backup og meta

Ini Rupanya Punca Sebenar Badan Berbau! No #5 Selalu Kita Buat Tanpa Sedar!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/10/2022

    Ini Rupanya Punca Sebenar Badan Berbau! No #5 Selalu Kita Buat Tanpa Sedar!

    Pernahkah anda terfikir mengapa badan anda berbau terlalu teruk sedangkan anda sudah meluangkan masa yang agak lama untuk mandi dan telah sebotol habis menggunakan minyak wangi? Jangan terkejut, sebenarnya terdapat beberapa punca bau badan yang anda sendiri mungkin belum tahu.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Punca bau badan yang sangat mengejutkan!

    punca bau badan

    #1. Kesan sampingan ubat-ubatan

    Ya, ubat-ubatan memang boleh menyembuhkan penyakit namun, ia mungkin akan menjadi punca bau badan. 

    Sebagai contoh, morfin atau ubat demam biasa akan membuat anda berpeluh.

    Menurut Mayo Clinic, antihistamines, decongestants serta ubat melegakan otot dan saraf boleh mengakibatkan mulut kering lalu menyebabkan nafas berbau.

    #2. Ketagihan makanan berempah

    Rempah seperti bawang atau cili yang membuat makanan menjadi panas seterusnya akan memerlukan badan anda untuk mengeluarkan gas yang mengandungi sulfur untuk menguraikannya.

    Ia kemudiannya akan berada dalam darah lalu menyebabkan badan berbau.

    Antara makanan lain yang boleh menjadi punca bau badan adalah brokoli, taugeh dan pelbagai lagi sayur-sayuran.

    #3. Tekanan yang berlebihan

    Peluh yang keluar akibat tekanan akan lebih berbau berbanding peluh yang biasa hingga menjadi punca bau badan. 

    Peluh ini dikeluarkan oleh kelenjar apokrin. Ia kurang mengandungi cecair tetapi mampu menarik lebih bakteria.

    Anda mungkin perlu lebih relaks untuk mengurangkan tekanan dan anda juga mungkin perlu membasuh baju anda secara kerap untuk menghalang pertumbuhan bakteria.

    #4. Alkohol

    Pengambilan alkohol akan memberi kesan kepada badan anda dengan serta-merta.

    Ia akan mengalir dalam darah anda lalu menyebabkan mekanisme badan menganggapnya sebagai toksin.

    Oleh itu, badan anda akan cuba mengeluarkannya secepat mungkin.

    Hati adalah tempat di mana alkohol mengalami proses metabolisme dan selepas itu, disalurkan kepada pundi kencing.

    Jika pengambilan alkohol adalah lebih tinggi berbanding kapasiti hati, ia akan mengakibatkan peluh dan nafas anda berbau.

    #5. Penggunaan baju dalam yang terlalu lama

    Wanita seringkali mengabaikan pembasuhan baju dalam mereka. Sebenarnya, baju dalam meliputi kawasan yang paling mudah berpeluh seperti ketiak, belakang dan dada anda.

    Baju dalam yang diperbuat daripada material yang mudah menyerap kelembapan juga menjadi punca kuman dan bakteria tumbuh pada masa yang cepat.

    #6. Gangguan genetik

    Terdapat beberapa mutasi genetik yang dipercayai mampu menghasilkan Trimethylamine, iaitu sejenis bahan kimia yang mendatangkan bau sama seperti ikan.

    Menurut National Institutes of Health, individu yang mempunyainya adalah lebih mudah terdedah kepada depresi dan masalah sosial.

    #7. Diabetes

    Dalam beberapa kes diabetes yang tidak dirawat, badan akan mula mengekstrak lemak untuk mendapatkan tenaga lalu menyebabkan kadar ketones menjadi tinggi dalam badan.

    Ini juga merupakan punca bau badan. Diet rendah karbohidrat dikatakan sebagai penyelesaian terbaik untuk nafas berbau.

    punca bau badan

    Jadi, sudah tahu apa punca sebenar masalah badan berbau anda? Jika masih mempunyai sebarang kesulitan atau pertanyaan mengenainya, sila segera berjumpa doktor okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan