Tumor dan Kanser: Apakah Perbezaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 21/12/2018
Share now

Istilah tumor dan kanser sering digunakan secara liberal tanpa mengikut disiplin maksud asalnya. Walaupun nampak serupa, sebenarnya ada perbezaan dari maksudnya.

Tumor ialah istilah umum bagi ketumbuhan

Perkataan tumor berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud to swell atau bengkak atau ketumbuhan. Dalam ilmu perubatan, tumor berlaku apabila terdapat perkembangan sel tertentu dalam tubuh di luar kawalan.

Setiap sel mempunyai kapasiti untuk berkembang biak, kecuali sel jantung dan otak. Perkembangan tersebut dikawal oleh faktor tertentu. Apabila diperlukan, bilangan sel tertentu akan bertambah dan berhenti jika tidak diperlukan.

Sebagai contoh apabila kulit luka, sel kulit di bahagian terbabit mati. Tubuh akan menghantar isyarat agar sel kulit baru dihasilkan untuk menggantikan sel mati tersebut. Apabila bilangan sel diganti sudah mencukupi, isyarat untuk berhenti pula dihantar.

Tumor berlaku apabila sel berkembang biak tanpa kawalan atau keperluan sehingga terkumpul dan menghasilkan ketumbuhan. Ia berlaku disebabkan mutasi pada DNA sel terbabit. Setiap sel berpotensi membentuk tumor.

Terdapat dua jenis tumor: malignan dan benigna

Perbezaan utama antara malignan dan benigna ialah malignan mempunyai potensi untuk menembusi membran dasar (basement membrane) yang memisahkan antara sel dan struktur di bawahnya. Kesannya, sel malignan tersebut boleh merebak (metastasise) ke bahagian lain, paling kerap paru-paru, tulang, hati, dan otak. Kebiasaannya, tumor sudah berada di tahap lanjut apabila sudah merebak.

Selain malignan, kanser juga merujuk kepada maksud yang sama.

Sel malignan menembusi membran dasar (basement membrane)

Benigna pula tidak boleh menembusi membran dasar dan tidak merebak ke bahagian lain. Ia lebih kurang bahaya berbanding malignan. Simptom dan komplikasi mungkin berlaku disebabkan fizikal tumor tersebut yang menghimpit struktur di sekelilingnya.

Jadi, apabila bercakap tentang kanser, ia membawa maksud malignan. Tumor pula istilah yang lebih umum bagi ketumbuhan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Terdapat banyak kesan penyakit psoriasis. Selain mengakibatkan keradangan pada tubuh badan, ia juga berisiko menyebabkan 5 penyakit kronik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Hari Kesedaran Kanser Kanak-kanak Sedunia: Tip Ibu Bapa KUAT Hadapi Anak Hidap Kanser

    Bukan mudah untuk terima diagnosis kanser terutamanya jika anak anda mengalaminya. Sebagai ibu bapa, anda kunci kepada kekuatan anak hidap kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli