backup og meta

Merungkai Mitos Kanser Serviks: Apa? Lelaki Juga Berisiko Dijangkiti HPV?

Terdapat beberapa mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos-mitos tersebut?

Merungkai Mitos Kanser Serviks: Apa? Lelaki Juga Berisiko Dijangkiti HPV?

Kanser serviks atau juga dikenali dengan nama kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua terbanyak berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara.

Kanser serviks di Malaysia, terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini dan dianggarkan lebih kurang 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk menghidap kanser ini.

Justeru, pelbagai usaha untuk menyebarkan kesedaran mengenainya dilakukan termasuklah ‘membetulkan’ mitos-mitos yang sering kedengaran, terutamanya berkenaan kanser serviks.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.  

Apa itu kanser serviks?

Kanser serviks berlaku apabila terdapat sel yang berubah dalam serviks seseorang wanita, yang menghubungkan rahim dengan faraj.

Kanser ini mampu mempengaruhi tisu serviks yang lebih dalam dan boleh merebak ke bahagian badan pesakit yang lain (metastasize), seperti paru-paru, hati, pundi kencing, faraj, dan rektum.

Selain itu, punca kanser pangkal rahim kebanyakannya disebabkan oleh human papillomavirus (HPV), yang mana sebenarnya boleh dicegah dengan bantuan vaksin.

kanser serviks
Kanser pangkal rahim disebabkan jangkitan berterusan dari virus HPV. 

Penting untuk anda fahami, kanser pangkal rahim membiak dengan perlahan, maka jika berjaya dikenal pasti pada peringkat awal, ia dapat dirawat sebelum bertambah parah.

Berita baiknya, hari demi hari jumlah wanita yang terkorban akibat kanser ini dilihat semakin berkurangan dengan bantuan kemajuan ujian Pap smear.

Justeru, apakah mitos-mitos yang berlegar dalam kalangan masyarakat mengenai kanser serviks?

5 Mitos-mitos kanser serviks

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mitos yang sering diperkatakan berkaitan kanser ini dan cara yang betul untuk melindungi diri serta insan tersayang, teruskan membaca ya!

Mitos 1: Saya perlu lakukan ujian Pap smear setiap tahun

Sekiranya ujian Pap smear dan ujian HPV anda normal, tiada keperluan untuk anda menjalani ujian Pap pada setiap tahun.

Pakar mengesyorkan garis panduan pemeriksaan kanser serviks berikut untuk wanita dengan keputusan ujian Pap dan HPV yang normal:

  • Berumur 21-29 tahun: Ujian pap setiap 3 tahun
  • Umur 30-64: Ujian pap dan ujian HPV setiap 5 tahun
  • Berumur 65 tahun ke atas: Bercakap dengan doktor anda mengenai sama ada perlu meneruskan ujian Pap dan HPV ataupun tidak

Mitos 2: Wanita dengan barah serviks tidak mampu hamil

Apabila seorang wanita didapati menghidap kanser serviks, rejimen rawatannya adalah histerektomi dan kemoterapi atau radiasi yang menyebabkan terciptanya mitos tersebut.

Namun, terdapat pilihan lebih baharu yang masih boleh membiarkan seseorang wanita memiliki zuriat sekiranya barah serviks dapat dikesan pada peringkat awal dan berisiko rendah.

Sebagai contoh, tujuan utama conservative surgery adalah untuk memelihara kesuburan.

Tetapi jika pesakit harus menjalani kemoterapi atau radiasi, mereka disarankan untuk membekukan telur atau embrio terlebih dahulu.

Mitos 3:  HPV tidak akan menjangkiti lelaki

Perkara ini tidak benar dan kaum Adam juga boleh dijangkiti virus HPV. Lebih-lebih lagi jika anda seseorang yang aktif menghisap rokok, mengambil alkohol, gemar bertukar pasangan, sering melakukan seks oral atau seks anal dan sering berkucupan bersama pasangan.

Lelaki yang mengalami ketuat kelamin adalah salah satu simptom anda mengalami HPV. Disebabkan  HPV adalah virus yang senyap, anda mungkin tidak menyedarinya.

Ketuat kemaluan yang disebabkan oleh HPV mungkin akan tumbuh di banyak kawasan yang berbeza seperti dubur, pangkal paha, paha atau zakar anda.

Mitos 4: Kanser serviks adalah penyakit keturunan keluarga

kanser serviks
Vaksin HPV membantu melindungi diri anda. 

Walaupun kenyataan di atas ada benarnya, hanya 10% sahaja barah yang bersifat keturunan dan kanser serviks bukan salah satu daripadanya.

Seperti yang dijelaskan, kanser ini disebabkan oleh HPV, langkah pencegahan yang boleh diambil adalah:

Mitos 5:  Saya tidak perlu menjalani pemeriksaan kerana tidak mengalami sebarang gejala HPV

Ujian saringan dilakukan bertujuan untuk mencari perkara yang tidak normal pada individu sihat yang tidak mengalami sebarang gejala.

Apabila terdapat simptom-simptom tertentu pula, ujian diagnostik dilakukan untuk mengetahui punca gejala tersebut.

Bagi kanser pangkal rahim, wanita dengan sel serviks yang tidak normal seringkali tidak mengalami sebarang gejala.

Tetapi, sel tidak normal ini masih dapat dikesan melalui pemeriksaan dan sudah tentu, para wanita tidak seharusnya menunggu sehingga gejala muncul untuk diperiksa, dikhuatiri sudah terlambat.

Walaupun tiada simptom ketara buat lelaki, jangan dianggap tiada jangkitan. Hal ini kerana, virus HPV ini boleh menyerang secara senyap kepada lelaki mahupun wanita.

Mitos 5: Jangkitan HPV tidak akan berlaku jika tidak melakukan hubungan seksual.

Mitos ini terbukti salah kerana jangkitan HPV sering berlaku dan merupakan faktor risiko utama untuk menghidap barah serviks. Hal ini kerana, ia mampu disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit dan cecair daripada tubuh, bukan sekadar melalui hubungan intim sahaja.

Dalam kebanyakan kes, segelintir individu sukar untuk menyedari bahawa mereka menghidap HPV kerana tidak mengalami sebarang simptom.

Oleh itu, dengan menggunakan kondom boleh mengurangkan risiko anda dijangkiti HPV, tetapi anda masih boleh terdedah kepada virus jika ia terdapat pada kulit yang tidak dilindungi oleh kondom.

kanser serviks
Kenali tanda kanser rahim yang boleh berlaku pada anda.

HPV boleh menjangkiti lelaki juga

Stigma yang menyangka HPV hanya berkaitan dengan wanita dan kanser serviks. Hakikatnya, lelaki juga boleh dijangkiti HPV melalui hubungan seksual, walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang tanda.

HPV pada lelaki boleh menyebabkan:

Tetapi, kebanyakan lelaki tidak menjalani saringan khusus untuk HPV seperti wanita. Ini menyebabkan virus boleh merebak tanpa disedari pasangan.

Di sinilah pentingnya untuk anda tahu dan putuskan rangkaian mitos kanser serviks hanya isu wanita. Kesedaran perlu melibatkan kedua-dua jantina kerana pencegahan lebih berkesan apabila semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga.

Hentikan mitos, cakna dengan fakta

Mitos kanser pangkal rahim boleh menjadi penghalang utama kepada pencegahan dan rawatan awal. Lebih membimbangkan, salah faham ini menyebabkan lelaki merasakan mereka tidak terlibat, sedangkan mereka juga boleh dijangkiti HPV dan menyebarkannya tanpa sedar. Dengan maklumat yang tepat, saringan berkala dan vaksinasi, risiko kanser serviks dapat dicegah dengan meluas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ujian dan Pemeriksaan Kanser Servik. https://nci.moh.gov.my/index.php/ms/galeri/127-ujian-dan-pemeriksaan-kanser-servik . Accessed on Feb 16, 2026
  2. Raising Cervical Cancer Awareness. https://www.chaptershealth.org/dispelling-cervical-cancer-myths/ . Accessed on Feb 16, 2026
  3. 5 cervical cancer myths. https://www.mdanderson.org/cancerwise/5-cervical-cancer-myths.h00-159145245.html . Accessed on Feb 16, 2026
  4. HPV (Human Papillomavirus) . https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11901-hpv-human-papilloma-virus . Accessed on Feb 16, 2026
  5. HPV Infection in Men . https://www.webmd.com/sexual-conditions/hpv-genital-warts/hpv-virus-men . Accessed on Feb 16, 2026
  6. How Do I Know if I Have HPV?. https://www.webmd.com/sexual-conditions/hpv-genital-warts/hpv-symptoms-tests . Accessed on Feb 16, 2026

Versi Terbaru

16/02/2026

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks Yang Anda WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

Sudahkah Anda Ambil Vaksin HPV? Bukan HANYA Untuk Wanita, Lelaki Pun Boleh!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 6 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan