backup og meta

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/01/2022

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Penyakit radang pelvik (PID) adalah sejenis jangkitan yang akan berlaku pada wanita akibat daripada perlakuan aktiviti seksual yang tidak sihat dan selamat.

    Antara petanda utama anda dijangkiti adalah faraj akan mula berbau dan mengeluarkan cecair tidak normal.

    Persoalannya, adakah penyakit berbahaya ini boleh sembuh dengan sendiri tanpa mendapatkan sebarang rawatan?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk merungkai jawapan kepada soalan ini dengan lebih mendalam lagi!

    Apa itu penyakit radang pelvik?

    penyakit radang pelvik

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar penyakit yang turut dikenali sebagai PID ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu keadaan di mana berlaku jangkitan pada alat kelamin wanita yang merangkumi rahim, tiub fallopian, kilang ovari serta kawasan persekitaran alat sulit.

    Menurut U.S. Department of Health and Human Services, kondisi yang berbahaya ini menjejaskan kira-kira 5% wanita yang tinggal di Amerika Syarikat.

    PID disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis melalui jangkitan kontak seksual yang boleh merebak menerusi hubungan kelamin.

    Penyakit ini seterusnya akan menyebabkan keradangan pada saluran fallopian ekoran selaput tiub yang membengkak lantas menyempitkannya.

    Apa yang lebih membimbangkan adalah embrio yang terhasil daripada persenyawaan akan tersumbat di tiub lantas meningkatkan risiko mengandung di luar rahim atau kemandulan.

    Selain itu, penyakit jangkitan kelamin ini juga adalah sangat berbahaya kerana ia sukar untuk dikesan ekoran ia mungkin tidak akan menunjukkan sebarang gejala.

    Sekiranya berlaku kepada kalian, berikut adalah antara simptom PID:

    • Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
    • Rasa sakit di bahagian kanan abdomen
    • Faraj berbau busuk
    • Faraj keluar cecair tidak normal
    • Faraj keluar tompokan antara haid
    • Ngilu semasa hubungan seks
    • Mual, muntah-muntah atau cirit-birit
    • Hilang selera makan
    • Sakit belakang
    • Kerap kencing

    Oleh itu, sila berjumpa dengan doktor segera jika ada simptom-simptom ini pada diri anda ya?

    Bukan sahaja wanita, lelaki pun boleh terkena?

    Mungkin kita sering kali terdengar atau terbaca bahawa penyakit radang pelvik ini hanya akan terjadi pada wanita.

    Bagaimana pula dengan lelaki? Tidak, lelaki tidak akan sesekali terkena penyakit yang berbahaya buat wanita ini.

    Ini kerana lelaki tidak mempunyai organ reproduktif yang sama dengan wanita iaitu rahim, tiub fallopian, kilang ovari ataupun faraj.

    Seperti mana yang kita semua telah tahu, organ-organ inilah merupakan bahagian di mana jangkitan bakteria boleh merebak dan membiak.

    Sekiranya semua organ reproduktif ini tiada dalam tubuh badan, sudah pasti jangkitan ini tidak boleh berlaku dalam kalangan lelaki.

    Meskipun lelaki tidak boleh terkena PID, namun kalian tidak boleh jadikan ini sebagai alasan untuk tidak mengamalkan seks yang sihat dan selamat.

    Ini kerana anda perlu tahu bahawa lelaki mungkin tidak boleh terkena penyakit radang pelvik tapi boleh jadi pembawa bakteria yang menyebabkannya.

    Untuk pengetahuan anda, segala anasir yang boleh mengakibatkan PID boleh berjangkit di antara satu individu ke individu lain.

    Jika pasangan lelaki atau suami anda terjangkiti, adalah tidak mustahil untuk ia berpindah kepada anda pula melalui hubungan seks.

    Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian berwaspada dengan segala jangkitan penyakit kelamin agar ia tidak menjejaskan anda atau pasangan.

    Apa yang boleh dilakukan untuk merawatnya?

    penyakit radang pelvik

    Apa yang paling penting, anda dan pasangan perlu bersama berjumpa doktor dengan kadar segera jika mengesyaki diri atau pasangan menghidapi PID.

    Ini membolehkan kalian didiagnosis dan dirawat jika positif. Kalian akan diberi dos antibiotik yang boleh membunuh bakteria penyebab PID ini.

    Namun demikian, kalian juga perlu tahu bahawa kerosakan pada tiub dan organ lain yang berpunca daripada kondisi ini adalah sukar dipulihkan.

    Jadi anda dan pasangan perlu dapatkan rawatan bersama untuk memastikan jangkitan tersebut tidak akan berulang lagi buat kali kedua dan seterusnya.

    Namun ada juga yang percaya bahawa penyakit ini boleh sembuh dengan sendiri tanpa rawatan. Benarkah?

    PID boleh sembuh dengan sendiri tanpa rawatan?

    penyakit radang pelvik

    Tidak, penyakit radang pelvik tidak boleh sembuh dengan sendiri tanpa menerima sebarang rawatan susulan selepas disahkan positif.

    Ini kerana kalian perlu tahu bahawa ia adalah sejenis kondisi yang disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis atau anasir yang lain.

    Disebabkan itu, bakteria ini perlu dibunuh terlebih dahulu bagi memastikan anda terselamat daripada jangkitan penyakit berbahaya ini.

    Namun mencegah itu sudah pasti lebih baik daripada mengubat bukan?

    Oleh itu, adalah wajar untuk kalian berdua mengamalkan seks yang selamat sebelum, ketika atau selepas menerima rawatan penyakit ini.

    Anda dan pasangan juga disarankan untuk menggunakan kondom (baik untuk lelaki atau wanita) ketika melakukan hubungan seks.

    Sekiranya terdapat sebarang soalan mengenainya, sila berjumpa doktor pakar segera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan