Walaupun ia mungkin berlaku kepada diri sendiri, anda mungkin kurang pasti apa punca badan berbau bukan? Maka, jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
#1. Pertama, peluh dan stres
Terdapat dua jenis peluh; peluh termal – yang bertujuan untuk mengawal suhu badan.
Kelenjar peluh eccrine akan menghasilkan peluh untuk memenuhi keperluan ini, jenis peluh kedua adalah peluh emosi – dikaitkan dengan tekanan berlebihan dan kegelisahan yang menjadi penyebab kepada bau badan.
Berasal dari kelenjar apocrine – yang tertumpu kepada bahagian ketiak dan pangkal paha, dan bakteria kulit yang menghasilkan bau badan yang kurang menyenangkan berbanding peluh termal.
#2. Aktiviti harian yang kalian lakukan
Tidak kerap mandi, tidak memakai deadoran cenderung menyebabkan berlakunya masalah bau badan.
Untuk mengelakkan masalah ini, sebaiknya anda menjaga kebersihan badan dengan mandi dengan lebih kerap serta memakai deodoran.
Punca badan berbau #3. Makanan
Apa yang anda makan, mempunyai pengaruh besar kepada bau badan yang mungkin akan wujud.
Sesetengah makanan mungkin lebih sukar untuk dicerna dan mungkin menjadi makanan kepada bakteria penyebab bau badan.
Dalam sesetengah kes, bau badan muncul dalam peluh apabila badan tidak dapat memecahkan sebatian tertentu dalam makanan.
Antara makanan yang boleh menyebabkan bau badan adalah seperti bawang putih, bawang, gula dan makanan manis, minyak hidrogenasi – kerap ditemui dalam makanan ringan, pengambilan produk tenusu, telur, daging dan rempah secara berlebihan.
Punca badan berbau #4. Pakaian
Memakai pakaian yang kotor berulang kali juga boleh menyebabkan bau badan.
Malah, individu wanita yang kerap memakai pakaian dalam yang sama tanpa membasuhnya terlebih dahulu, juga cenderung menyebabkan bau badan.
Ini kerana pakaian dalam tidak dibuat dari bahan yang menyerap kelembapan – punca utama bakteria dan kulat membiak.
Sebaiknya pakai pakaian yang diperbuat dari bahan yang membenarkan pengaliran udara seperti kain kapas dan lain-lain.
#5. Beberapa kondisi perubatan yang tertentu
Masalah perubatan atau pengambilan ubatan tertentu juga boleh menjadi antara faktor yang menjadi punca kepada bau badan.
Keadaan perubatan yang melibatkan penyakit organ hati, diabetes, kegagalan buah pinggang boleh mengakibatkan berlakunya nafas berbau atau peluh.
Punca badan berbau #6. Alkohol
Selalunya alkohol akan dimetabolisme di dalam hati dan dikeluarkan dari badan melalui air kencing.
Tetapi pengambilan alkohol secara berlebihan daripada apa yang mampu diproses oleh hati, atau anda mungkin mengalami masalah berkaitan hati, ia akan dikeluarkan melalui nafas dan peluh – sekali gus menyebabkan bau badan yang kronik.
Untuk mengelakkan bau badan seperti alkohol, anda patut menghadkan pengambilannya.
#7. Genetik juga sebab kenapa badan berbau?
Masalah berkaitan genetik juga memainkan peranan dalam punca penyebab bau badan.
Individu dengan latar belakang etnik yang berbeza cenderung berpeluh dalam jumlah yang berbeza.
Sindrom mutasi genetik yang jarang berlaku – sindrom bau ikan – dikenali sebagai Trimethylamine, menyebabkan badan tidak mampu memecahkan sebatian berbau yang terdapat dalam ikan, sayuran cruciferous dan soya.
[embed-health-tool-bmi]