backup og meta

Nak Sokong Produk Tempatan? Jom Cuba 7 Sabun Mandi Buatan Malaysia Ini!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Setiap individu mempunyai citarasa sendiri apabila membeli produk mandian untuk kegunaan harian. Selain aroma yang menyenangkan, pemilihan sabun mandi buatan Malaysia juga perlu disesuaikan dengan jenis kulit agar dapat memberikan manfaat terbaik.

Nak Sokong Produk Tempatan? Jom Cuba 7 Sabun Mandi Buatan Malaysia Ini!

Bukan sekadar membersihkan kotoran dan menyegarkan tubuh, sabun juga berperanan penting dalam membasmi kuman dan bakteria yang melekat pada kulit.

Oleh itu, menggunakan sabun mandi buatan Malaysia yang bersesuaian adalah langkah bijak untuk menjaga kebersihan dan kesihatan keluarga anda.

Pun begitu, sabun mana yang sesuai untuk jenis kulit anda?

Jangan risau! Kami telah menyenaraikan 7 sabun mandi antibakteria yang bukan sahaja membasmi kuman, tetapi juga menjaga kelembapan kulit anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Bagaimana cara untuk memilih sabun mandi antibakteria yang sesuai?

Sebelum membeli sabun mandi buatan Malaysia, pastikan sabun mandi pilihan anda memenuhi keperluan kulit dan kesihatan anda.

1. Good Virtues Co. 

2. Bath Garden Shower Gel

3. Tanamera Green Formulation Body Soap 

4. Shurah Mandian Wangi 

5. Nixoderm Antibacterial Shower Gel

6. Fruitale Fragrance Moisturing Body Wash

7. Follow Me Anti-bacterial Body Wash

Berikut adalah beberapa panduan untuk memilih sabun mandi yang terbaik:

1. Kenali jenis kulit anda

  • Kulit kering: Pilih sabun dengan pelembap tambahan seperti aloe vera atau minyak semula jadi
  • Kulit sensitif: Pilih sabun dengan bahan semula jadi dan bebas pewangi sintetik
  • Kulit berminyak: Pilih sabun dengan kandungan antibakteria yang mampu mengawal minyak berlebihan

2. Semak kandungan bahan sabun antibakteria

Pastikan sabun mengandungi bahan antibakteria yang selamat dan tidak merengsakan kulit. Elakkan bahan kimia keras seperti SLS dan paraben jika anda mempunyai kulit sensitif.

3. Pilih bauan sabun mandi antibakteria yang menyenangkan

Bau yang segar dan menenangkan boleh meningkatkan pengalaman mandi anda. Jika anda mudah alergi terhadap pewangi, pilih sabun tanpa wangian.

4. Periksa label dan sijil keselamatan

Pastikan produk yang dibeli mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

7 Sabun mandi buatan Malaysia yang boleh dicuba!

Terdapat banyak produk mandian di pasaran terkini yang menawarkan pelbagai manfaat, termasuk perlindungan anti-bakteria.

Dengan lambakan pilihan, penting untuk memilih sabun mandi yang bukan sahaja mampu membunuh kuman tetapi juga sesuai dengan jenis kulit dan keperluan harian anda.

Berikut adalah tujuh pilihan sabun mandi antibakteria buatan Malaysia yang boleh anda cuba untuk mendapatkan perlindungan menyeluruh daripada bakteria dan kuman berbahaya:

 Sabun mandi buatan Malaysia #1. Good Virtues Co.

Good Virtues Co. ialah sabun mandi yang membersihkan kulit dengan lembut sambil memberikan perlindungan anti-bakteria.

Diperkaya dengan minyak habbatus sauda untuk kelembapan semula jadi dan vitamin C untuk membantu mencerahkan serta menyegarkan kulit.

Dengan aroma lemon dan tembikai yang menyegarkan, sabun ini memberikan pengalaman mandi yang lebih relaks dan menyenangkan.

2. Bath Garden Shower Gel

Bath Garden pula mulai viral di TikTok dan diakui mempunyai reka bentuk menarik dan wangian yang memberi rasa spa di rumah.

Mereka telah mengeluarkan pelbagai jenis bauan dan siri yang boleh membuatkan anda rambang mata seperti bau coconut hibiscus, passion fizz, rose, tropical banana dan macam-macam lagi.

Jenama sabun mandi buatan Malaysia ini juga menggunakan bahan terbaik seperti hyaluronic acid dan niacinamide yang memastikan kulit anda sentiasa lembab, cerah dan lebih lembut.

3. Tanamera Green Formulation Body Soap 100g

Selain membantu melawan bau badan dan menyingkirkan sel kulit mati, penggunaan sabun ini secara berkala turut melembutkan dan melicinkan kulit.

Diperbuat daripada minyak sawit, beras, pulut, Andrographis, Gotu Kola, gliserin sayuran dan minyak cendana, herba semula jadi ini terkenal dengan sifat antiseptik yang membantu mengurangkan bau badan serta pertumbuhan bakteria pada kulit.

4. Shurah Mandian Wangi

Dengan harga yang lebih mesra bajet, sabun mandi buatan Malaysia ini bukan sekadar sabun mandi biasa, tetapi satu solusi lengkap untuk kulit yang lebih segar dan sihat.

Diperkaya dengan ekstrak Bunga Roselle, ia membantu melembapkan dan melembutkan kulit secara semula jadi.

Selain itu, kandungan antioksidan yang tinggi dalam bunga roselle bertindak sebagai perisai semula jadi untuk kulit, membantu melawan tanda-tanda penuaan dan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit.

5. Nixoderm Antibacterial Shower Gel

Nixoderm terkenal dengan produk penjagaan kulit dan kebersihan badan yang menekankan perlindungan antibakteria. Antibacterial Shower Gel daripada jenama ini sesuai untuk individu yang aktif dan mudah berpeluh. Tambahan pula sabun ini menggunakan farnesol, bahan yang membunuh 99.9% kuman!

Berita baiknya juga, jenama sabun mandi buatam Malaysia ini tiada kandungan paraben, pewarna alkohol, triclosan, silikon dan SLS. Anda boleh memilih 5 jenis bauan sabun iaitu rose, cherry blossom, lavender, lemongrass dan pink guava. 

6. Fruitale Fragrance Moisturising Body Wash 

Bagi pencinta sabun dengan haruman manis dan menyenangkan, Fruitale Fragrance Body Wash ini antara jenama sabun mandi buatan Malaysia yang anda perlu cuba!

Fruitale mempunyai 7 jenis sabun buah-buahan yang segar dan tahan lama, membuatkan kulit rasa lembut dan sesuai untuk kegunaan seharian.

Produk mandian ini juga dirumus khas untuk memberikan perlindungan antibakteria 99.9%, memastikan kulit kekal bersih dan segar sepanjang hari.

7. Follow Me Anti-Bacterial Body Wash, salah satu sabun antibakteria

Diperkaya dengan menthol, ia memberikan sensasi sejuk yang menyegarkan, sesuai untuk mereka yang ingin merasa lebih segar selepas seharian berpeluh.

Selain itu, kandungan Aloe Vera dan vitamin E membantu melembapkan kulit, menjadikannya lebih lembut dan tidak kering walaupun digunakan setiap hari.

Kesimpulan

Menjaga kebersihan keluarga bermula dengan memilih sabun mandi anti-bakteria yang tepat. Dengan menggunakan sabun mandi buatan Malaysia yang telah terbukti berkesan, anda bukan sahaja dapat membersihkan tubuh, tetapi juga melindungi ahli keluarga daripada bakteria berbahaya.
Dapatkan pilihan terbaik anda hari ini dan nikmati perlindungan yang lebih menyeluruh!

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Choose Safer Personal Care Products: Tips for Families. https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/all-around/Pages/How-to-Choose-Safer-Personal-Care-Products.aspx. Diakses Februari 27, 2025.

The Best Soap Products for Hidradenitis Suppurativa. https://health.clevelandclinic.org/best-soap-for-hidradenitis-suppurativa. Diakses Februari 27, 2025.

Smarter: Should You Use Bar Soap or Body Wash? https://www.consumerreports.org/health/personal-care/smarter-should-you-use-bar-soap-or-body-wash-a9298499866/. Diakses Februari 27, 2025.

What Is My Skin Type and Why Does It Matter? https://health.clevelandclinic.org/understanding-skin-types. Diakses Februari 27, 2025.

Smarter: Should You Use Bar Soap or Body Wash? https://www.consumerreports.org/health/personal-care/smarter-should-you-use-bar-soap-or-body-wash-a9298499866/. Diakses Februari 27, 2025.

Versi Terbaru

13/05/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

Teknik Mudah Didik Anak Jaga Kebersihan Diri


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan