backup og meta

Lakukan Ujian Diagnosis Untuk Memeriksa Kanser Serviks, Jangan Takut Untuk Buat Prosedur Ini

Lakukan Ujian Diagnosis Untuk Memeriksa Kanser Serviks, Jangan Takut Untuk Buat Prosedur Ini

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengesan kanser serviks di Malaysia. Salah satu cara diagnosis yang kerap dilakukan untuk memeriksa kanser serviks ialah dengan melakukan ujian pap smear.

Namun, itu bukanlah ujian tunggal yang boleh dilakukan. Pesakit juga boleh lakukan pemeriksaan kendiri dengan cara memerhatikan simptom yang dialami. Kami juga akan terangkan lebih lanjut mengenai kaedah untuk mendiagnosis kanser serviks.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kanser, anda juga boleh klik di sini.

Ujian makmal dan pemeriksaan kanser serviks di Malaysia

Jika mahu memeriksa sama ada anda mempunyai kanser serviks, dua cara yang selalunya digunakan untuk diagnosis ialah ujian pap smear dan ujian HPV.

Ujian pap smearkanser serviks di malaysia

Ujian pap smear merupakan sejenis ujian yang dijalankan untuk memeriksa kesihatan serviks. Prosedur ini dilakukan untuk mengumpul sel daripada serviks supaya ia boleh diperiksa di bawah mikroskop.

Pap smear bukanlah ujian untuk mengesan kanser, tetapi ia merupakan ujian untuk menghalang kanser serviks daripada berlaku.

Selalunya, doktor mencadangkan agar ujian pap dijalankan setiap tiga tahun sekali untuk wanita yang berusia 21 hingga 65 tahun.

Ujian pap mengambil masa hanya beberapa minit. Doktor akan memasukkan satu instrumen yang dipanggil speculum ke dalam vagina. Speculum akan memegang dinding vagina supaya doktor dapat melihat kawasan serviks dengan jelas. Anda mungkin rasa sakit sedikit pada bahagian pelvis.       

Kemudiannya, doktor akan mengambil sel dalam kawasan serviks menggunakan berus lembut dan spatula. Prosedur ini tidak akan menyebabkan anda rasa sakit.

Ujian HPV

Ujian HPV pula dilakukan untuk memeriksa sama ada anda telah dijangkiti human papillomavirus (HPV) yang boleh menyebabkan ketuat di kemaluan, sel yang abnormal atau kanser serviks.

Doktor mungkin akan menyarankan anda untuk melakukan ujian HPV untuk kanser serviks di Malaysia jika:

  1. Ujian pap smear yang anda lakukan mempunyai keputusan yang abnormal.
  2. Jika anda berumur 30 tahun atau lebih.

Ujian HPV selalunya dilakukan pada masa yang sama dengan ujian pap. Ujian HPV boleh dilakukan menggunakan sampel yang sama seperti ujian pap smear.

Baca juga:

Prosedur biopsi kanser serviks di Malaysia

Ada beberapa cara untuk membuang tisu daripada kawasan serviks. Antaranya ialah:

1. Punch biopsy

ujian pap smear

Prosedur ini menggunakan pisau yang berbentuk bulat (punch biopsy forceps) untuk memotong sampel tisu. Prosedur kanser serviks di Malaysia ini boleh dilakukan pada kawasan yang berbeza pada serviks.

Kawasan serviks juga mungkin akan diwarnakan dengan sejenis pewarna yang membolehkan doktor untuk melihat sebarang sel yang tidak normal supaya lebih jelas.

Prosedur ini selalunya hanya akan memakan masa selama 15 minit.

2. Endocervical curettage (ECC)

Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan sejenis alat iaitu curettage untuk mengikis bahagian dalam endocervical canal. Kawasan ini tidak dapat dilihat daripada luar kawasan serviks.

Anda mungkin memerlukan prosedur ini jika mengalami pendarahan yang tidak normal pada kawasan uterus. Prosedur ini dapat mengenal pasti punca sebenar yang mengakibatkan anda mengalami pendarahan.

3. Cone biopsy

Ketika cone biopsy dijalankan, doktor akan membuang bahagian kecil yang berbentuk kon daripada serviks anda. Mereka kemudiannya akan memeriksa sel tersebut dibawah mikroskop untuk mengenal pasti sama ada sel tersebut bersifat kanser atau tidak.

Selalunya, wanita yang melakukan prosedur kanser serviks di Malaysia ini memerlukan 4 hingga 6 minggu untuk sembuh. Oleh itu, anda perlu berjaga-jaga dan elakkan melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan serviks terluka. 

4. Loop electrosurgical excision procedure (LEEP)

Prosedur loop electrosurgical excision ataupun LEEP dilakukan setelah doktor mengesan masalah ketika melakukan ujian pap.

Selepas pembedahan, normal untuk wanita mengalami pendarahan. Oleh itu, anda dinasihatkan memakai tuala wanita untuk beberapa hari.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak melakukan amalan meruang, menggunakan tampon, atau melakukan hubungan seks selama 4 minggu selepas pembedahan LEEP.

Pengimejan untuk kanser serviks di Malaysia

Jika doktor mengesyaki kanser yang pesakit alami sudah merebak ke organ atau tisu yang lain, ujian pengimejan akan dilakukan untuk mengesan kanser serviks di Malaysia. .

Pesakit mungkin memerlukan biopsi untuk mengesan sama ada kanser benar-benar wujud atau tidak di dalam badan pesakit. Kemudian, doktor akan melakukan ujian pengimejan untuk melihat sejauh mana kanser telah merebak.

1. Ujian ultrasound

Ujian ultrasound dilakukan untuk melihat kawasan serviks, pundi kencing, dan seluruh kawasan pelvis bagi mencari punca simptom. Ujian ini boleh digunakan untuk melihat kawasan lain jika doktor mempunyai sebarang kerisauan mengenai metastasis.

2. Ujian X-ray

Doktor juga boleh melakukan ujian X-ray untuk melihat sama ada kanser telahpun merebak ke bahagian paru-paru pesakit.

3. Magnetic resonance imaging (MRI)

kanser serviks di malaysia

Ujian MRI digunakan untuk melihat bahagian tisu badan yang tidak dapat dilihat dengan ujian pengimejan yang lain.

Ujian ini turut digunakan untuk menilai sama ada kanser sudah merebak ke bahagian saraf tunjang. Jika kanser telah merebak ke bahagian ini, itu bermaksud kanser tersebut telah berada dalam tahap yang serius.

4. Ujian CT untuk kesan kanser serviks di Malaysia

Ujian CT, sama seperti MRI boleh digunakan untuk melihat kawasan serviks dan pelvis. Selalunya, imbasan CT akan dilakukan bersama ujian PET supaya doktor boleh membandingkan keputusan antara dua jenis imbasan ini.

Ujian ini dapat menentukan sama ada kanser tersebut telah merebak ke bahagian kelenjar limfa atau tidak. Imbasan ini juga berguna jika doktor mengesyaki kanser yang dihidap pesakit telah merebak, namun lokasi sebenar kanser tidak dapat dipastikan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Basic Information About Cervical Cancer. https://www.cdc.gov/cancer/cervical/basic_info/index.htm. Accessed on October 10, 2022.
  2. Cervical Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12216-cervical-cancer. Accessed on October 10, 2022.
  3. Cervical cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-cancer/symptoms-causes/syc-20352501. Accessed on October 10, 2022.
  4. Cervical cancer. https://www.who.int/health-topics/cervical-cancer#tab=tab_1. Accessed on October 10, 2022.
  5. Cervical cancer. https://www.nhs.uk/conditions/cervical-cancer/. Accessed on October 10, 2022.
  6. What Is Cervical Cancer? https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/about/what-is-cervical-cancer.html. Accessed on October 10, 2022.

Versi Terbaru

13/03/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Selain Jangkitan HPV, Ini Punca Lain Yang Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Anda Wajib Tahu

Sejauh Mana Kanser Serviks Merebak, Usah Bimbang Ini Rawatan & Terapi Yang Boleh Dilakukan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan