backup og meta

Mahu Berhenti Merokok Maka Hisap Shisha Sebagai Alternatif? Kena Tahu Bahayanya Dulu!

Mahu Berhenti Merokok Maka Hisap Shisha Sebagai Alternatif? Kena Tahu Bahayanya Dulu!

Merokok adalah satu tabiat yang tidak sihat tidak kira sama ada kalian menghisap jenis tradisional yakni tembakau atupun elektronik iaitu vape dan pod. Dalam erti kata yang lebih mudah, apa-apa sahaja tabiat yang memerlukan anda ‘berasap’ adalah berbahaya terhadap kesihatan termasuklah shisha. Persoalannya, apa itu shisha dan apa kesan hisap shisha terhadap kesihatan tubuh badan?

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut tentangnya!

Rokok, banyak jenis yang sama bahayanya!

Walaupun kita semua sudah didedahkan bahawa rokok adalah antara perkara yang perlu dielak untuk menjaga tahap kesihatan tubuh badan, namun masih ramai yang tidak mengendahkannya.

Mungkin tabiat merokok sudah tidak mampu dibuang lagi akibat daripada keperluan atau ketagihan tubuh badan penghisap tegar terhadap nikotin yang ada di dalam rokok.

Pun begitu, ketahuilah bahawa rokok sama ada dalam bentuk tradisional atau elektronik memang akan membawa bahaya terhadap kesihatan tubuh badan!

perokok pasif

Bahaya rokok tradisional

Ada individu terutamanya penghisap tembakau tegar yang beranggapan bahawa menghisap hanya sebatang rokok tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.

Ini tidak benar! Tahukah anda bahawa kesan merokok tetap sama meskipun mengambil sedikit atau banyak tembakau?

Menurut kajian, didapati bahawa fungsi paru-paru bagi perokok tegar yang menghisap sekitar 30 batang rokok sehari menurun 11.24 ml setahun lebih berbanding individu yang tidak merokok.

Manakala individu perokok ringan yang hanya merokok dalam anggaran kurang daripada 5 batang rokok sehari pula menunjukkan penurunan fungsi paru-paru pada kadar 7.65 ml setahun.

Ini menunjukkan bahawa bahaya rokok tradisional masih lebih kurang sama tidak kira berapa batang rokok yang kalian hisap dalam masa sehari.

Bahaya rokok elektronik

Ingin berhenti merokok? Hisaplah vape atau pod!

Ini adalah kepercayaan yang tidak harus kalian ikuti dan amalkan kerana terdapat lebih daripada 40 jenis bahan kimia di dalam perisa rokok elektronik yang telah dikenal pasti.

Sesetengah daripadanya adalah sangat berbahaya kepada tubuh badan dan berupaya untuk dilepaskan ke udara sekeliling (risiko perokok pasif).

Antara 5 bahan kimia yang mampu meningkatkan kadar kematian tersebut adalah Benzena, Toluena, Plumbum, Asetaldehid dan N-Nitrosonornicktina (NNN).

Pendek kata, tidak jauh beza bahaya rokok tradisional dengan rokok elektronik! Namun, bagaimana pula dengan shisha?

Apa itu shisha?

shisha

Setiap kali berbicara mengenai shisha, sudah pasti kita akan terbayang sekumpulan anak muda yang melepak di kedai makan sambil menghisap sebuah tabung yang mengeluarkan asap.

Untuk pengetahuan anda, shisha merujuk kepada tabiat menghisap tembakau berperisa menggunakan peralatan paip air.

Ia adalah satu kaedah alternatif untuk menghisap tembakau dan merupakan satu tradisi simbolik dalam kalangan budaya tertentu.

Shisha terdiri daripada mangkuk, badan, hos dan gromet serta menggunakan tembakau yang direndam dalam pekatan perisa tertentu.

Tembakau ini akan diletakkan dalam mangkuk yang ditutup dengan kerajang aluminium berlubang dan dibakar menggunakan arang panas.

Asap yang terhasil akan disalurkan ke dalam air dan wap air tersebut akan dihisap menggunakan hos.

Seperti tidak berbahaya sahaja, kan? Nnamun, fikirkan semula sebelum mula hisap! Teruskan pembacaan anda!

Kesan hisap shisha terhadap kesihatan!

Ramai orang akan beranggapan bahawa shisha adalah alternatif merokok yang jauh lebih baik berbanding rokok tradisional atau rokok elektronik.

Sebenarnya, ia tidak tepat kerana shisha tetap mengandungi nikotin yang akan menyebabkan ketagihan selain banyak mempunyai bahan kimia lain.

Berikut adalah antara kesan hisap shisha terhadap kesihatan:

#1. Ketagihan

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, ia mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan selepas beberapa sesi sedutan shisha.

Satu sesi yang mengambil masa kira-kira 1 jam adalah bersamaan dengan jumlah nikotin yang terdapat di dalam satu kotak rokok.

#2. Keracunan

Selain itu, shisha juga mungkin akan mengakibatkan berlakunya keracunan karbon monoksida yang juga berbahaya terhadap tubuh badan.

Ia berpunca daripada pembakaran arang ketika sesi menghisap selain peralatannya seperti logam, besi dan lain-lain yang bersifat karsinogenik.

shisha

Kesan hisap shisha #3. Penyakit berjangkit

Sesi menghisap shisha pasti melibatkan ramai orang yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit berjangkit seperti tuberkulosis, hepatitis, herpes, aspergillus dan helikobakter.

Ini mungkin akibat daripada perkongsian alat penyedut shisha secara berkumpulan tersebut.

#4. Penyakit kronik lain

Selain penyakit berjangkit di atas tadi, ketahuilah bahawa kesan hisap shisha juga mungkin akan mengakibatkan pelbagai penyakit kronik lain.

Antaranya pulmonari obstruktif kronik, penyakit organ; paru-paru dan jantung serta boleh menjadi pencetus kanser.

Kesan hisap shisha #5. Risiko perokok pasif

Akhir sekali, ketahuilah bahawa menghisap shisha akan mengeluarkan kepulan asap yang terlalu banyak dan ia akan membahayakan perokok pasif di sekeliling.

Bahaya ini akan dialami oleh individu berdekatan terutamanya golongan yang mudah terjejas seperti bayi, kanak-kanak dan juga wanita hamil.

Anda masih fikir shisha itu lebih baik berbanding rokok tradisional atau rokok elektronik? Fikirkannya semula ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.cdc.gov/tobacco/data_statistics/fact_sheets/health_effects/effects_cig_smoking/index.ht
  2. https://e-cigarettes.surgeongeneral.gov/
  3. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/tobacco-and-cancer/is-any-type-of-smoking-safe.html
  4. http://www.myhealth.gov.my/en/shisha/
  5. http://taknak.myhealth.gov.my/shisha/

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Fenomena Vape Pod: Pilihan Berbahaya Generasi Muda Masa Kini!

Vape BUKAN Idea Bagus Sebagai Pengganti Rokok, Kes Kematian Evali Ini Antara Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan