backup og meta

Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

Pernah terfikir tak kenapa anda ada bulu kemaluan? Rasa macam tiada fungsi bulu kemaluan ini, bukan? Namun sebenarnya, rambut pada bahagian sulit ada manfaat kesihatan tersendiri.

Kepentingan dan fungsi bulu kemaluan

Terkejut? Tetapi itulah hakikatnya, bulu yang tumbuh pada bahagian intim mempunyai fungsi dan kepentingannya yang tersendiri. 

Berikut 7 manfaat kesihatan berkaitan fungsi bulu kemaluan yang perlu anda tahu:

  1. Fungsi bulu kemaluan – Kurangkan geseran

Kulit pada bahagian kemaluan adalah sensitif. Jadi manfaat kesihatan kewujudan rambut pada bahagian tersebut akan bertindak sebagai pelindung. 

Ia membantu mengurangkan geseran ketika hubungan seks atau aktiviti lain berlaku. 

Bulu tersebut juga dapat membantu mengekalkan kehangatan pada bahagian sulit anda. 1 faktor penting dalam meningkatkan rasa keghairahan seksual.

  1. Perlindungan bakteria dan pantogen

Bulu kemaluan juga mempunyai fungsi seperti bulu mata atau bulu dalam lubang hidung anda. 

Ia memerangkap kotoran atau sebarang mikroorganisma berpotensi mendatangkan bahaya.

Selain itu, folikel rambut dalam menghasilkan sebum (minyak) dapat menghalang bakteria daripada membiak.

  1. Isyarat sistem pembiakan

Bulu kemaluan biasanya akan muncul apabila anda mencapai akil baligh.

Ini secara tidak langsung adalah sebagai petunjuk fizikal tahap kematangan seksual yang jelas dan wujud peluang untuk persenyawaan atau kehamilan berlaku.

  1. Fungsi bulu kemaluan – Feromon 

Walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun ada teori yang mengaitkan fungsi bulu kemaluan dengan penularan feromon. 

Feromon adalah rembesan kimia yang membawa bau yang mempengaruhi emosi atau tingkah laku individu. 

fungsi bulu kemaluan

Feromon dirembeskan melalui kelenjar peluh apokrin dan kemaluan antara bahagian badan mempunyai kelenjar ini dalam jumlah yang banyak.

Jadi mungkin secara tidak langsung, kehadiran rambut pada alat sulit meningkatkan daya tarikan pasangan ketika aktiviti seksual.

  1. Pelincir semula jadi

Selain menawarkan manfaat kesihatan sebagai pelindung daripada kerengsaan ketika hubungan seksual, bulu kemaluan juga bertindak sebagai pelincir seks semula jadi.

Ia bertanggungjawab mengekalkan kelembapan pada alat kelamin, di samping mengurangkan pendedahan kepada jangkitan yis serta kemerahan kulit akibat gosokan atau geseran kuat.

  1. Fungsi bulu kemaluan – Mengawal suhu badan

Folikel rambut akan membantu badan mengeluarkan peluh dengan lebih baik. Ia mengeluarkan minyak yang akan dibawa ke bahagian permukaan kulit.

Semasa penyejatan, minyak ini akan membantu untuk menyejukkan kulit kesan daripada haba panas daripada dalam badan. 

  1. Cegah ketuat kelamin

Mencukur bulu pada badan boleh menyebabkan risiko timbulnya ketuat kelamin. Ketuat adalah ketulan yang muncul pada bahagian kemaluan. 

Bagi wanita, ketuat kelamin boleh muncul pada bahagian sekitar vulva, faraj dan serviks dubur. Manakala bagi lelaki, ketuat ini terjadi pada kawasan zakar, skrotum atau dubur.

Saiz ketuat boleh menjadi besar, kecil, rata atau benjolan. 

Sememangnya, bulu pada kemaluan tidak menawarkan pencegahan daripada ketuat secara total, tetapi ia membantu mengelakkan sentuhan kulit ke kulit pada individu dengan ketuat.

Perlu ke mencukur bulu kemaluan?

Sesetengah individu berasakan perlu untuk mencukur bulu pada bahagian alat sulit disebabkan faktor kebersihan.

Ada pula yang lebih selesa untuk membiarkannya.

Jadi adakah terdapat sebarang manfaat kesihatan jika anda memilih untuk membuang rambut pada bahagian tersebut?

Umumnya, tidak terdapat sebarang alasan perubatan atau kebersihan berkaitan membuang sebahagian atau semua rambut pada kemaluan. 

Namun, jika dilakukan dengan cara yang tidak betul, proses mencukur bulu alat sulit boleh mengakibatkan banyak kesan sampingan, seperti:

  • Timbul rasa gatal pada kemaluan dan ia boleh menjadi teruk
  • Luka terbakar pada alat sulit kesan waxing
  • Kulit melecet atau luka semasa bercukur atau waxing
  • Ruam atau rambut tumbuh ke dalam
  • Jangkitan bakteria
  • Peningkatan risiko jangkitan penyakit kelamin (STD) berpunca daripada keadaan kulit yang lebih sensitif kesan daripada luka
  • Masalah dermatitis kesan produk pencukuran

Lakukan proses pencukuran dengan selamat

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kecederaan atau jangkitan semasa dan selepas membersihkan bahagian alat sulit anda.

fungsi bulu kemaluan

Caranya: 

  1. Anda disarankan untuk mandi atau sekurang-kurangnya membersihkan bahagian alat sulit terlebih dahulu. Ia boleh mencegah penularan bakteria.
  2. Cuci dan lakukan infeksi pada pisau cukur atau gunting yang akan digunakan. Tukar pisau pencukur secara berkala. Elakkan daripada gunakan gunting yang sama untuk memotong benda lain.
  3. Gunakan cermin tangan, ia membolehkan anda untuk melihat apa yang anda lakukan. Mulakan proses pencukuran atau memotong bulu kemaluan secara perlahan-lahan. 
  4. Pastikan kulit bahagian kemaluan dalam keadaan lembap. Sebaiknya ia bersabun atau berbuih. Ia boleh membantu melicinkan proses pencukuran. 
  5. Untuk elakkan kerengsaan, cukur atau potong bulu arah ia tumbuh.
  6. Selesai mencukur bulu, jangan lupa untuk meletakkan pelembap. Ia membantu mengurangkan kerengsaan pada kulit dan mengelakkan kekeringan.
  7. Sebaiknya pakai seluar dalam yang longgar dan tidak terlalu ketat setelah bercukur. 
  8. Lakukan pengelupasan kulit alat sulit secara berkala. Ia dapat menghilangkan sel kulit mati.

Hak individu

Sama ada untuk memotong bulu kemaluan atau tidak, ia adalah hak peribadi anda. Ia bergantung kepada keselesaan anda. 

Mungkin tekanan sosial rakan sebaya, pasangan atau media akan mempengaruhi keputusan anda. Namun pada akhirnya ia adalah hak anda untuk memutuskannya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pubic hair removal. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/pubic-hair-removal/faq-20455693/ Accessed on June 11, 2020
  2. Pubic hair removal. https://sti.bmj.com/content/93/3/162/ Accessed on June 11, 2020
  3. To shave or not to shave. https://www.jsm.jsexmed.org/article/S1743-6095(19)31116-6/fulltext/ Accessed on June 11, 2020
  4. Removing pubic hair. https://youngmenshealthsite.org/guides/removing-pubic-hair/ Accessed on June 11, 2020
  5. Health benefits of pubic hair. https://blackdoctor.org/health-benefits-of-pubic-hair/ Accessed on June 11, 2020 

Versi Terbaru

13/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bagaimana Gangguan Bipolar Boleh Menjejaskan Aktiviti Seks Saya?

Tidak Perlu Penetrasi, 4 Teknik Bergesel Ini Sudah MAMPU Buat Si Dia Rasa Nikmat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan