backup og meta

Hidung Berair & Gatal Mungkin Disebabkan Alahan Ini, Ayuh Ketahui Cara Merawatnya!

Hidung Berair & Gatal Mungkin Disebabkan Alahan Ini, Ayuh Ketahui Cara Merawatnya!

Gatal pada hidung bukan hanya kerana resdung tetapi juga boleh terjadi disebabkan alergi rhinitis. Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya bersama cara rawatan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Alahan sila dapatkannya di sini.

Alergi rhinitis

Rhinitis atau selsema adalah radang pada hidung. Ia adalah keadaan di mana seseorang mengalami hidung berair atau berhingus, gatal hidung atau mata, bersin dan rasa hidung tersumbat

Alahan rinitis merupakan satu keadaan di mana sistem imun bertindak balas terhadap zarah-zarah dalam udara terutamanya debu. Apabila zarah ini memasuki ke dalam badan, sistem imun akan melawannya dengan melepaskan antibodi. Ia akan menyebabkan wujudnya gejala seperti bersin, hidung tersumbat, kegatalan pada hidung dan rhinorrhea. 

Simptom alergi rhinitis

Individu yang mengalami alahan ini biasanya akan berdepan simptom seperti:

  • Bersin secara berulang-kali. Keadaan ini berlaku apabila alergen diserap melalui sistem pernafasan
  • Hidung berair yang tidak berhenti
  • Keluar hingus
  • Mata berair
  • Gatal pada bahagian telinga, hidung dan tekak (bagi situasi yang teruk)

alergi rhinitis

Apa itu alergen?

Alahan rinitis atau turut dikenali sebagai demam Hay ini seringkali didasari oleh debunga. Terdapat sesetengah individu yang alah kepada hama habuk, bulu haiwan dan kulat. Perkara yang tidak berbahaya seperti bijirin dan habuk kayu juga boleh mencetuskan alahan ini. 

Jika anda alah kepada debunga, anda hanya akan mewujudkan reaksi alahan pada waktu tertentu sepanjang tahun, khususnya pada musim bunga. Keadaan ini kerana banyak bunga berkembang pada tempoh itu. 

Sebaliknya, jika punca alahan (alergen) anda adalah kepada zarah yang wujud pada ruang tertutup, keadaan ini akan menyebabkan anda untuk mengalami simptom alahan ini sepanjang tahun. 

Bagaimana diagnosis alahan dilakukan?

Bagi menentukan sama ada anda mempunyai alahan rinitis atau tidak, doktor perlu mengetahui segala simptom dan gejala dialami dan memeriksa keadaan anda. Simptom, tempat dan masa ketika anda mengalami alahan, perkara yang memburukkan alahan dan melegakannya, merupakan antara maklumat penting yang perlu diketahui oleh doktor. 

Maklumat -maklumat tersebut akan dapat membantu doktor untuk menentukan sama ada anda mengalami alahan atau ia merupakan satu masalah perubatan yang lain. Anda mungkin diperlukan untuk mengambil beberapa ujian bagi mengetahui alergen anda.

Baca juga:

Antara ujian alahan yang perlu dilakukan mungkin melibatkan ujian kulit dan ujian makmal. Dalam ujian kulit, doktor akan meletakkan sedikit ekstrak pekat alergen pada kulit untuk melihat sama ada ia boleh mencetuskan reaksi alahan atau tidak. 

Manakala dalam ujian makmal, ia dilakukan untuk melihat bahan-bahan yang berpotensi untuk menyebabkan anda berisiko mengalami alahan. 

Apakah rawatan alergi rhinitis?

Sejujurnya tidak ada ubat yang dapat merawat dan menyembuhkan masalah alahan rinitis. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk memastikan diri anda selamat adalah dengan mengelakkan alergen. 

Jika anda alah kepada bahan-bahan di dalam rumah, anda perlu membersihkan rumah anda dengan lebih kerap bagi menghilangkan debu atau kulat. Sekiranya anda alah kepada sebarang jenis debunga, anda perlu menghadkan masa anda di luar rumah, terutamanya ketika jumlah debunga adalah tinggi. 

alergi rhinitis

Simptom alahan ini boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi. Walau bagaimanapun, ia hanya berfungsi jika anda tidak tergolong dalam senarai kumpulan di bawah, iaitu:

Jika anda tersenarai dalam kumpulan di atas, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk menghindari berlakunya komplikasi yang lebih serius.

Sekiranya simptom alergi rhinitis yang anda alami adalah teruk, atau anda tidak boleh mengelakkan daripada pendedahan kepada alergen, imunoterapi mungkin dapat membantu anda. Ia boleh membantu mencegah, atau sekurang-kurangnya mengurangkan reaksi alahan. Tetapi anda perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan apakah punca alahan anda sebelum anda boleh melakukan rawatan imunoterapi. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Rinitis. http://www.myhealth.gov.my/en/rinitis/, Accessed on Oct 13, 2021
  2. RINITIS ALERGI DAN SINUSITIS. http://www.knowyourmedicine.gov.my/ms/kymarticle/rinitis-alergi-dan-sinusitis, Accessed on Oct 13, 2021
  3. Allergic Rhinitis (Hay Fever). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8622-allergic-rhinitis-hay-fever, Accessed on Oct 13, 2021
  4. Rhinitis (Nasal Allergies). https://www.aafa.org/rhinitis-nasal-allergy-hayfever/, Accessed on Oct 13, 2021
  5. Allergic Rhinitis (Hay Fever). https://www.allergy.org.au/patients/allergic-rhinitis-hay-fever-and-sinusitis/allergic-rhinitis-or-hay-fever, Accessed on Oct 13, 2021

Versi Terbaru

13/10/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Titisan Alahan, Rawatan Terbaharu Untuk Masalah Alergi

Alergi Hidung & Mata Biasa Berlaku Serentak, Tapi Cara Merawat 2 Jenis Alahan Ini Berbeza!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan