backup og meta

Takutnya Keputihan Berlebihan Dan Makin Teruk, Adakah Ia Tanda Kanser Serviks?

Takutnya Keputihan Berlebihan Dan Makin Teruk, Adakah Ia Tanda Kanser Serviks?

Keputihan adalah cacair yang keluar daripada faraj. Umumnya, keputihan merupakan salah satu perkara normal yang berlaku pada setiap wanita. Cecair ini membantu membersihkan faraj supaya ia tetap bersih dan sihat, serta menyediakan pelincir dan melindungi faraj daripada jangkitan dan kerengsaan.

Namun, keputihan ini boleh menjadi bahaya jika ia keluar lain daripada kebiasaan. Contohnya keputihan berlebihan boleh menjadi ciri kanser serviks.

Keputihan berlebihan atau tidak normal menjadi ciri kanser serviks

Keputihan banyak berlaku semasa stres, kehamilan atau aktiviti seksual. Namun, anda perlu berhati-hati jika keputihan yang berlaku adalah keputihan yang tidak normal contohnya keputihan berlebihan.

Tanda-tandanya sangat mudah, keputihan di luar kebiasaan boleh dilihat daripada warna, tekstur, jumlah dan bau yang luar biasa. Selain itu, berlaku juga simptom lain, sebelum atau bersama atau selepas keputihan. Keputihan tidak normal biasanya disebabkan oleh jangkitan dan bukan jangkitan. Penyebab tidak berjangkit biasanya berkaitan dengan adanya bendasing atau penyakit lain seperti kanser serviks.

Keputihan yang tidak normal boleh menjadi tanda bahawa seseorang mempunyai kanser serviks. Ini boleh menjadi simptom awal daripada kanser serviks. Keputihan ini boleh bermula dengan warna putih bersih sehingga berwarna coklat, berbau busuk, berair dan juga bercampur darah.

Jika anda mula berasa keputihan anda tidak normal, sebaiknya segera berjumpa doktor untuk diagnosis yang tepat, hingga anda boleh merawat dengan segera sebelum ia menjadi semakin teruk dan tidak terkawal.

Faktor meningkatkan risiko mendapat kanser serviks

keputihan semasa mengandung

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser serviks. Antaranya:

  • Mempunyai hubungan seks dengan pelbagai pasangan atau tidak selamat dapat meningkatkan risiko jangkitan HPV
  • Merokok
  • Jangkitan klamidia
  • Kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran atau mempunyai diet yang tidak sihat.
  • Berat tambahan (obesiti)
  • Faktor keturunan.
  • Umur. Wanita di bawah umur 15 tahun mempunyai risiko terendah kanser ini. Tetapi risiko semakin meningkat pada wanita berumur lebih dari 40 tahun.

Cara mengurangkan risiko kanser serviks

masalah keputihan

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan virus HPV, iaitu:

  • Melakukan vaksinasi HPV. Jika anda berusia antara 9-45 tahun, ini mungkin cara terbaik untuk melindungi diri daripada jangkitan HPV. Pada usia kanak-kanak dan remaja, tindak balas tubuh dalam membentuk antibodi adalah paling baik. Vaksin HPV dapat meningkatkan imun tubuh dalam melawan virus HPV.
  • Melakukan ujian Pap smear.  Anda dapat melihat perubahan yang berlaku pada sel di serviks dengan melakukan ujian ini. Oleh itu, sel yang tidak normal boleh menyebabkan kanser serviks dikesan dengan lebih awal dan boleh dicegah.
  • Mendapatkan hubungan set yang selamat. Virus HPV merebak melalui hubungan seksual. Oleh itu, sangat disyorkan untuk sentiasa mempunyai seks yang selamat, seperti selalu menggunakan kondom dan tidak bertukar pasangan.
  • Tidak merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengembangkan kanser serviks.
  • Manjaga kebersihan faraj supaya bebas daripada pelbagai jangkitan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Human Papillomavirus (HPV) and Cervical Cancer https://www.healthline.com/health/cervical-cancer/symptoms#symptoms diakses 5 Desember 2017.

Cervical Cancer: Symptoms https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-cancer/symptoms-causes/syc-20352501 diakses 5 Desember 2017.

Cancer Treatment Centers of America. Cervical Cancer Symptoms & Signs http://www.cancercenter.com/cervical-cancer/symptoms/ diakses 5 Desember 2017.

Versi Terbaru

13/03/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Masalah Keputihan Wanita, Benarkah Ia Akan Jejaskan Kesuburan & Kehamilan Kelak?

Ibu Mengandung Keluar Banyak Keputihan? Ikut 3 Tip Ini Elak Jangkitan Masa Hamil!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan