Organ Dalaman Manusia: Apakah Fungsinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Otak, jantung, usus, dan paru-paru. Semua ini ialah organ dalaman manusia atau dikenali sebagai viscera dalam istilah perubatan. Kita mungkin kerap mendengar mengenai kewujudan organ-organ ini tetapi tahukah anda apakah fungsinya?

Organ manusia
Organ dalaman manusia

1. Otak

Tanpa otak, manusia tidak boleh hidup. Fungsi organ ini bukan sekadar berfikir dan membuat keputusan tetapi ia juga berperanan mengawal banyak fungsi dan pergerakan organ lain.

Otak dihubungkan dengan batang otak dan urat saraf tunjang. Dari urat saraf tunjang, urat saraf dihubungkan ke bahagian tubuh berbeza. Otak menerima dan memberi isyarat ke seluruh tubuh melalui jaringan ini.

Setiap bahagian otak mempunyai fungsi tertentu. Contohnya, bahagian oksipital (belakang) mengawal penglihatan dan temporal (tepi) pula pendengaran. Jika berlaku kecederaan, simptom yang dialami mengikut bahagian yang terjejas.

2. Paru-paru

Apa lagi fungsi utamanya kalau bukan untuk bernafas. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dilakukan oleh organ ini. Oksigen seterusnya dibawa ke seluruh tubuh untuk menghasilkan tenaga.

Selain itu, paru-paru juga terlibat dalam menghasilkan hormon tertentu.

3. Jantung

Kerosakan pada fungsi organ ini merupakan punca kematian nombor satu di dunia, iaitu penyakit jantung iskemik. Berdegup lebih 86,000 kali sehari tanpa henti, organ bersaiz penumbuk ini mengepam darah ke seluruh sel tubuh untuk membolehkan darah yang mengandungi oksigen serta nutrien berbeza sampai ke sel tersebut.

4. Hati

Hati (liver) bukan jantung. Ia merupakan organ paling besar di dalam abdomen. Terletak di sebelah atas kanan abdomen, ia mempunyai banyak fungsi termasuk menyahtoksik bahan kimia dan ubat-ubatan, menghasilkan cecair hempedu, dan membuat protein untuk kegunaan berbeza seperti pembekuan darah.

Disebabkan saiznya yang besar, ia paling mudah mengalami kecederaan jika berlaku trauma pada abdomen.

5. Perut (stomach)

Istilah perut (luaran) yang kita gunakan seharian tidak sama dengan organ dalaman perut. Ia terletak di bahagian atas kiri, berhubung dengan esofagus (kerongkong) di bahagian atas dan usus kecil (duodenum) di bahagian bawah.

Sebagai sebahagian dari sistem penghadaman, perut memainkan peranan khusus sebagai tempat menyimpan makanan, menukarkan tekstur makanan kepada separa pepejal, dan melepaskan enzim serta asid untuk menghadam makanan serta membunuh bakteria tertentu.

6. Usus kecil dan besar

Selepas makanan berada di dalam perut, ia akan beralih ke usus kecil dan besar. Daripada namanya, usus kecil mempunyai diameter yang lebih kecil tetapi lebih panjang berbanding usus besar.

Secara ringkas, usus kecil berperanan menyerap nutrien, manakala usus besar menyerap air dan menghasilkan najis untuk dibuang.

7. Ginjal

Ginjal atau buah pinggang terletak di dalam abdomen secara berpasangan di sebelah kiri dan kanan. Selain menapis dan menghasilkan air kencing, ia juga mempunyai peranan dalam menghasilkan hormon tertentu. Anda boleh hidup dengan satu ginjal. Sebab itu, menderma organ ini semasa hidup adalah tidak mustahil.

8. Pundi kencing

Selepas air kencing dihasilkan oleh ginjal, ia akan disimpan di dalam pundi kencing. Ia boleh menyimpan sehingga 600 ml air kencing. Kebiasaannya, rasa ingin membuang air kencing bermula apabila mencapai isipadu 150 ml.

Ini hanya sebahagian dari organ dalaman manusia yang utama. Banyak lagi organ lain yang tidak disebutkan dalam artikel ini. Disebabkan semua organ ini saling berkait antara satu sama lain, gangguan pada satu organ akan turut menjejaskan fungsi organ lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Perubahan Otak Berlaku Seiring Dengan Peningkatan Usia

    Pernahkah anda memikirkan bagaimana struktur otak mengalami perubahan apabila kita semakin berusia? Apakah perubahan otak yang boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Minda Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Info Lengkap Mengenai Inkontinen Urin: Punca, Jenis & Cara Mencegahnya

    Keinginan untuk membuang air kecil secara tiba-tiba atau kerap dan ketidakupayaan mengawal pundi kencing merupakan masalah berkaitan inkontinen urin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 05/01/2021 . 3 minit bacaan

    Lelaki Yang Ada Masalah Prostat & Pundi Kencing Boleh Cuba Senaman Ini!

    Anda kerap membuang air kecil tapi tidak tahu sebab kerap kencing bagi lelaki? Jom klik artikel ini untuk tahu punca dan cara selesaikannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/12/2020 . 3 minit bacaan

    Maklumat Aritmia Jantung Yang Anda Wajib Tahu: Jenis, Diagnosis & Rawatan

    Aritmia jantung adalah keadaan kesihatan yang melibatkan degupan jantung tidak normal (atau sekata), sama ada ia berdegup terlalu perlahan atau laju...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Jantung, Pusat Kesihatan 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pundi kencing

    Ketahui 3 Penyakit Pundi Kencing Ini Sebelum Kehilangan Buah Pinggang Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
    makanan tidak berkhasiat

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    perkembangan otak bayi

    Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    kegagalan ginjal

    Kegagalan Buah Pinggang: Jenis, Simptom, Punca & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 4 minit bacaan