang kepala anda lebih tinggi.

Anda mungkin ingin mendapatkan wedge pillow untuk memastikan kepala anda condong secara semula jadi.

  • Posisi cara tidur orang vertigo

Anda mungkin mendapati bahawa berbaring di satu sisi khususnya, boleh membuat pening kepala bertambah teruk.

Perkara terbaik yang perlu dilakukan dalam senario itu adalah tidur pada sisi yang lain dan elakkan daripada berubah posisi ketika tidur.

Anda boleh menggunakan bantal sebagai penghadang. 

  • Petua hilangkan vertigo dengan baring menelentang

Posisi tidur ini mungkin bukan cara tidur orang vertigo yang ideal untuk semua. 

Cara tidur ini dikatakan dapat mengekalkan keseimbangan semula jadi deposit kalsium pada saluran telinga dalaman anda. 

Ia juga dapat mencegah kebocoran cecair perilymph – punca kepada penyakit Meniere.

Kaedah tidur ini tidak akan mencetuskan BPPV. Ini terutamanya jika kedudukan kepala anda tinggi ketika melelapkan mata

waktu tidur yang cukup
Waktu tidur yang disyorkan mengikut usia.

Cara tidur orang vertigo: Amalkan rutin tidur yang baik

Semestinya vertigo akan menyebabkan anda mengalami masalah untuk tidur dengan lena. Malahan ada individu dengan masalah pening kepala ini mungkin tidak boleh tidur langsung. 

Malangnya, tidak mendapat tidur yang mencukupi hanya akan memburukkan lagi keadaan sakit vertigo anda. Ia bagaikan satu sumpahan, kan?

Mewujudkan rutin kebersihan tidur dipercayai dapat membantu anda memperolehi tidur berkualiti dan membolehkan badan melawan sensasi kepala berpusing yang menyerang.

Contohnya, cubalah untuk selalu tidur serta bangun pada waktu yang sama setiap malam dan pagi. Namun, pastikan anda mendapat cukup tidur, sekurang-kurangnya 7 jam.

Paling penting, pastikan suasana dalam bilik tenang dengan pencahayaan serta suhu yang bersesuaian.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui cara hilangkan vertigo untuk membantu anda tidur lebih lena pada waktu malam. Namun, jika masalah vertigo ini kerap berlaku, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vertigo. https://www.entuk.org/vertigo. Accessed on Nov 28, 2020.

Help for vertigo and dizziness. https://grhsonline.org/touching-lives/help-for-vertigo-and-dizziness/. Accessed on Nov 28, 2020.

Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV). https://www.uofmhealth.org/health-library/hw263714. Accessed on Nov 28, 2020.

How Do You Stop Vertigo? The Solution May Be Surprisingly Simple.. https://www.brainandlife.org/articles/handling-vertigo/. Accessed on Nov 28, 2020.

Head‐Up Sleep May Cure Patients With Intractable Benign Paroxysmal Positional Vertigo: A six‐Month Randomized Trial. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6580063/. Accessed on Nov 28, 2020.

How To Sleep With Vertigo – Causes, Symptoms, and Treatments. https://www.sleepadvisor.org/sleep-with-vertigo/. Accessed on Nov 28, 2020.

 

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga Yang Berdengung @ Berdesing!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan