backup og meta

HPV Diam-diam Menyerang, Servik Adalah Mangsanya, Lelaki Juga Pembawa

Bahaya serviks cancer Jenis kanser serviksSimptom lazim kanser serviksPunca dan cara mencegah kanser serviksBila anda perlu berjumpa doktor Hidup dengan kanser serviks

Servik adalah bahagian bawah rahim yang menghubungkan rahim ke faraj, dan di sinilah kanser serviks boleh bermula.

HPV Diam-diam Menyerang, Servik Adalah Mangsanya, Lelaki Juga Pembawa

Kanser ini sering dikaitkan dengan jangkitan human papillomavirus (HPV), iaitu virus yang sangat lazim dan boleh menjangkiti bukan sahaja wanita, malah lelaki. 

Walaupun kanser serviks lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita, pemahaman tentang HPV sebagai punca utama membantu menjelaskan mengapa pencegahan dan kesedaran perlu melibatkan kedua-dua jantina.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.  

Bahaya serviks cancer

Semua wanita berisiko untuk menghidap kanser serviks, lebih-lebih lagi wanita yang berumur lebih daripada 30 tahun. Kanser servik adalah sejenis kanser yang bermula pada bahagian serviks wanita.1,2

Kanser serviks jarang menunjukkan sebarang simptom awal. Namun, ia boleh dikesan melalui ujian saringan dan pemeriksaan secara berkala.

Seperti kanser jenis lain, kanser serviks berlaku apabila sel yang bersifat malignan (kanser) terbentuk pada tisu di sekitar kawasan rahim.

Di Malaysia, kanser serviks turut dikenali dengan nama kanser pangkal rahim. Wanita yang sudah berkahwin ataupun mempunyai kehidupan seks yang aktif berisiko untuk menghidap penyakit ini. 

Hampir semua kes kanser ini (99%) adalah berkaitan dengan jangkitan human papillomavirus (HPV). Virus ini merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui hubungan seksual.1,2

Di Malaysia, kanser serviks merupakan kanser ketiga yang sering berlaku. Dianggarkan sebanyak 1682 wanita didiagnos dengan penyakit ini dan 944 wanita daripada jumlah tersebut meninggal dunia.3

Institut Kanser Negara menggalakkan wanita yang berusia 20 tahun ke atas yang aktif dalam hubungan seksual untuk menjalani ujian saringan antara 3-5 tahun sekali untuk tujuan pengesanan awal.4

Selain itu, para wanita juga disarankan untuk mengambil pelalian HPV bagi mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan ini.

Pengambilan vaksin HPV boleh mengurangkan risiko seseorang daripada menghidap penyakit ini sebanyak 70%.

servik adalah
Vaksin HPV boleh turunkan risiko kanser.

[/caption]Namun, vaksin ini perlu diberikan sebelum individu itu terdedah dengan virus HPV. Vaksin tidak akan berkesan terhadap wanita yang pernah mengalami jangkitan HPV.

Oleh sebab itu, pelalian HPV akan diberikan secara percuma kepada semua gadis yang berumur 13 tahun di Malaysia. Wanita selain di usia ini boleh mendapatkan suntikan vaksinasi ini di fasiliti kerajaan atau swasta. Vaksin ini boleh diambil bagi wanita sehingga usia 45 tahun.5 

Suntikan vaksin HPV di Malaysia diberikan sebanyak 2 dos dengan jarak 6 bulan antara dos.5

 Jenis kanser serviks

Kanser serviks secara umumnya adalah terbahagi kepada 2 jenis iaitu adenocarcinoma dan squamous cell carcinoma.1,2

1.  Adenocarcinoma

Adenocarcinoma bermula pada bahagian sel glandular yang melapisi bahagian dalam rahim wanita. Kanser jenis ini lebih jarang berlaku jika dibandingkan dengan squamous cell carcinoma.

Namun, kebelakangan ini, kanser jenis adenocarcinoma mengalami peningkatan dari segi bilangan kes.

2.  Squamous cell carcinoma

9 daripada 10 kanser servik adalah dari jenis squamous cell carcinoma. Kanser ini bermula pada bahagian luar rahim yang dilapisi oleh sel skuamous.

Kadang kala, kanser ini mempunyai kedua-dua sifat squamous cell carcinoma dan juga adenocarcinoma. Kanser ini dinamakan adenosquamous carcinoma ataupun mixed carcinomas.

Jenis kanser yang dialami oleh pesakit membantu doktor untuk membuat prognosis dan rawatan yang bersesuaian.

Simptom lazim kanser serviks

Bukan semua wanita yang dijangkiti virus HPV akan menghidap kanser serviks. Namun, ada beberapa jenis virus HPV yang boleh mengakibatkan perubahan yang abnormal terhadap sel pada kawasan rahim.

Dua strain HPV yang paling kerap dikaitkan dengan kanser servik adalah HPV 16 dan HPV 18.6 

virus hpv
Virus HPV boleh jadi punca kanser.

Seperti kebanyakan kanser lain, pesakit kanser serviks selalunya tidak mengalami sebarang simptom pada peringkat awal. 

Namun, apa gejala dari serviks yang perlu diberi perhatian termasuk:1,2 

1. Pendarahan pada bahagian vagina

Pendarahan vagina adalah antara gejala kanker serviks yang paling kerap berlaku, terutamanya:

  1.       Ketika ataupun selepas melakukan hubungan seksual
  2.       Di antara haid
  3.       Selepas mengalami menopaus

2. Keputihan

Keputihan yang berpanjangan, berbau busuk, berdarah atau berubah warna perlu diberi perhatian segera walaupun ia boleh disebabkan oleh jangkitan lain.

3. Sakit belakang

Sakit belakang yang tidak berkurang walaupun selepas rehat boleh menjadi tanda amaran, terutamanya jika berlaku dalam jangka masa panjang.

4. Sakit pada bahagian pelvis

Sakit pelvis ini selalunya berlaku ketika kanser sudah pun berada pada tahap 3 atau tahap 4.

Simptom-simptom lain seperti pendarahan vagina dan keputihan akan berlaku terlebih dahulu sebelum pesakit dapat merasakan sakit pada bahagian pelvis.

Punca dan cara mencegah kanser serviks

Kanser berlaku apabila sel sihat mengalami mutasi DNA lalu membesar dan membahagi tanpa kawalan. Sel-sel ini akan berkumpul dan membentuk tumor, seterusnya merebak ke bahagian tubuh lain.1,2

Walaupun punca sebenar kanser servik adalah masih dalam kajian, penglibatan HPV merupakan faktor paling utama. Hampir semua wanita yang menghidap kanser serviks pernah dijangkiti HPV.1,2

Human papillomavirus (HPV)

Virus HPV terdiri daripada hampir 100 strain berbeza dan merebak melalui sentuhan kulit ke kulit semasa hubungan seksual. 

Pemakaian kondom tidak dapat menghalang sepenuhnya jangkitan kerana virus ini boleh menjangkiti kawasan yang tidak dilindungi.

Hampir semua individu yang pernah melakukan hubungan seks akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kebanyakan jangkitan tidak menunjukkan simptom dan akan sembuh sendiri.

Namun, terdapat sekurang-kurangnya 15 jenis HPV berisiko tinggi, dengan HPV 16 dan HPV 18 paling kerap menyebabkan kanser serviks.6

Stigma dan Mitos HPV

Ramai beranggapan HPV hanya menyerang wanita atau individu yang tidak menjaga kebersihan. Hakikatnya, HPV boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan sering berlaku tanpa simptom.7 

Lelaki Juga Boleh Dijangkiti HPV

HPV bukan isu wanita semata-mata. Lelaki boleh dijangkiti, membawa virus tanpa simptom, dan menyebarkannya kepada pasangan tanpa sedar. Ini menjadikan pencegahan dan kesedaran sebagai tanggungjawab bersama.7   

Pemeriksaan dan ujian saringan kanser serviks

Langkah yang paling berkesan untuk mencegah kanser servik adalah dengan melakukan ujian saringan dan pemeriksaan secara berkala.

Wanita berumur 25 hingga 49 tahun disarankan menjalani saringan sekurang-kurangnya setiap tiga tahun.3

Walaupun telah menerima vaksin HPV, ujian saringan masih perlu dilakukan kerana vaksin tidak melindungi sepenuhnya daripada semua jenis HPV.

Namun, risiko untuk anda menghidap kanser menjadi lebih rendah setelah anda mengambil vaksinasi.

cara mencegah kanser
Tip untuk mencegah dan mengawal kanser.

Bila anda perlu berjumpa doktor 

Ramai wanita tidak mengalami sebarang simptom sehingga kanser tersebut telah menjadi teruk. Segera berjumpa doktor jika anda mengalami:1,2 

  1.       Pendarahan antara dua haid
  2.       Haid berpanjangan
  3.       Pendarahan selepas hubungan seksual
  4.       Keputihan luar biasa
  5.       Pendarahan selepas menopaus
  6.       Sakit belakang atau pelvis tanpa sebab jelas

Semua simptom di atas adalah gejala yang lazim berlaku pada pesakit kanser.

Walau bagaimanapun, simptom di atas juga boleh berlaku disebabkan penyakit lain yang tidak berkaitan dengan kanser.

Individu yang mempunyai faktor risiko untuk menghidap kanser serviks juga perlu lebih berhati-hati terutama sekali wanita yang merokok dan kerap mengalami seks yang tidak selamat.

Wanita yang merokok lebih sukar untuk pulih daripada jangkitan HPV. Oleh sebab itu, perokok lebih berisiko untuk menghidap kanser serviks.

Disebabkan HPV tersebar melalui hubungan seks, wanita yang melakukan hubungan seks pada usia yang muda mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat jangkitan HPV.1,2 

Individu yang mempunyai pasangan seksual yang lebih daripada seorang juga lebih berisiko untuk dijangkiti HPV.1,2 

Oleh itu, wanita yang mempunyai faktor risiko amat digalakkan untuk melakukan ujian saringan secara berkala.

Jika anda didiagnos dengan kanser serviks, pastikan anda bertanya kepada doktor tentang diagnosis anda, tahap kanser yang sedang dialami dan keputusan ujian makmal yang diterima.

Hidup dengan kanser serviks

Diagnosis kanser boleh memberi kesan emosi dan fizikal yang besar. Pilihan rawatan bergantung pada tahap kanser dan perancangan kehamilan pesakit.

Rawatan termasuk pembedahan, kemoterapi atau terapi radiasi. Pesakit mungkin memerlukan sokongan emosi, bantuan keluarga dan kaunseling profesional untuk menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup.

Ringkasnya


Pencegahan Kanser servik adalah melalui kesedaran, saringan berkala dan vaksin HPV. Memahami peranan HPV — termasuk risiko kepada lelaki — membantu melindungi kesihatan individu dan pasangan secara menyeluruh.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleveland Clinic. (2024). Cervical Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12216-cervical-cancer. Diakses Februari 11, 2026.
  2. Mayo Clinic. (2025). Cervical Cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-cancer/symptoms-causes/syc-20352501. Diakses Februari 11, 2026.
  3. Care UPM. (2025). Cegah, Usah Ambil Ringan. https://care.upm.edu.my/artikel/cegah_usah_ambil_ringan-84068. Diakses Februari 11, 2026.
  4. Institut Kanser Negara. n.d. Risalah Kanser Serviks. https://nci.moh.gov.my/index.php/ms/list-penerbitan/36-risalah/270-risalah-serviks. Diakses Februari 11, 2026.
  5. CDC. (2021). Human Papillomavirus (HPV) Vaccination: Information for Health Care Providers. https://www.cdc.gov/vaccines/hcp/by-disease/hpv.html. Diakses Februari 11, 2026.
  6. Chen, A. A., Gheit, T., Franceschi, S., Tommasino, M., Clifford, G. M., & IARC HPV Variant Study Group (2015). Human Papillomavirus 18 Genetic Variation and Cervical Cancer Risk Worldwide. Journal of virology, 89(20), 10680–10687.https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC4580183/. Diakses Februari 11, 2026.
  7. Atlantic Health. 7 common myths about HPV. https://www.atlantichealth.org/health-articles/healthy-living/7-common-myths-about-hpv. Diakses Februari 11, 2026.
  8. Mount Sinai. HPV and Cervical Cancer Myths vs. Facts. https://www.mountsinai.org/care/cancer/services/gynecologic/conditions/cervical/myths-facts. Diakses Februari 11, 2026.

Versi Terbaru

12/02/2026

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Lakukan Ujian Diagnosis Untuk Memeriksa Kanser Serviks, Jangan Takut Untuk Buat Prosedur Ini

Sejauh Mana Kanser Serviks Merebak, Usah Bimbang Ini Rawatan & Terapi Yang Boleh Dilakukan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan