Cara yang terbaik untuk merawat kanser adalah dnegan mencegahnya dari berlaku. Terdapat banyak faktor menyebabkan kanser, antaranya adalah makanan. Jadi, diet anda penting dalam pencegahan kanser.
Apakah makanan yang meningkatkan risiko kanser?
1. Gula tambahan
Selain menambahkan bilangan kalori, pengambilan gula tambahan secara berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.
Terdapat bukti bahawa gula tambahan mungkin meningkatkan risiko kanser esofagus, kanser usus kecil serta kanser payudara.
2. Makanan tinggi bahan tambahan
Banyak kajian yang menunjukkan kaitan antara bahan tambahan makana dan kanser usus besar (kolon).
3. Daging yang diproses
Daging, ikan dan produk tenusu adalah makanan anti-kanser. Namun, makanan yang diprosesm khususnya daging perlu dielakkan kerana ia meningkatkan risiko kanser, khususnya kanser usus dan mungkin juga kanser perut dan kanser pankreas.