backup og meta

Ini 3 Jenis Kanser Yang Boleh Sembuh Selepas Menerima Rawatan, Termasuk Kanser Tiroid

Ini 3 Jenis Kanser Yang Boleh Sembuh Selepas Menerima Rawatan, Termasuk Kanser Tiroid

Apabila bercakap tentang kanser, tidak ada jaminan untuk sembuh. Tetapi doktor telah berjaya mengesan dan merawat beberapa jenis kanser dengan lebih baik. Kunci yang paling penting untuk sembuh adalah pengesanan awal. Ini bermakna anda perlu untuk menjalani ujian saringan secara berkala.

Sesetengah pakar mengelak daripada menggunakan perkataan sembuh, kerana anda tidak boleh benar-benar pasti bahawa kanser akan hilang selepas rawatan.

Mereka lebih suka menggunakan perkataan “bebas,” yang bermakna bebas kanser tetapi ada kemungkinan bahawa ia boleh kembali semula. Tetapi secara umumnya, seseorang yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis mempunyai peluang yang lebih baik untuk hidup.

Ia tidak bermakna bahawa anda tidak akan mati disebabkan kanser atau anda tidak mengandunginya di dalam badan anda, tetapi ia merupakan satu petanda yang baik.

Berikut adalah 3 jenis kanser yang mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh.

Kanser Prostat

kanser tiroid

Mereka yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis: 98.9%

Apa yang membuatkan ia boleh dirawat?

Banyak tumor prostat membesar dengan perlahan atau langsung tidak membesar. Jika ini berlaku, ia adalah tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Ramai lelaki yang mengalami tumor ini boleh hidup selama bertahun-tahun tanpa masalah. Mereka mati disebabkan penyakit lain.

Apa yang membuatkan ia kurang boleh dirawat?

Apabila kanser merebak (dipanggil kanser metastatik), ia adalah jauh lebih sukar untuk dirawat. Sebilangan kecil kanser prostat boleh merebak dengan cepat ke bahagian badan yang jauh.

Jika ini berlaku, hanya 28% lelaki yang hidup 5 tahun selepas mereka didiagnosis. Berita baiknya adalah bahawa doktor kebiasaannya mengesan kanser prostat lebih awal sebelum ia merebak.

Adakah ujian saringan membantu?

Terdapat dua cara utama untuk mengesan kanser prostat. Pertama adalah pemeriksaan rektum digital, iaitu doktor memeriksa lubang najis anda mengunakan jari sambil memakai sarung tangan getah.

Kedua pula adalah ujian darah yang dikenali sebagai ujian PSA (prostate specific antigen), yang mengukur tahap protein yang selalunya lebih tinggi dalam lelaki dengan kanser prostat.

PSA boleh meningkat atas sebab-sebab selain daripada kanser prostat. Oleh sebab itu terdapat beberapa kumpulan doktor mengatakan bahawa lelaki yang mempunyai risiko biasa penyakit ini tidak perlu menjalani ujian ini.

Jika anda memerlukan ujian, anda perlu berbincang dengan doktor anda atau maklumkan kepadanya sekiranya anda mempunyai sebarang masalah seperti masalah kencing dan kencing berdarah. Ini boleh menjadi tanda-tanda kanser atau masalah prostat lain.

Kanser Tiroid

Mereka yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis: 97.9%

Apa yang membuatkan ia boleh dirawat?

Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di leher anda yang menghasilkan hormon yang diperlukan untuk membakar kalori, mengawal degupan jantung, dan banyak lagi.

Jenis kanser tiroid yang paling biasa ialah kanser tiroid papillary, yang tumbuh dengan perlahan. Walaupun tumor telah membesar atau mula merebak ke dalam tisu berdekatan, doktor masih boleh merawat dan menyembuhkan penyakit ini dengan pembedahan membuang kelenjar tersebut. Selepas pembedahan, pesakit perlu mengambil ubat untuk menggantikan hormon tiroid.

Doktor juga sudah dapat mengesan kanser tiroid lebih awal dari sebelum ini, yang menjadikan ia lebih mudah dirawat.

Apa yang membuatkan ia kurang boleh dirawat?

Sejenis penyakit yang dipanggil kanser tiroid anaplastik mempunyai kadar kelangsungan hidup 5 tahun hanya 7%, tetapi ia adalah sangat jarang berlaku.

Adakah ujian saringan membantu?

Tiada ujian saringan disyorkan untuk kanser tiroid. Kebanyakan orang mengetahui jika mereka mempunyai tumor apabila mereka (atau doktor) merasakan bejolan atau bengkak di leher.

Kadangkala, doktor menemui masalah ini apabila anda menjalani ujian ultrasound untuk tujuan lain. Sila beritahu doktor jika anda merasakan benjolan di leher anda atau jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda seperti susah bernafas atau menelan.

Kanser Testis

kanser tiroid

Mereka yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis: 95.3%

Apa yang membuatkan ia boleh dirawat?

Pada peringkat awal (apabila tumor masih tidak merebak ke bahagian badan yang lain), doktor boleh menyembuhkan kanser ini melalui pembedahan membuang satu atau kedua-dua testis yang mengandungi tumor.

Jika hanya satu testis yang dibuang (kebiasaannya begini), testis satu lagi akan menghasilkan hormon yang cukup untuk beliau melakukan hubungan seks dan menjadi seorang bapa. Bagi kanser di tahap lanjut, pembedahan dan radiasi atau kemoterapi kebiasaannya berhasil.

Cisplatin yang diperkenal pada tahun 70-an telah menjadi rawatan utama yang telah meningkatkan kelangsungan hidup bagi pesakit kanser testis di tahap lanjut.

Apa yang membuatkan ia kurang boleh dirawat?

Ada rawatan yang berkesan walaupun kanser testis sudah berapa di tahap lanjut. Kadar kelangsungan hidup 5 tahun untuk tumor jenis ini adalah 73%. Ia masih cukup tinggi bagi kanser di tahap lanjut.

Adakah ujian saringan membantu?

Tiada ujian saringan untuk kanser testis. Anda perlu berjumpa doktor jika merasakan ketulan di testis, atau jika satu testis menjadi lebih besar dari yang lain. Ini boleh menjadi tanda-tanda awal tumor.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Early detection. https://www.skincancer.org/early-detection/. Accessed, 19 April 2018
  2. Cancer types. https://www.cancer.gov/types. Accessed, 19 April 2018
  3. Prostate cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/symptoms-causes/syc-20353087. Accessed, 19 April 2018
  4. Thyroid cancer. https://www.cdc.gov/cancer/thyroid/index.htm. Accessed, 19 April 2018
  5. Penile Cancer. https://www.cancer.org/cancer/penile-cancer/about/what-is-penile-cancer.html. Accessed, 19 April 2018.

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh [email protected]

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

AWAS! Pesakit Diabetes Berisiko Dapat Kanser Pankreas, Ini Sebab Mengapa Terjadi Demikian!

Darah Haid Banyak Mungkin Petanda Fibroid Atau Polip Rahim, Yang Mana Satu Boleh Jadi Kanser?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan