backup og meta

Elak Kanser Merebak, Patuhi 8 Pantang Larang Pemakanan Untuk Pesakit Barah Payudara!

Elak Kanser Merebak, Patuhi 8 Pantang Larang Pemakanan Untuk Pesakit Barah Payudara!

Aspek diet pemakanan adalah perkara penting terutama buat individu yang berdepan dengan masalah kesihatan tertentu. Apakah tips pemakanan sihat yang sesuai untuk individu menghidap kanser payudara?

Hello Doktor ada jawapannya.

Tips pemakanan sihat

Sebenarnya tiada satu makanan atau diet yang boleh mencegah atau menyebabkan wujudnya kanser. Tetapi cara pengambilan diet pemakanan itu yang membezakan antara individu. Ia sama ada akan meningkatkan lagi risiko atau tidak.

Berikut merupakan tips pemakanan sihat yang perlu diambil dan dielakkan oleh pesakit kanser payudara.

Tips pemakanan diet yang disarankan untuk diambil:

Penyakit barah payudara boleh bermula dengan pelbagai cara, di tempat yang berbeza dan memerlukan kaedah rawatan yang berbeza, sama seperti diet pemakanan.

Berikut adalah antara senarai tips pemakanan sihat yang dipercayai dapat membantu mencegah perkembangan barah.

Sayuran dan buah-buahan

Dikatakan pengambilan diet berasaskan tumbuhan dapat mengurangkan risiko mengembangkan kanser sebanyak 15%.

Selain itu, sayuran dan buah-buahan kaya dengan flavonoid dan karotenoid, dipercayai memberikan pelbagai manfaat dalam kesihatan.

Beberapa jenis makanan berikut dipercayai dapat membantu mencegah kanser payudara. Ini tips pemakanan diet untuk anda:

  • Sayuran hijau gelap seperti brokoli
  • Buah-buahan khususnya buah beri dan pic
  • Kekacang, ikan, telur dan daging putih

United States Department of Agriculture (USDA) mengesyorkan untuk makan antara lima hingga sembilan hidangan sayuran dan buah-buahan setiap hari.

tips pemakanan sihat

Serat dan antioksidan

Terdapat beberapa kajian menyarankan makanan yang tinggi serat dapat membantu melindungi daripada penyakit ini. 

Dikatakan kandungan estrogen yang berlebihan menjadi faktor perkembangan dan penyebaran beberapa jenis kanser payudara.

Sesetengah rawatan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengekang estrogen daripada berinteraksi dengan sel-sel kanser. Diet tinggi serat boleh menyokong proses ini dan mempercepatkan penyingkiran estrogen.

Buah-buahan, sayuran, bijian dan kekacang boleh membekalkan serat dan dalam masa yang sama turut menawarkan antioksidan seperti beta karoten dan vitamin C dan E.

Fungsi antioksidan adalah membantu menghalang penyakit dengan mengurangkan jumlah radikal bebas.

Tips pemakanan diet disarankan: Lemak sihat

Makanan berlemak berisiko mengembangkan obesiti. Individu dengan masalah obesiti terdedah kepada risiko untuk menghidap kanser, termasuk kanser payudara.

Badan kita memerlukan lemak, tetapi bukan semua jenis lemak. Lemak tak tepu dan mono tak tepu boleh memberikan manfaat yang baik dalam jumlah yang sederhana. Antaranya adalah:

  • Minyak zaitun
  • Avokado
  • Kekacang

Ikan berlemak tinggi seperti salmon mengandungi lemak polyunsaturated yang dikenali sebagai omega-3. Ia dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

Soya pun termasuk dalam tips pemakanan sihat untuk kanser?

Merupakan sumber makanan sihat yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Ia adalah produk berasaskan tumbuhan yang kaya protein, lemak sihat, vitamin dan mineral tetapi rendah karbohidrat.

Makanan ini turut mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai isoflavon. 

Soya juga dikatakan dapat mengurangkan kadar lipoprotein berkepekatan rendah (LDL), kolesterol dan merendahkan risiko penyakit jantung.

Selain obesiti, keadaan ini juga merupakan faktor penyumbang kepada sindrom metabolik yang melibatkan keradangan.

Antara makanan yang mengandungi soya adalah:

  • Tauhu
  • Tempe
  • Edamame
  • Susu soya
  • Kacang soya

Dikatakan soya mungkin meningkatkan risiko kanser kerana mengandungi isoflavon yang menyerupai estrogen.

Namun, North American Menopause Society telah menyimpulkan bahawa isoflavon tidak meningkatkan risiko kanser payudara.

Tips pemakanan sihat: Elak ambil makanan ini

Berikut merupakan antara senarai makanan yang perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko mengembangkan barah.

Alkohol

Terdapat kajian yang mengaitkan antara pengambilan alkohol dengan peningkatan risiko kanser payudara. 

Laporan daripada Breastcancer.org mengatakan alkohol boleh meningkatkan paras estrogen dan menyebabkan kerosakan DNA.

Dikatakan wanita yang mengambil tiga minuman beralkohol setiap minggu akan berdepan risiko mengalami kanser sebanyak 15%. 

Gula

Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas tikus pada tahun 2016, menunjukkan tikus yang mengambil makanan tinggi kandungan gula, adalah lebih terdedah untuk mengembangkan tumor kelenjar susu.

Ia adalah satu keadaan yang sama kepada kanser payudara bagi manusia. 

tips pemakanan sihat

Lemak

Bukan semua lemak adalah jahat. Tetapi lemak yang terdapat dalam makanan yang diproses berisiko meningkatkan risiko kanser. Manakala lemak yang berasaskan tumbuhan dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko.

Lemak trans adalah antara jenis lemak yang digunakan dalam makanan diproses dan dikatakan mempunyai kaitan dengan risiko kanser payudara.

Antara contoh jenis makanan yang diproses adalah seperti makanan bergoreng. Sebaiknya hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak trans.

Daging merah

Dikatakan wujud hubung kait antara daging merah dengan peningkatan risiko kanser payudara.

Keadaan ini kerap berlaku jika seseorang individu memasak daging pada suhu tinggi yang boleh mencetuskan pembebasan toksin. 

Di samping itu, daging yang diproses cenderung mempunyai kandungan lemak, garam dan bahan pengawet yang tinggi. Ia sekali gus meningkatkan risiko terdedah kepada kanser payudara. 

Penjagaan diri

Selain mementingkan aspek tips pemakanan sihat dalam membantu mencegah kanser payudara, mengekalkan berat badan yang sihat juga turut mendatangkan manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan. 

Dalam masa yang sama, pastikan anda turut melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.

Menurut National Cancer Institute, wanita yang melakukan senaman untuk tempoh empat jam seminggu atau lebih mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami kanser payudara.

Jadi apa tunggu lagi, jom bersenam!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

2015-2020 Dietary Guidelines. https://health.gov/our-work/food-nutrition/previous-dietary-guidelines/2015. Accessed Sept 10, 2021.

Breast Cancer Hormone Receptor Status. https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/understanding-a-breast-cancer-diagnosis/breast-cancer-hormone-receptor-status.html. Accessed Sept 10, 2021.

Breast Cancer Prevention (PDQ®)–Patient Version. https://www.cancer.gov/types/breast/patient/breast-prevention-pdq. Accessed Sept 10, 2021.

Breast Cancer Risk Factors. https://www.breastcancer.org/risk/factors. Accessed Sept 10, 2021.

Dietary patterns and breast cancer risk in the California Teachers Study cohort. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3831538/. Accessed Sept 10, 2021.

Diet and risk of breast cancer. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4829739/. Accessed Sept 10, 2021.

Lycopene and Beta-carotene Induce Cell-Cycle Arrest and Apoptosis in Human Breast Cancer Cell Lines. https://ar.iiarjournals.org/content/34/3/1377.long. Accessed Sept 10, 2021.

 

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Ubah Sebelum Terlambat, 5 Tabiat Ini Buat Wanita Mudah Terkena Kanser Payudara!

5 Perkara Yang Anda TAK Pernah Tahu Tentang Kanser Payudara, #1. Paling Mengejutkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan