backup og meta

Rawatan Kanser Prostat Terkini Tidak Sebabkan Mati Pucuk, Kajian

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2020

    Rawatan Kanser Prostat Terkini Tidak Sebabkan Mati Pucuk, Kajian

    Kanser prostat adalah jenis kanser kelima sering dihidapi oleh kaum Adam di seluruh dunia selepas kanser paru-paru, hati, perut dan usus. Antara rawatan yang boleh dibuat jika ia masih di peringkat awal adalah melalui pembedahan. Namun, ramai lelaki yang takut untuk melakukannya kerana bimbang akan kesan sampingannya iaitu mati pucuk.

    Kini, ada satu teknik pembedahan baru dicipta oleh saintis yang dikatakan tidak akan menjejaskan sebarang fungsi seksual lelaki. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Kajian terbaharu di Britain

    Di Britain, kira-kira 47,000 lelaki British didiagnosis dengan kanser prostat dan 11,000 dari jumlah itu mati disebabkan olehnya pada setiap tahun. Meskipun penyakit ini dikatakan boleh dirawat dengan kaedah pembedahan jika masih di peringkat awal, ramai pesakit menolaknya terutamanya yang masih muda kerana bimbang akan kesan sampingannya iaitu mati pucuk.

    Setiap tahun juga, hampir 6,000 lelaki British menjalani pembedahan prostatektomi. Malangnya, majoriti daripada jumlah itu mendapat kesan sampingan. Menurut Greg Shaw, pakar bedah urologi dari University College London, kebanyakan lelaki yang melakukan pembedahan membuang kelenjar prostat akan mengalami masalah dalam kemampuan ereksi mereka. 

    Disebabkan itu, saintis dari Britain mula mencari penyelesaian kepada permasalahan yang semakin meruncing ini. Hasilnya, mereka berjaya mencipta satu teknik pembedahan kanser prostat yang terbaharu. Teknik ini dikatakan tidak akan menyebabkan kesan sampingan seperti mati pucuk atau lain-lain setelah kelenjar prostat pesakit dibuang.

    kanser prostat

    Benarkah ia selamat?

    Majoriti lelaki muda kini tidak mahu melakukan pembedahan prostatektomi kerana takut akan kesan sampingannya. Namun, ia masalah ini mungkin dapat diselesaikan dengan penemuan teknik pembedahan baharu yang dicipta oleh saintis dari Britain.

    Teknik pembedahan ini akan ditawarkan di London, Bristol, Sheffield dan Glasgow sebagai percubaan. Ia bertujuan memastikan prosedur ini adalah selamat, sesuai, efektif serta menepati piawaian National Health Service.

    Namun, ia masih memerlukan kajian lanjutan yang lebih mendalam untuk memastikan ia benar-benar boleh dianggap sebagai salah satu daripada rawatan kanser prostat.

    Menurut Dr. David Montgomery, pengarah kajian di Prostate Cancer UK, sudah terlalu ramai lelaki yang menghidapi kanser jenis ini. Ia adalah keadaan yang sangat membimbangkan kerana rawatan yang diterima mereka tidak selamat dan akan mendatangkan kesan sampingan seperti disfungsi ereksi. Jadi, kajian lanjutan mengenai rawatan kanser prostat perlu lebih giat dijalankan demi kesihatan dan kesejahteraan kaum Adam.

    Konklusi

    Kesimpulannya, rawatan terkini ini mungkin selamat, sesuai dan efektif dalam merawat kanser prostat serta tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan seperti mati pucuk. Akan tetapi, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk lebih kepastian.

    Jadi kaum lelaki, masih ada masa depan untuk anda yang menghidapi kanser prostat. Sentiasa kekal sihat dan kuat untuk melawan penyakit paling berbahaya ini, ya?

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan