Tahap Demensia Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Demensia atau nyanyuk bukanlah satu penyakit. Ia adalah kemerosotan dalam fungsi kognitif yang menjejaskan ingatan, cara berfikir, berbahasa, tingkah laku dan membuat keputusan. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh pelbagai penyakit atau kecederaan. Terdapat dementia yang boleh dirawat dan ada sesetengah pakar mengehadkan demensia sebagai kemerosotan mental yang tidak dapat dipulihkan. Sesetengah demensia adalah progresif, ini bermakna situasi ini akan semakin teruk dari masa ke masa. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut dengan fasa dan tahap demensia.

Apakah tahap demensia?

Peningkatan demensia adalah berbeza bagi setiap individu dan bergantung kepada kawasan otak yang terjejas. Kebanyakan individu mengalami simptom yang mempunyai kaitan seperti penyakit Alzheimer.

Tahap 1 – tiada kemerosotan kognitif

Tiada kerosakan. Pada peringkat ini, tidak ada tanda atau simptom demensia yang jelas dan individu dapat berfungsi secara normal; tiada kehilangan memori dan mental berada pada tahap sihat. Individu tanpa demensia dianggap sebagai berada pada Tahap 1.

Tahap 2 – kemerosotan kognitif sangat kecil

Menggambarkan kelalaian biasa yang berkaitan dengan penuaan seperti melupakan nama-nama dan di mana objek biasa ditinggalkan. Simptom ini sukar untuk kenal pasti oleh ahli keluarga atau doktor. Anda berkemungkinan dapat mengesan perubahan pada tingkah laku, tetapi individu terbabit masih mampu untuk berdikari.

Tahap 3 – kemerosotan kognitif kecil

Akan kerap berlaku kecederaan, berdepan kesulitan untuk menumpukan perhatian, dan menjejaskan prestasi pekerjaan. Individu yang berada pada tahap ini akan berdepan kesukaran mencari perkataan yang betul.

Ahli keluarga akan mula menyedari kemerosotan kognitif yang dihadapi, dari aspek cara berfikir, berdepan masalah untuk membuat perancangan, kerap mengulangi banyak perkara dan sukar untuk mengingati sesuatu peristiwa walaupun ia baru berlaku.

Simptom umum demensia pada tahap ini, adalah seperti:

  • Kerap terlupa dan kehilangan memori
  • Kerap mengulangi sesuatu perkara
  • Kehilangan objek tanpa mampu menjejakinya kembali
  • Alami sedikit kesukaran untuk menguruskan kewangan
  • Kekeliruan ketika memandu
  • Kesukaran menguruskan ubatan
  • Hilang tumpuan

Namun, ia tidak menjejaskan rutin harian seperti bangun, berjalan ke bilik air, berpakaian dan sebagainya tanpa sebarang masalah.

Tahap 4 – kemerosotan kognitif sederhana

Individu pada tahap ini akan mempunyai masalah untuk membuat perancangan, mengingati peristiwa yang baru terjadi, tidak mampu menumpukan perhatian atau sukar untuk pergi sendirian ke lokasi baru.

Mereka juga mengalami kesukaran untuk menyelesaikan tugasan secara efisyen atau tepat dan berkemungkinan besar, mereka akan menafikan simptom yang dihadapi. Mereka akan mula mengasingkan diri daripada keluarga atau rakan kerana merasakan kesukaran untuk bersosial.

Simptom umum demensia pada tahap ini, adalah seperti: 

  • Masalah menahan air kencing (incontinence)
  • Peningkatan dalam kehilangan memori dan kelalaian
  • Ketidakupayaan untuk mengguna atau mencari perkataan dan frasa yang tepat
  • Kesukaran untuk melakukan latihan matematik yang mencabar
  • Semakin mengasingkan diri dari keluarga, rakan dan komuniti

Pada peringkat ini, doktor mungkin dapat mengesan masalah kognitif yang jelas semasa temu duga dan pemeriksaan ke atas pesakit. Pesakit mungkin alami masalah untuk melakukan tugasan rutin seperti yang sering dilakukan seperti memasak, mencuci pakaian, menggunakan telefon.

Tahap 5 – kemerosotan kognitif berat

Pada tahap ini, memori berkaitan perkara penting semakin berkurangan dan memerlukan bantuan untuk menyelesaikan aktiviti rutin harian seperti berpakaian, mandi, menyediakan makanan dan lain-lain.

Masalah ingatan yang semakin merosot ini juga semakin menonjol apabila individu terbabit tidak dapat mengingati alamat atau nombor telefon mereka, tidak tahu hari atau di mana mereka berada.

Simptom umum demensia pada tahap ini, adalah seperti:

  • Peningkatan masalah ingatan, tidak dapat mengingati alamat rumah, nombor telefon, atau butiran peribadi
  • Kekeliruan mengenai lokasi atau rantaian peristiwa
  • Perlukan bantuan dalam melakukan tugasan harian, seperti memilih pakaian yang hendak dipakai

Tahap 6 – kemerosotan kognitif teruk (demensia pertengahan)

Pada tahap 6, individu terbabit memerlukan bantuan bagi setiap tugasan harian. Mereka mula melupakan nama ahli keluarga rapat, pasangan, dan hanya mempunyai ingatan yang sedikit tentang peristiwa yang baru berlaku. Kebanyakan pesakit hanya mengingati sedikit tentang kehidupan masa lalu.

Menghadapi kesukaran untuk mengira dan menyelesaikan tugasan, keupayaan bertutur semakin menurun, perubahan personaliti dan emosi seperti gemar berkhayal; mula mempercayai sesuatu yang tidak benar.

Simptom umum demensia pada tahap ini, adalah seperti:

  • Masalah menahan air kencing yang kronik (incontinence)
  • Suka berjalan dan mudah hilang jika tidak diawasi
  • Tidak dapat mengingati nama tetapi mungkin masih dapat mengenali muka yang biasa dilihat
  • Gangguan tidur
  • Perubahan tingkah laku; kerap berhalusinasi

Tahap 7 – kemerosotan kognitif sangat teruk (demensia terakhir)

Ia merupakan tahap akhir penyakit ini. Individu yang berada pada tahap ini pada asasnya tidak mempunyai keupayaan untuk bercakap atau berkomunkasi. Mereka memerlukan bantuan untuk melakukan kebanyakan aktiviti atau tugasan harian seperti menggunakan tandas, makan. Mereka juga kehilangan kemahiran psikomotorik seperti keupayaan untuk berjalan. Kebanyakan masa mereka hanya akan terbaring di katil.

Simptom umum demensia pada tahap ini, adalah seperti:

  • Kehilangan kemahiran berbahasa, bercakap
  • Kehilangan kesedaran tentang persekitaran
  • Memerlukan bantuan untuk tugasan harian, seperti makan
  • Tiada kawalan untuk kencing
  • Hilang otot kawalan untuk tersenyum, menelan atau bahkan berjalan atau duduk tanpa sokongan

Kekerapan untuk mendapat demensia?

Sekitar 5% hingga 8% individu dewasa berusia di atas 65 tahun mempunyai beberapa simptom demensia. Peratusan ini akan berganda setiap 5 tahun selepas 65 tahun. Sebanyak separuh daripada individu yang berusia 80 tahun ke atas mengalami demensia.

Individu yang mengalami demensia akan mengalami proses perkembangan pada peringkat yang berbeza dengan simptom yang berbeza. Jika anda mengesyaki anda mungkin mengalami simptom awal demensia, berjumpa dan berbincang dengan doktor anda.

Walaupun tiada ubatan yang boleh merawat Alzheimer dan demensia, tetapi diagnosis awal dapat membantu keluarga dan individu di sekeliling anda untuk membuat perancangan masa depan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.  

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nyanyuk Sampai Makan Pun Lupa? Penjaga Pesakit Alzheimer Perlu Buat 5 Perkara Ini!

    Apa itu penyakit Alzheimer? Ia adalah punca utama nyanyuk (demensia). Kesannya, sampai makan pun boleh lupa. Ini yang penjaga pesakit perlu buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

    Anda seorang pemain bola sepak dan biasa menanduk bola? Mungkin anda perlu mengurangkannya atau lebih baik menghentikannya bermula sekarang. Mengapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit demensia

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    Penyakit Alzheimer

    Penyakit Alzheimer Dan Demensia, Yang Mana Satu Digelar Nyanyuk? Kenali Perbezaannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan