backup og meta

Boleh Ke Pakai Bra Banyak Kali Tanpa Cuci? Ladies, Ini Jawapannya

Boleh Ke Pakai Bra Banyak Kali Tanpa Cuci? Ladies, Ini Jawapannya

Mengaku sahajalah.. Kita, terutamanya kaum Hawa mempunyai cara tersendiri apabila membabitkan cucian baju dalam, kan?

Mesti ada antara kalian yang memakai baju dalam yang sama beberapa kali sebelum mencucinya, bukan? Ini tidak termasuk sports bra ya, itu wajib dibasuh setiap kali pemakaian!

Sekarang, kita fokus kepada bra biasa yang dipakai setiap hari. Bra yang kadangkala tidak terus dibasuh usai pemakaian, malah ada juga yang mencium bau dahulu dan jika tidak busuk, digantung saja untuk dipakai keesokannya.

Ya, senario ini adalah normal dan dilakukan oleh ramai wanita. Tetapi, pernahkah terlintas di fikiran anda, selamatkah memakai bra berulang kali sebelum dicuci? Adakah terdapat sebarang risiko berbahaya?

Jika anda pernah terfikir akan persoalan ini, inilah artikel yang tepat buat kalian. Jom baca dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat sila dapatkannya di sini.

Bolehkah memakai baju dalam berulang kali tanpa cuci?

Baju dalam, coli, bra atau apa sahaja istilah yang anda selesa sebut, sebenarnya tidak perlu dicuci setiap hari, kecuali jika anda seorang yang kuat berpeluh!

Pun begitu, anda juga perlu mengambil kira cuaca, tempoh masa dan tahap aktiviti yang dilakukan semasa memakai bra tersebut.

Ini kerana kombinasi antara baju dalam yang kotor dan payudara berpeluh mampu menyebabkan kerengsaan dan ruam pada kulit.

Selain itu, apabila anda memakai bra yang sudah dicemari kekotoran berulang kali, ini menggalakkan pengumpulan bakteria, kesan peluh serta minyak.

Dalam erti kata mudah, jika anda berpeluh, aktif dan berada di tempat bersuhu panas, disarankan agar dicuci sahaja baju dalam yang dipakai.

Tetapi, sekiranya anda mengunjungi tempat yang sejuk malah anda juga tidak banyak berpeluh, bra itu boleh dipakai semula beberapa kali.

Lain pula ceritanya bagi sports bra yang dipakai saat kita bersenam atau melakukan aktiviti fizikal, ia perlu dibasuh setiap kali pemakaian kerana sudah terdedah dengan peluh dan minyak.

Cara mencuci baju dalam dengan betul

  • Cuci menggunakan mesin basuh

Sekiranya anda tidak pernah diajar cara mencuci pakaian dalam dengan betul, ada kemungkinan anda hanya mencampakkan bra ke dalam mesin basuh bersama pakaian lain bukan?

Langkah pertama untuk menjaga bra kalian dengan betul, berhenti melakukannya!

Sekiranya anda hendak mencuci bra menggunakan mesin basuh, mulakan dengan melipat bra anda dan kemudian meletakkannya di dalam beg basuh pakaian dalam (mesh laundry bag) yang banyak dijual di pasaran.

baju dalam

Ini bertujuan untuk melindungi tali bra daripada meregang dan mencegah cangkuknya daripada menarik kain serta baju lain di dalam mesin basuh.

Setelah coli anda dimasukkan ke dalam beg basuh pakaian dalam, pastikan anda menggunakan tetapan delicates pada mesin basuh, jika ada.

Usai dicuci, keluarkan bra dan keringkan dengan udara. Peringatan! Jangan masukkan ke dalam pengering, kerana suhu panasnya boleh merosakkan elemen elastik dan menyebabkannya hilang dari masa ke masa.

Cara terbaik untuk mengeringkan coli anda adalah dengan meletakkannya di permukaan rata atau menggantungnya pada tali atau ampaian baju.

  • Cuci menggunakan tangan

Ya, jika anda kekurangan masa dan sedang rushing, baju dalam boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.

Namun, cuci menggunakan tangan adalah lebih bagus kerana ia dapat mengekalkan kualiti bra bagi jangka masa lama.

Untuk mencuci bra dengan tangan, anda memerlukan bekas yang besar seperti sinki atau baldi yang boleh digunakan untuk merendam bra di dalam air.

Kemudian, isi bekas dengan air suam (tidak panas) dan tuangkan sedikit sabun baju.

Gosok bra dengan lembut sedikit demi sedikit untuk memastikan ia dibasahi air dan sabun, lalu rendamkan sebentar sekitar 10 ke 15 minit.

Selesai merendam, buangkan air dan isi kembali bekas dengan air baharu yang bersih.

Gosok sedikit coli untuk mengeluarkan sisa sabun yang melekat, tapi pastikan untuk tidak memerah dengan terlalu kuat kerana risau boleh menjejaskan kualiti bra tersebut.

Setelah semua kesan sabun dicuci, buangkan air lebihan dan jemur di tempat yang bersesuaian.

Tip untuk ‘memanjangkan jangka hayat’ bra

baju dalam

Kunci utama dalam memastikan kualiti bra yang ‘sihat’ adalah menyeimbangkan penjagaan kain dengan menyingkirkan kesan minyak, peluh dan sel kulit.

Ini kerana sel-sel kulit mati, minyak dan peluh yang terperangkap di bawah coli anda mampu membiakkan bakteria dan kulat.

Tidak cukup itu, cuci juga mampu menghilangkan kesan stains dan bau pada bra serta mengelakkan risiko berlakunya kerengsaan kulit, ruam atau jangkitan kulit akibat kulat bakteria.

Namun, terlalu kerap mencuci bra pula boleh menjejaskan kualiti kainnya.

Tapi usah risau, selain cara di atas, beberapa tip ini juga membantu dalam mengekalkan kualiti coli anda, antaranya:

  • Ketatkan tali bra sebelum mencuci, agar tidak berbelit dengan pakaian lain
  • Gunakan kitaran mesin basuh yang paling lembut dengan air sejuk untuk mengelakkan penimbunan dan mengekalkan elasticity
  • Jangan masukkan ke dalam pengering! Faktor suhu panas dan getaran akan merosakkan dan mengurangkan keregangan bra anda
  • Setelah dikeringkan, simpan secara rata. Melipat atau menindih cup antara satu sama lain mampu menjejaskan bentuk coli secara kekal

Kesimpulannya, anda perlu tahu cara mencuci baju dalam yang betul, bukan sahaja untuk keselesaan tubuh anda sepanjang hari, bahkan juga untuk kesihatan kulit anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How often do you really need to wash your bras. https://health.clevelandclinic.org/how-often-do-you-really-need-to-wash-your-bras/Accessed Dec 8, 2020.
  2. Do I need wash. https://www.cleaninginstitute.org/cleaning-tips/clothes/laundry-basics/do-i-need-wash#:~:text=/Accessed Dec 8, 2020.
  3. How often should you wash your bra. https://blackdoctor.org/how-often-should-you-wash-your-bra/Accessed Dec 8, 2020.
  4. Why do girls wear bra. http://www.why.do/why-do-girls-wear-bra/ Accessed Dec 8, 2020.
  5. Bra fitting why getting professionally measured is important. https://style.nine.com.au/latest/bra-fitting-why-getting-professionally-measured-is-important/9a81e613-f3f9-488f-8902-9a1237aafd71/Accessed Dec 8, 2020.

Versi Terbaru

06/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

TAK SANGKA Mesin Basuh Di Rumah Mungkin Juga ‘Rumah’ Untuk Organisma Lain!

Badan Naik Ruam Akibat Cahaya Matahari? Ini Sebab Alahan Ataupun Memang Puteri Lilin?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan