backup og meta

Ini Tip Cepat Sembuh Lepas Rawatan Kanser Peparu! WAJIB Ambil Makanan Penuh Protein

Ini Tip Cepat Sembuh Lepas Rawatan Kanser Peparu! WAJIB Ambil Makanan Penuh Protein

Rawatan kanser boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan kepada penghidapnya. Selepas rawatan, ramai yang sukar untuk mengambil makanan tertentu atau hilang selera makan. Walaupun begitu, nutrisi atau diet pesakit kanser paru-paru merupakan komponan yang penting untuk memberikan tenaga yang mencukupi bagi melawan kanser.

Namun, kita haruslah ingat bahawa tidak ada makanan yang boleh memulihkan kanser. Tetapi, dengan diet yang betul, pesakit boleh terus bertenaga dan kekal bersemangat untuk melawan penyakit yang mereka hidapi.

Diet yang betul dapat membantu pesakit kanser untuk mengekalkan tenaga ketika rawatan dan mempercepatkan proses pemulihan.

Bukan itu sahaja, kesan sampingan rawatan kanser juga akan menyebabkan pesakit rasa letih dan tidak bersemangat untuk makan.

Untuk memilih diet pesakit kanser yang sesuai, perlu ada komunikasi dua hala antara pesakit dan juga pakar. Setiap individu yang mengalami kanser mempunyai kesan sampingan yang berbeza.

Oleh sebab itu, pakar boleh bekerja bersama pesakit untuk menentukan langkah yang paling sesuai bagi memastikan pesakit sentiasa sihat dan dapat mengawal kesan sampingan dengan baik.

Diet pesakit kanser paru-paru

diet pesakit kanser

Apakah yang perlu dimakan oleh pesakit kanser paru-paru? Sebenarnya, ia bergantung kepada keperluan nutrisi setiap pesakit.

Malah, keperluan nutrisi ini juga mungkin berbeza mengikut jenis rawatan kanser yang pesakit lakukan serta ciri fizikal pesakit seperti tinggi, berat dan sebagainya.

Selain itu, doktor juga akan mempertimbangkan diet yang sesuai mengikut keadaan kesihatan pesakit. Contohnya, pesakit kanser yang menghidap diabetes atau sakit jantung mungkin perlu melakukan diet yang berbeza.

Diet pesakit kanser paru-paru yang terbaik terdiri daripada beberapa perkara. Sebagai contoh:

  1. Pesakit perlulah mengekalkan berat badan yang sihat. Oleh sebab itu, pesakit perlu mengambil kalori yang mencukupi untuk mengelakkan penurunan berat badan.
  2. Dapatkan nutrisi penting daripada makanan. Nutrisi penting seperti protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan air perlulah diambil dengan mencukupi. Cara yang terbaik untuk mendapatkannya adalah daripada makanan. 
  3. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan kesan sampingan kanser menjadi semakin teruk. Ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan cirit-birit, sembelit dan luka di dalam mulut.
  4. Masukkan lemak yang sihat dalam makanan. Tambah makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat mengurangkan inflamasi pada badan.

Jangan lupa, minum air dengan mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Fokus pada snek yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur rebus, kekacang dan hummus. Tambahkan juga sayur-sayuran, buah-buahan segar dan bijirin penuh.

Makanan terbaik untuk pesakit kanser yang penuh khasiat

Jika anda tercari-cari makanan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam diet pesakit kanser paru-paru, cubalah makanan di bawah:

1. Air kelapa

diet pesakit kanser

Air kelapa boleh menggantikan elektrolit yang hilang dan amat bagus untuk memastikan pesakit kekal hidrat. Malah, air kelapa juga mengandungi potasium yang lebih banyak berbanding pisang.

Jangan minum terlalu banyak kerana ia juga tinggi gula.

2. Buah pisang

Pisang mengandungi karbohidrat kompleks untuk membekalkan tenaga sebelum dan semasa rawatan. Ia juga mengandungi serat yang bagus untuk kesihatan sistem pencernaan.

3. Serbuk koko

Siapa sangka serbuk koko baik untuk diet pesakit kanser paru-paru. Ia kaya dengan magnesium, serat dan juga antioksidan seperti flavenol dan polifenol. Semua ini amat baik untuk sistem saraf dan dapat membantu peredaran darah pesakit.

4. Flaxseed

Flaxseed mengandungi asid lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat mengurangkan inflamasi dan menyokong fungsi otak. Ia juga dapat mengurangkan kolesterol dalam badan dan tekanan darah.

Perubahan diet sememangnya penting untuk pesakit kanser paru-paru. Namun, itu bukan bermaksud anda perlu mengubah segalanya.

Jika anda masih lagi rasa sihat selepas rawatan kanser, tambahkan makanan yang berkualiti dan bernutrisi ke dalam diet anda.

Tip untuk pesakit kanser yang mempunyai kesan sampingan

diet pesakit kanser

Tidak dinafikan, rawatan kanser datang dengan kesan sampingannya yang tersendiri. Antara kesan sampingan rawatan kanser paru-paru ialah rasa loya, hilang selera makan, penurunan berat badan, dehidrasi dan juga keletihan.

Namun, dengan diet yang betul, penghidap kanser paru-paru boleh mengatasi semua masalah ini.

Ikuti tip kami di bawah jika anda sedang mencari diet pesakit kanser yang sesuai dengan kondisi anda.

  1. Jika anda sering rasa loya: Cuba ambil makanan dengan saiz hidangan yang lebih kecil namun makan dengan lebih kerap. Elakkan makanan yang mempunyai bau yang kuat.
  2. Jika anda hilang selera makan: Makan lebih banyak snek. Masukkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi seperti keju, minyak zaitun, mentega atau mentega kacang ke dalam makanan anda.
  3. Untuk mengekalkan berat badan: Tambah makanan yang kaya dengan protein seperti telur, ikan, makanan tenusu, daging dan tofu.
  4. Untuk mengubat rasa letih: Ambil makanan yang mudah untuk disediakan. Banyakkan pengambilan kekacang, keju, yogurt atau bar granola yang mempunyai banyak kalori dan boleh membekalkan tenaga pantas.
  5. Untuk dehidrasi: Cuba minum air dengan mencukupi. Jika anda tidak boleh minum air kosong, cuba air buah atau susu.

Kesimpulan

Menentukan diet pesakit kanser yang terbaik merupakan sesuatu yang sukar. Namun, dengan kerjasama antara pesakit dan juga doktor, anda mampu menghasilkan pelan makanan yang sesuai untuk anda.

Makanan yang berkhasiat bukan sahaja boleh mempercepatkan penyembuhan, ia juga boleh membekalkan tenaga yang mencukupi semasa dan selepas rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Lung Association. n.d. Nutrition and Lung Cancer Treatment. Accessed July 29, 2021. https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/lung-cancer/patients/treatment/stay-healthy/treatment.
  2. Cancer.Net. 2019. Food and Cancer Risk. May. Accessed July 29, 2021. https://www.cancer.net/navigating-cancer-care/prevention-and-healthy-living/food-and-cancer-risk.
  3. Cancer.Net. 2014. Foods to Avoid During Cancer Treatment. April 29. Accessed July 29, 2021. https://www.cancer.net/blog/2014-04/foods-avoid-during-cancer-treatment.
  4. Lungcancer.org. n.d. The Importance of Nutrition During Treatment. Accessed July 29, 2021. https://www.lungcancer.org/find_information/publications/278-the_importance_of_nutrition_during_treatment.
  5. Pearl Point Nutrition Services. n.d. Lung Cancer. Accessed July 29, 2021. https://pearlpoint.org/i-have-lung-cancer-what-should-i-eat/.

Versi Terbaru

30/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Terbukti Berkesan! Makan 2 Ulas Bawang Putih MENTAH Seminggu Dapat Cegah Kanser Paru-Paru!

Batuk Berdarah, Benarkah Ia Tanda Kanser Paru-Paru Kronik?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan