backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Panasonic

Suka Bela Kucing, Tapi Selalu Bersin? Masalahnya Bukan Pada Kucing, Tapi Udara Rumah Anda!

Ramai keluarga di Malaysia memilih untuk membela haiwan peliharaan seperti kucing peliharaan dan anjing sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.

Suka Bela Kucing, Tapi Selalu Bersin? Masalahnya Bukan Pada Kucing, Tapi Udara Rumah Anda!

Tidak seperti haiwan liar yang hidup bebas di luar, binatang peliharaan yang jinak seperti kucing kebiasaannya dibiarkan bergerak bebas dalam kediaman kita.

Namun, tidak semua sedar bahawa udara di dalam rumah boleh dipenuhi dengan bulu halus, habuk, dan alergen daripada haiwan. Ia adalah risiko yang boleh menjejaskan sistem pernafasan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sinus atau alahan.

Dalam keadaan cuaca panas dan lembap di Malaysia, penggunaan penyaman udara rumah bukan sekadar untuk menyejukkan ruang. Tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan udara dalaman kekal bersih dan sihat untuk manusia dan juga haiwan peliharaan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Bolehkan membela haiwan jika ada masalah pernafasan atau alahan?

Sebenarnya, ramai individu dengan masalah pernafasan masih boleh mempunyai haiwan peliharaan yang mudah dijaga, asalkan mereka memahami cara mengurangkan punca alahan di dalam rumah. 

Alergen utama datang daripada dander (kulit mati haiwan), air liur, dan bulu halus yang boleh terapung di udara untuk tempoh lama 1.

Apabila seseorang yang sensitif menghidu partikel ini, sistem imun akan bertindak balas secara berlebihan, menyebabkan simptom seperti bersin, hidung tersumbat, mata gatal, atau batuk berpanjangan 2

Bagi kanak-kanak kecil dan warga emas pula, pendedahan berterusan kepada alergen juga boleh meningkatkan risiko masalah sinus atau asma 3 4.

haiwan peliharaan
Perbezaan pada paru-paru apabila diserang asma.

Namun, dengan penjagaan yang betul, penggunaan pembersih udara dan sistem penyaman udara yang sesuai, anda masih boleh menikmati kasih sayang kucing peliharaan anda tanpa perlu bimbang.

Tip untuk membela haiwan walaupun anda mempunyai alahan

haiwan peliharaan
Bersihkan rumah dengan kerap jika anda membela kucing di dalam kediaman.

Berikut adalah tip untuk anda membela haiwan dengan baik tanpa menjejaskan keadaan kesihatan anda:

#1. Jaga kebersihan rumah dan kawasan bermain haiwan

Gunakan vakum dengan penapis HEPA (high-efficiency particulate air) dan bersihkan lantai serta perabot dengan kerap 5.

Elakkan karpet tebal kerana ia mudah memerangkap bulu dan habuk.

#2. Mandikan haiwan peliharaan secara berkala

Minta bantuan ahli keluarga lain untuk memandikan haiwan peliharaan seminggu sekali menggunakan produk yang sesuai untuk mengurangkan kulit mati dan dander 6.

#3. Pastikan ruang tidur bebas alahan

Jadikan bilik tidur sebagai zon bebas haiwan untuk mengurangkan pendedahan kepada alergen ketika anda berehat.

#4. Gunakan penyaman udara atau sistem pengudaraan yang menapis udara dengan baik

Ini penting bagi mengekalkan kualiti udara bersih di dalam rumah, mengurangkan bau haiwan, dan menyingkirkan partikel halus di udara, terutamanya bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan yang mudah dijaga seperti kucing atau arnab.

Mengapa penyaman udara yang tepat penting untuk keluarga dengan haiwan peliharaan?

haiwan peliharaan
Kucing lebih selesa berada dalam persekitaran rumah yang sejuk.

Memilih penyaman udara yang sesuai tidak hanya soal suhu sejuk, tetapi juga berkait rapat dengan kesihatan keluarga dan keselesaan haiwan atau kucing peliharaan

Antara fungsi penting lain penyaman udara ialah:

#1. Menjaga kualiti udara dalaman

Aircond dengan sistem penapisan dan teknologi pemurnian udara dapat menyingkirkan habuk, bulu, dan alergen mikroskopik. 

Ini amat penting bagi mereka yang sensitif terhadap kucing peliharaan dan debu rumah.

#2. Menstabilkan suhu dan kelembapan untuk haiwan peliharaan

Haiwan seperti kucing dan anjing mudah terjejas dengan cuaca panas dan lembap. 

Suhu yang stabil membantu mereka kekal tenang dan aktif sepanjang hari.

#3. Mengurangkan bau dan dander dalam rumah

Bulu dan bau kucing peliharaan boleh terperangkap di fabrik dan perabot 7

Aircond dengan teknologi pemurnian membantu menyahbau secara semula jadi tanpa perlu bergantung kepada bahan kimia.

Penyaman udara dengan teknologi nanoe™ X – udara bersih, hidup lebih sihat

Teknologi nanoe™ X daripada Panasonic hadir sebagai inovasi unik yang membantu keluarga anda menjalani hidup lebih sihat bersama haiwan peliharaan kesayangan.

Berbeza daripada sistem penapisan biasa, teknologi ini menggunakan radikal hidroksil yang berfungsi secara aktif menyahtoksik udara dan permukaan dalam rumah. 

Antara kelebihan lain penyaman udara dengan teknologi nanoe™ X ialah:

  • Menyahtoksik dan menyahbau secara mendalam: Partikel nanoe™ X bersaiz mikroskopik (1 bilion kali lebih kecil daripada wap air) mampu menembusi fabrik dan menghilangkan bau bulu atau najis haiwan.
  • Tahan lebih lama dan tersebar lebih luas: Kerana disimpan dalam molekul air, radikal hidroksil bertahan lebih lama dan dapat bergerak ke seluruh ruang dengan lebih efektif.
  • Menghasilkan kuantiti tinggi radikal hidroksil setiap saat: Ini meningkatkan keberkesanan dalam menghapuskan virus, bakteria, dan alergen udara.
  • Tidak memerlukan penyelenggaraan: Peranti diperbuat daripada titanium yang tahan lama dan tidak perlu diganti.
  • Selamat dan bebas bahan kimia: Diuji di makmal untuk memastikan keselamatan bagi manusia dan haiwan peliharaan di rumah.

Dengan lebih 20 tahun penyelidikan, Panasonic berjaya membangunkan teknologi ini untuk memastikan udara di rumah kita sentiasa bersih, segar, dan bebas alergen; menjadikannya antara jenama aircond terbaik di pasaran.

Kesimpulan

Membela haiwan peliharaan tidak semestinya menyebabkan anda hidup dalam ketidakselesaan. 


Dengan penjagaan yang betul, rutin pembersihan yang konsisten, dan penggunaan jenama pendingin yang direka untuk menapis udara secara menyeluruh, anda boleh menikmati suasana rumah yang lebih sihat dan harmoni.

Teknologi seperti nanoe™ X oleh Panasonic membuktikan bahawa penyaman udara bukan sekadar alat untuk menyejukkan ruang, tetapi juga pelaburan jangka panjang untuk kesihatan dan kesejahteraan seluruh keluarga. Ini termasuklah haiwan kesayangan anda.

Nikmati udara bersih dan segar di rumah anda hari ini. 

Layari laman rasmi Panasonic Malaysia di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyaman udara nanoe™ X.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pet allergy. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pet-allergy/symptoms-causes/syc-20352192. Diakses pada Oktober 9, 2025. 
  2. Allergies. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/allergies/symptoms-causes/syc-20351497. Diakses pada Oktober 9, 2025.
  3. Sinus Infection. https://acaai.org/allergies/allergic-conditions/sinus-infection/. Diakses pada Oktober 9, 2025.
  4. Allergic Asthma. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21461-allergic-asthma. Diakses pada Oktober 9, 2025.
  5. Asthma. https://asthma.org.au/blog/can-a-hepa-filter-vacuum-help-with-allergies-and-asthma/. Diakses pada Oktober 9, 2025.
  6. How to live with allergies and pets. https://www.humaneworld.org/en/resources/how-live-allergies-and-pets#:~:text=3.,or%20other%20animal%20care%20professional. Diakses pada Oktober 9, 2025.
  7. How Can I Control Indoor Allergens and Improve Indoor Air Quality?. https://aafa.org/allergies/prevent-allergies/control-indoor-allergens/. Diakses pada Oktober 9, 2025.

Versi Terbaru

24/10/2025

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Kucing Demam? Kenali Simptom, Punca & Langkah Rawatan Tepat

Bila Nak Vaksinasi Kucing Ya? Ini Apa Yang Owner Si Comel Perlu Tahu!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Helma Hassan · Dikemas kini 24/10/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan