Tahukah Anda Sesuatu yang Jauh Lebih Kotor Berbanding Tempat Duduk Tandas?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Siapa sahaja yang tidak bersetuju jika kita semua mengatakan bahawa tandas adalah tempat yang kotor dan dipenuhi dengan pelbagai jenis bakteria. Bahkan, ramai individu yang akan mengelap atau meletakkan tisu tandas diatas permukaan tempat duduk tandas sebelum menggunakannya. Alasannya? Ia terlalu kotor untuk bersentuhan terus dengan kulit tubuh.

Tetapi pernahkah anda terfikir sesuatu yang jauh lebih kotor berbanding dengan tempat duduk tandas tersebut? Adakah anda terkejut sekiranya benda yang lebih kotor itu adalah sesuatu yang anda ‘peluk’ dan ‘belai’ setiap hari? Boleh bayangkan? Ketahuinya melalui penulisan ini.

Telefon bimbit lagi kotor daripada tempat duduk tandas

Satu kajian menyatakan bahawa, telefon bimbit atau telefon pintar anda adalah satu benda yang jauh lebih kotor yang mungkin tidak terlintas untuk difikirkan oleh kita. Bagaimana telefon bimbit ini boleh mengumpul sebegitu banyak kotoran berbanding tempat duduk tandas? Ia berpunca daripada tangan anda sendiri. Dengan kekerapan anda memegang telefon bimbit setiap masa dan setiap hari, adalah tidak mustahil untuk pelbagai mikroorganisma berpindah daripada tangan ke telefon bimbit anda. 

10 kali ganda lebih banyak

Tahukah anda sebanyak manakah mikroorganisma yang merayap diatas telefon anda? Kajian terbaharu telah menemukan sebanyak 17,000 salinan gen bakteria pada telefon bimbit milik pelajar-pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat. Para saintis di Universiti Arizona juga menyatakan bahawa, telefon bimbit memiliki 10 kali ganda bakteria berbanding kebanyakan tempat duduk tandas

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu berasa khuatir. Ini kerana kebanyakan mikroorganisma yang dijumpai berada pada telefon bimbit bukanlah sejenis patogen yang menyebabkan penyakit pada manusia. Kajian juga mendapati terdapat beberapa patogen lain pada telefon bimbit seperti E. coli, dan keberadaannya pada telefon tidak mejadikan anda jatuh sakit secara automatik. Pun begitu, anda perlu memastikan bahawa patogen ini tidak memasuki sistem tubuh badan anda.

Cara terbaik mengurangkan bakteria pada telefon bimbit

Pertama, elakkan daripada membawa masuk telefon bimbit bersama-sama anda ketika menggunakan tandas. Jirusan air di mangkuk tandas boleh menyebarkan kuman seperti E.coli pada telefon anda.

Kedua, cuci tangan anda selepas menggunakan tandas dan sebelum menyentuh telefon anda. Ini bagi memastikan bahawa anggota tubuh anda kekal bersih selepas menggunakan tandas. 

Ketiga, gunakan kain mikrofiber yang lembut untuk mengelap telefon bimbit anda. Anda juga boleh menggunakan alcohol swab untuk mencuci dan mengelap telefon bimbit anda untuk pembersihan secara mendalam. 

Amalkan penjagaan kebersihan diri yang tip top agar persekitaran anda kekal bersih dan bebas penyakit. Rajin-rajinlah mencuci telefon bimbit anda selepas anda membaca pendedahan ini. Adakah anda boleh membayangkan jika anda ‘memeluk’ atau ‘membelai mangkuk tandas di rumah anda? Itulah gambaran jika anda tidak mahu membersihkan telefon bimbit anda dengan kerap. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Peliknya, Ada Orang Alergik Pada Wi-fi? Betul Ke Atau Cuma Dibuat-Buat?

    Pernahkah anda dengar mengenai sekumpulan manusia yang pening kepala akibat wi-fi atau peralatan elektronik? Penyakit ini turut dikenali sebagai EHS.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Sistem Saraf & Otak 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu, Kalau Anak Demam, Jangan Pandai-pandai Bagi Antibiotik! Ada 17 Risiko Pada Si Manja

    Antibiotik adalah ubat yang sering dipreskripsikan oleh doktor untuk merawat jangkitan bakteria. Tahukah anda, ada 17 kesan sampingan ubat tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 12/11/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bawa Baby Baru Lahir Berjalan-Jalan, Selamat Ke Tidak Sepanjang Covid 19 Ini?

    Mommies mesti tak sabar nak bawa bayi keluar berjalan-jalan, kan? Tapi boleh ke bayi baru lahir dibawa berjalan? Ini yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Selera Nak Lepas Hajat Sebab Bilik Air Kuning & Kotor? Ini 5 Cara Untuk Bersihkannya!

    Siapa yang suka untuk membuang air jika tandas tersebut kuning dan kotor bukan? Tenang, ini cara bersihkan jamban yang kalian boleh praktikkan di rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bau mulut

    Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    telefon pintar

    Digelar Anti Sosial Sebab Asyik Dengan Telefon, Ini 5 Cara Ingin Atasi Ketagihan Telefon

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat kaki atlet

    Celah Jari Kaki Berkeruping & Gatal? Ini Petanda Kaki Makan Air, Cara Ubatinya Begini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    vulva bengkak

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan