backup og meta

Nak Bagi Perfume Tahan Lama Pada Badan, Ini 6 Tip WAJIB Ikut Bila Sembur Minyak Wangi!

Nak Bagi Perfume Tahan Lama Pada Badan, Ini 6 Tip WAJIB Ikut Bila Sembur Minyak Wangi!

Selain memanfaatkan pakaian dan solekan, individu juga perlu mengutamakan haruman agar diri tampil lebih menarik. Namun, perfume yang anda pakai itu sering kali hilang kesan dengan sangat cepat. Jadi, bagaimana cara untuk membuat minyak wangi tahan lama?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Kenapa individu kena pakai minyak wangi?

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, tubuh badan kita semua memiliki bau tersendiri dan mungkin ada individu yang kurang menyukai aroma tersebut sekali gus menjauhkan diri daripada anda.

Bau tubuh badan kurang menyenangkan itu mungkin datang daripada feromon dan bakteria yang telah bercampur dengan air, garam dan lemak di dalam peluh manusia lalu berbau agak busuk.

Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak faktor yang akan memicu masalah bau badan seperti genetik, hormon, berat badan, tabiat pemakanan, kondisi perubatan dan tahap kebersihan diri.

minyak wangi tahan lama

Dalam usaha untuk menyembunyikan bau tubuh badan yang tidak menyenangkan ini, anda boleh menggunakan minyak wangi. Selain tampil lebih harum, ia turut mampu meningkatkan mood dan menjadikan diri anda lebih yakin sepanjang hari!

Persoalannya, bagaimana buat minyak wangi tahan lama agar ia tidak hilang kesan dengan cepat?

Bagaimana buat minyak wangi tahan lama?

Penggunaan minyak wangi adalah begitu penting lebih-lebih lagi ketika anda menghadiri sesi temu duga pekerjaan atau majlis keraian seperti perjumpaan, perkahwinan, perayaan dan lain-lain.

Sebenarnya, tidak sukar untuk buat minyak wangi tahan lama. anda boleh cuba petua yang berikut:

#1. Semburkan minyak wangi ke bahagian nadi

Merupakan petua yang paling popular, ramai percaya jika sembur minyak wangi di kawasan tubuh badan yang ada nadi, ia akan melekat dan memberi kesan dalam jangka masa lebih panjang.

Ya, ia benar kerana bahagian yang bernadi termasuk pergelangan atas tangan dan belakang telinga mempunyai suhu yang lebih panas berbanding anggota badan lain lalu menjadi tempat yang ideal untuk perfume disembur.

minyak wangi tahan lama

Perfume tahan lama jika #2. Jangan gosok kulit

Sudah menjadi tabiat ketika memakai minyak wangi, ramai yang mungkin menggosok kulit dengan harapan ia dapat merebak ke tempat lain sedangkan perbuatan ini adalah salah sama sekali.

Ini kerana molekul-molekul di dalam perfume yang anda gosok itu akan pecah dan rosak sekali gus membuat ia tidak berbau seperti diinginkan. Teknik yang tepat adalah dengan hanya sentuh sedikit kawasan yang telah disembur bagi meratakan haruman tersebut.

Perfume tahan lama jika #3. Pakai lepas mandi

Kadangkala, ada individu yang akan menggunakan minyak wangi akibat tidak sempat untuk mandi selepas bangun tidur kononnya untuk menyorokkan bau badan yang kurang menyenangkan.

Pun begitu, ketahuilah bahawa haruman perfume yang bercampur dengan bauan asli tubuh badan hanya akan mendatangkan aroma tidak sedap. Disebabkan itu, jangan pula lupa atau sengaja tidak mandi sebelum menyemburkan minyak wangi agar lebih berkesan.

Baca lagi artikel berkaitan:

#4. Gunakan di atas produk pencuci & pelembap

Sebelum semburkan minyak wangi, jangan lupa untuk gunakan produk pencuci serta pelembap ya!

Alasannya, perfume mampu untuk berkesan dan bertahan lebih lama di atas permukaan kulit yang licin lagi lembap. Boleh juga jika digunakan pada kulit yang kering, cuma ia akan cepat hilang.

minyak wangi tahan lama

Perfume tahan lama jika #5. Sembur pada rambut

Ramai yang menyangka bahawa perfume hanya boleh digunakan pada kulit dan perlu dielakkan di kawasan seperti mata, mulut, hidung dan telinga. Namun, tiada larangan untuk rambut, bukan?

Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan minyak wangi pada rambut dengan kuantiti ideal. Cara yang paling bagus adalah menyemburkan haruman pada sikat kemudian sikat rambut seperti biasa agar wangian itu dapat diratakan dan disebarkan ke kulit kepala.

Petua minyak wangi tahan lama #6. Produk berkualiti

Akhir sekali, anda perlu kenal dan tahu produk minyak wangi tahan lama yang anda gunakan itu. Ya, ada banyak produk di pasaran yang dikatakan bagus tetapi mungkin itu hanya strategi iklan mereka.

Jadi, anda perlu bereksperimen dengan pelbagai jenis produk berkualiti dalam usaha menentukan mana yang terbaik untuk diri sendiri. Hasilnya, anda akan berjaya menemukan perfume terbaik.

Konklusinya, tidak sukar untuk buat perfume tahan lama dengan petua di atas. Jom mulakan hari ini!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Body Odor, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17865-body-odor, Accessed Sep 29 2022.
  2. These 5 tricks help your fragrance last longer…, https://perfumesociety.org/make-perfume-last-longer/, Accessed Sep 29 2022.
  3. How To Make Perfume Last Longer – 10 Easy & Practical Tips, https://bespotted.org/how-to-make-perfume-last-longer/, Accessed Sep 29 2022.
  4. Making fragrances last longer, https://www.acs.org/content/acs/en/pressroom/newsreleases/2018/march/making-fragrances-last-longer.html, Accessed Sep 29 2022.
  5. Have you ever wondered why some perfume last longer while others will just fade away?, https://www.pharmatutor.org/content/pharmapedia/have-you-ever-wondered-why-some-perfume-last-longer-while-others-will-just-fade-away, Accessed Sep 29 2022.

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Badan Kuat Berpeluh Sampai Berbau? Sila Elak Mengambil Makanan Jenis Ini!

Ini Rupanya Punca Sebenar Badan Berbau! No #5 Selalu Kita Buat Tanpa Sedar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan