Selalu Orang Kata Nak Lawa Minum Kolagen, Betul Boleh Cantik Atau Hanya Lariskan Produk?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kini, kolagen telah menjadi ramuan yang mendapat permintaan tinggi dalam pembangunan pemakan yang sihat. Pengeluaran kolagen dalam tubuh berkurang akibat faktor usia dan diet yang tidak baik. Malah, suntikan kolagen bukan menjadi pilihan bagi kebanyakan orang. Jadi alternatif terbaik untuk mereka mendapatkan kolagen adalah melalui diet. Oleh itu, kolagen telah dicampurkan bersama di dalam pelbagai produk makanan dan minuman.

Tetapi adalah ia benar-benar memberi manfaat kepada kulit untuk kelihatan muda atau hanya helah kecantikan?

Apa itu kolagen?

Ahli dermatologi di New York City, Dr Debra Jaliman menyatakan bahawa kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam kulit, membentuk 75-85% organ yang mengagumkan. Berserta tisu elastik, kolagen ditemui pada dermis atau lapisan tengah kulit dan menyebabkan kulit anjal. Selain itu, kolagen juga terdapat dalam tulang, tendon, ligamen, otot, saluran darah dan rambut. Ia merupakan komponen utama tisu penghubung tubuh.

Kolagen dalam minuman

Kini, minuman kolagen menjadi satu trend dalam pasaran global. Terdapat pelbagai produk di pasaran yang dikeluarkan seperti kolagen soya, kolagen koko, jus kolagen dan juga minuman sarang burung berkolagen.

Menurut kajian Collagen in food and beverage industries, Tree (2012) minuman bertenaga yang mengandungi kolagen membantu menggalakkan keupayaan semula jadi tubuh untuk menjana tisu lemak. Secara umumnya, minuman kolagen untuk merangsang mekanisma penghasilan kolagen dalam tubuh, seterusnya menggalakkan tisu tubuh dan mengurangkan kedutan kulit dan kulit kendur.

Walau bagaimanapun, kolagen yang mengandungi perasa makanan dan minuman boleh meningkat dengan ketara dengan menggabungkan sucralose dan ekstrak stevia, dengan lebih baik lagi bercampur dengan acesulfame potassium.

Adakah kolagen bermafaat untuk kulit dan rambut?

Oleh kerana banyak kolagen dipecahkan semasa proses peningkatan usia atau penuaan, pengambilan peptida kolagen boleh meningkatkan kolegen dalam tubuh kita.

Menurut Dr Jaliman, pengambilan kolagen boleh meningkatkan keanjalan kulit dan membantu proses pembaikan kulit sehingga mendorong tubuh membentuk kolagen baru. Minuman dan serbuk kolagen telah terbukti mempunyai sifat antioksidan, dan antioksidan melindungi kulit dengan mengehadkan pengeluaran radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.

Hasilnya, minman ini dapat membantu memperbaiki kulit yang rosak kerana antioksidan menjanjikan perlindungan persekitaran dan meningkatkan pembaikan garis-garis halus dan kedutan serta tekstur kulit.

Sementara itu, lebih banyak kajian mengenai kolagen yang perlu dilakukan. Beberapa kajian awal mungkin menunjukkan manfaat seperti keanjalan kulit yang lebih baik dan sakit sendi yang berkurang. Terdapat juga kajian yang dikaitkan dengan suplemen peptida kolagen oral untuk meningkatkan pertumbuhan dan tekstur kuku. Dan dalam kajian dari tahun 2016, suplemen kolagen peptida oral meningkatkan penghidratan kulit selepas lapan minggu dan meningkatkan kepadatan kolagen dalam dermis selepas empat minggu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

    Produk penjagaan kulit wajah yang pelbagai menjadi satu kebiasaan. Namun tahukah anda trend baharu dalam dunia kecantikan kini yang dikenali skin fasting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Mahu Kelihatan Cantik Hingga Sanggup Cucuk Vitamin C? Hentikan! Bahaya Untuk Kesihatan

    Sudah menjadi lumrah para wanita berusaha untuk mencantikan diri masing-masing. Ini termasuklah trend hangat masa kini iaitu suntikan vitamin C.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Rakan baik anda mungkin mengatakan bahawa anda harus berhenti memakai makeup kerana ia menjadi faktor kulit berjerawat anda. Ini ke sebab jerawat tumbuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Jerawat Muncul Pada Setiap Anggota Badan, Kalau Nak Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

    Masalah jerawat boleh akibatkan tekanan jika tidak dirawat. Jika anda struggle merawat masalah ini, anda harus mengetahui punca jerawat badan dan muka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat niacinamide

    Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu stretch mark

    Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    warna kulit

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    minum kolagen

    Jangan Terpengaruh Dengan Trend, Sekadar Kolagen Sahaja Tidak Akan Buat Anda Awet Muda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan