backup og meta

Risiko Suntikan Vitamin C Ketika Berpuasa

Risiko Suntikan Vitamin C Ketika Berpuasa

Selain memenuhi keperluan vitamin C daripada makanan segar dan suplemen multivitamin untuk menjaga daya tahan tubuh, sesetengah orang menjadikannya rutin berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan vitamin C. Tetapi, adalah suntikan vitamin C semasa puasa selamat?

Faktor suntikan vitamin C

Pengambilan vitamin C secara suntikan adalah kaedah yang lebih baik hanya untuk keadaan di mana badan memerlukan jumlah vitamin C yang banyak dalam tempoh yang singkat.

Contohnya pesakit yang mempunyai masalah pencernaan sehingga badan tidak mampu menyerap vitamin C dari makanan atau suplemen. Juga dalam sesetengah rawatan seperti kanser.

Secara umumnya, tiada keperluan untuk mengambil suntikan vitamin C jika sekadar sebagai suppemen kesihatan. Pengambilan melalui pemakanan adalah lebih baik dan selamat.

Vitamin C itu sendiri terkenal dengan pelbagai fungsi kesihatan, daripada membantu penyembuhan luka, pembentukan kolagen, hingga menjaga kesihatan gigi dan tulang. Vitamin C juga dipercayai mampu meningkatkan imun tubuh dengan merangsang pnghasilan sel darah putih. Sementara itu, kandungan antioksidan dalam vitamin C dapat membantu menambahkan tenaga, seterusnya mengelakkan anda daripada keletihan.

Vitamin C berfungsi menyokong fungsi utama dalam tubuh Anda, salah satunya adalah fungsi kelenjar adrenal. Kelenjar adrenal adalah kelenjar yang mengatur hormon yang membuatkan stres dan keletihan. Vitamin C juga melindungi anda dari anemia, kerana vitamin ini diperlukan untuk penyerapan zat besi yang lebih optima. Dengan segala fungsinya tersebut, vitamin C sangat membantu anda meningkatkan dan memelihara ketahana tubuh.

Selain untuk terapi penyakit, suntikan vitamin C juga terkenal untuk mencerahkan kulit. Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang baik dan dapat menghilangkan kesan buruk radikal bebas yang menyebabkan penuaan. Kerosakan kulit akibat terdedah kepada radikal bebas daripada cahaya matahari mengakibatkan kulit menjadi gelap seterusnya menyebabkan kulit kering dan kusam, serta timbulnya kedutan.

Adakah boleh suntik vitamin C semasa puasa?

Beberapa ahli kesihatan terkemuka tidak mengesyorkan anda untuk menyuntik vitamin C semasa puasa. Rutin menerima suntikan vitamin C dos tinggi boleh menyebabkan risiko terlebih dos vitamin C. Dos umum untuk suntik vitamin C  adalah kira-kira 500 mg sampai 1 g. Namun dos besar hingga 25 g boleh diberikan jika diperlukan. Anda juga harus mempertimbangkan pengambilan vitamin C dari makanan dan suplemen multivitamin sepanjang bulan puasa.

Ternyata, keperluan vitamin C harian orang dewasa di antara 75–90 mg sehari. Sementara itu, had maksimum vitamin C dalam satu hari yang dibenarkan adalah 2000 mg. Jika anda mengambil vitamin C melebihi had ini, anda boleh mengalami muntah, pedih ulu hati (heartburn), sakit kepala, insomnia, hingga batu karang. Pemberian suntikan vitamin C dalam dos tinggi sebenarnya hanya diperlukan untuk orang-orang yang mengalami defisiensi vitamin C berat, misalnya pasakit kanser atau keadaan skurvi.

Kebanyakan pengambilan vitamin C mengurangkan keberkesanan beberapa rawatan tertentu serta memberi kesan buruk daripada manfaatnya. Misalnya, pada dos tertentu, vitamin C dapat digunakan untuk mencegah penyakit katarak. Namun pengambilan vitamin C dalam dos yang berlebihan meningkatkan risiko mendapat katarak.

Kandungan vitamin C yang berlebihan dalam tubuh juga memburukkan keadaan hemokromatosis jika anda menghidapnya. Hemokromatosis adalah penyakit genetik yang membuat tubuh menyerap terlalu banyak zat besi dari makanan yang masuk ke dalam tubuh. Penyakit ini sering kali menyerang hati, jantung, dan pankreas. Ini kerana vitamin C berperanan dalam penyerapan zat besi yang terjadi dalam tubuh.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Side Effects of a Vitamin C Overdose http://www.livestrong.com/article/421776-side-effects-of-a-vitamin-c-overdose/

Are Vitamin C Injections Better Than Oral Supplements? http://www.livestrong.com/article/491560-is-a-vitamin-c-injection-better-than-taking-it-orally/

A closer look at vitamin injections https://sciencebasedmedicine.org/a-closer-look-at-vitamin-injections/

Versi Terbaru

14/06/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan