Terdapat faktor-faktor lain yang boleh juga mengakibatkan vertigo, jadi jika doktor anda mendapati anda tidak mempunyai vertigo paroksismal benigna, anda akan menghadapi ujian yang lain.
Bagaimana pesakit Vertigo Posisional Paroksismal Benigna dirawat?
Biasanya doktor anda akan melakukan salah satu daripada dua prosedur yang berkesan untuk kebanyakan kes vertigo paroksismal benigna. Prosedur ini disebut manuver Epley dan manuver Semont. Jika anda tidak mahu rawatan atau jika rawatan tidak berjaya, vertigo ini biasanya akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Lama kelamaan, otak anda mungkin akan terbiasa dengan isyarat yang mengelirukan yang diperoleh dari kawasan dalam telinga anda. Tambahan lagi, anda boleh melakukan beberapa senaman mudah untuk melatih otak anda menjadi biasa dengan isyarat vertigo yang mengelirukan.
Ubat – ubatan boleh membantu melegakan loya dan muntah yang teruk yang disebabkan oleh vertigo anda. Tetapi dengan pengambilan ubat ini juga boleh menyebabkan vertigo paroksismal benigna mengambil masa yang lebih lama untuk reda. Hanya anda saja yang tahu sama ada anda berada dalam keadaan cukup sakit sehingga berbaloi untuk mengambil ubat (dan mungkin akan menghadapi vertigo dengan lebih lama).
Berhati-hati supaya anda tidak mencederakan diri anda atau orang lain jika anda mempunyai serangan vertigo yang secara tiba-tiba.
- Jangan memandu atau berbasikal sekiranya terdapat sebarang kemungkinan vertigo akan menyerang dan menyebabkan anda kehilangan kawalan. (Ini bergantung pada jenis pergerakan yang akan mengakibatkan vertigo pada diri anda.)
- Di rumah, pastikan lantai dan laluan pejalan kaki bebas daripada sebarang halangan supaya anda tidak terjatuh.
- Elak daripada berada di tempat yang tinggi.
Jangan gunakan alat atau mesin yang boleh berbahayakan keselamatan anda sekiranya secara tiba-tiba anda menjadi pening atau kehilangan imbangan anda.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Vertigo Posisional Paroksismal Benigna?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi vertigo ini:
- Guna dua atau lebih bantal ketika tidur.
- Elakan tidur mengiring pada telinga yang akan menimbulkan masalah jika berada di bawah.
- Bangun secara perlahan di waktu pagi dan duduk sebentar di katil sebelum berdiri .
- Elakan bersandar ketika hendak mengutip barang serta elakkan mendongak kepala yang jauh ketika hendak melihat ke atas.
- Berhati – hati ketika berbaring seperti ketika anda membasuh rambut anda di salon.
- Berhati -hati ketika bermain sukan yang memerlukan anda untuk memusingkan kepala, bersandar serta berbaring.
Anda juga boleh membantu diri anda dengan melakukan senaman keseimbangan serta mengambil langkah berjaga – jaga:
- Latihan Brandt-Daroff boleh dilakukan di rumah untuk membantu otak anda menjadi biasa dengan isyarat keseimbangan yang tidak normal yang dihasilkan oleh zarah-zarah di bahagian dalam telinga.
- Latihan keseimbangan untuk vertigo, seperti berdiri dengan kedua – dua belah kaki anda, lengan ke bawah, dan perlahan-lahan menggerakkan kepala anda dari sisi ke sisi, boleh membantu anda menjaga keseimbangan dan memperbaiki gejala vertigo.
- Ambil langkah berjaga-jaga apabila anda mempunyai masalah keseimbangan dengan menambahkan tempat pemegang berhampiran tab mandi dan tandas serta memastikan laluan tidak mempunyai sebarang halangan. Cara ini boleh mengelakkan kemalangan dan kecederaan.
Cara hidup yang aktif boleh membantu otak menyesuaikan situasi dengan lebih cepat. Tetapi perkara yang menyukarkan adalah pergerakan yang menjadi punca terhadap vertigo anda. Rehat di katil boleh membantu, tetapi biasanya akan meningkatkan masa yang diperlukan oleh otak untuk menyesuaikan diri.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen