backup og meta

Salah Cara Basuh Punca Warna Baju Asyik Luntur? Ini Kaedah Yang Betul Cuci Baju Berwarna!

Salah Cara Basuh Punca Warna Baju Asyik Luntur? Ini Kaedah Yang Betul Cuci Baju Berwarna!

Pernahkah anda mengalami situasi di mana pakaian kegemaran yang beraneka warna-warni itu mula pudar? Anda tidak keseorangan, semua orang pasti pernah menghadapi keadaan yang sama! Ikuti artikel ini untuk tahu cara menghilangkan luntur pada baju berwarna.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Sains di sebalik kelunturan warna pada pakaian

Pewarna adalah sejenis bahan yang boleh melekat dan memberi warna kepada sesuatu benda atau objek termasuk fabrik. Kebiasaannya, warna akan diberi pada pakaian untuk tampak menarik.

Walaupun ia diciptakan untuk kekal pada pakaian dalam tempoh masa yang lama, namun warna mungkin masih boleh luntur atau pudar disebabkan faktor risiko tertentu termasuk pada pakaian putih.

Dalam kes fabrik berwarna putih, warnanya mungkin akan berubah menjadi kekelabuan, kebiruan, kekuningan dan lain-lain. Bagi pakaian yang berwarna-warni pula, ia akan tampak seakan tidak sekata.

cara menghilangkan luntur pada baju berwarna

Sebenarnya, kelunturan warna pada baju itu boleh terjadi akibat agen pencuci ketika mencuci baju sama ada dengan tangan atau mesin basuh. Ini termasuk sabun pencuci, pelembut, peluntur atau angkara alat dan air yang digunakan ketika membasuh baju.

Apabila salah kaedah ketika cucian, warna pada pakaian boleh ‘turun’ lantas menyebabkan muncul tompok warna lain pada fabrik. Jadi, bagaimana cara menghilangkan luntur pada baju berwarna?

Baca lagi artikel berkaitan:

Cara menghilangkan luntur pada baju berwarna

Kebiasaannya, individu cenderung untuk tidak lagi memakai bahkan membuang sahaja baju yang sudah pudar warnanya. Jangan ulang lagi, ini cara menghilangkan luntur pada baju berwarna anda:

#1. Produk khusus untuk mengembalikan warna baju

Di pasaran kini, telah wujud banyak produk yang diformulakan khas untuk mengembalikan warna baju yang kian luntur. Sila baca label untuk lihat kandungan dan tujuan produk untuk lebih pasti.

Cara penggunaannya juga amat mudah iaitu hanya dengan menggunakan produk ini sebagai ganti sabun pencuci sedia ada. Menariknya, ia boleh digunakan untuk cucian tangan serta mesin basuh.

cara menghilangkan luntur pada baju berwarna

Cara mengelakkan luntur pada baju berwarna #2. Alkohol

Jangan ingat alkohol itu hanya boleh dijadikan minuman sahaja. Untuk pengetahuan anda semua, cecair alkohol tidak kira daripada apa sumber, mungkin mampu meratakan warna pada baju.

Anda hanya perlu menitiskan cecair ini pada kawasan pakaian yang pudar warna itu sehingga baju nampak rata semula. Kemudian, cuci ia kembali untuk menanggalkan kesan alkohol tersebut.

Cara mengelakkan luntur pada baju berwarna #3. Cuka

Mungkin ramai yang sudah tahu cuka boleh digunakan pada permukaan seperti lantai dan dinding yang kotor agar kembali bersih. Ajaibnya, ia juga mungkin mampu mengembalikan warna baju.

Tidak perlu menyapu dan menyental, anda cuma perlu rendamkan pakaian ke dalam baldi atau besen dengan baju yang hilang warna bersama sabun dan garam. Kemudian, biar 15 ke 30 minit.

#4. Larutan air buah yang mengandungi bahan asid

Buat anda yang mungkin belum tahu, wujud banyak jenis buah bersifat asidik dan majoritinya berasal daripada keluarga buah sitrus seperti anggur, oren, lemon, limau, kiwi dan macam-macam lagi.

Larutan air dari buah tadi mengandungi bahan asid yang boleh jadi salah satu cara menghilangkan luntur pada baju berwarna. Caranya, hanya kisar dan ambil ekstraknya. Kemudian, individu hanya perlu merendamkan pakaian ke dalam larutan ini dan lihat hasilnya.

Cara menghilangkan luntur pada baju berwarna #5. Baking soda

cara menghilangkan luntur pada baju berwarna

Cara seterusnya juga hanya memerlukan bahan di dapur yakni baking soda atau serbuk penaik. Ia boleh diletakkan pada warna baju yang pudar dan direndamkan seketika sebelum dibasuh semula.

Setelah ia melekat pada kawasan pakaian yang terjejas, anda hanya perlu cungkil ia keluar dengan kuku. Kemudian, bersihkan baju anda semula dengan menggunakan air dan sabun seperti biasa.

Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat!

Pun begitu, petua-petua yang telah kami nyatakan di atas tadi mungkin kurang atau tidak berhasil bergantung kepada jenis fabrik dan cara anda melaksanakannya. Ia mungkin perlu lebih masa dan usaha untuk pakaian yang pudar warna itu kembali seperti sedia kala.

Jadi, adalah lebih baik jika anda mencegah ia daripada menjadi luntur warna dari peringkat awal lagi. Baju boleh pudar warnanya akibat salah cara cucian, maka anda perlu kaji dan ubah kaedah sekarang!

Antara tip yang boleh kami berikan adalah elakkan mencuci baju pada kuantiti yang amat banyak selain asingkan pakaian putih dengan yang berwarna. Cubalah!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Laundering Problems & Solutions, https://www.cleaninginstitute.org/cleaning-tips/clothes/laundering-problems-solutions, Accessed Aug 11 2022.
  2. FAQs on Common Laundry Stain Removal, https://www.findalaundry.org/stain-removal/, Accessed Aug 11 2022.
  3. The Ultimate Stain-Removal Guide, https://www.consumerreports.org/cleaning/ultimate-stain-removal-guide/, Accessed Aug 11 2022.
  4. How Do I Get This Out? Your Guide To Stain Removal, https://www.npr.org/2019/12/17/789172148/how-do-i-get-this-out-your-guide-to-stain-removal, Accessed Aug 11 2022.
  5. DIY Solutions for Your Toughest Laundry Stains, https://www.ewg.org/news-insights/news/diy-solutions-your-toughest-laundry-stains, Accessed Aug 11 2022.

Versi Terbaru

12/06/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Buat 9 Langkah Ini Kalau Tak Nak Baju Berbau Hapak Selepas Dibasuh!

Gemar Pakai Pewangi Baju Selepas Cucian? Ini Risiko Tersembunyi Anda Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan